MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, June 6, 2012

Cara Memilih Dan Membeli Sofa


Menentukan sofa terbaik bukanlah mudah, apatah lagi dengan pelbagai reka bentuk dan gaya ditawarkan di pasaran masa kini. Kebuntuan itu boleh diatasi dengan mengenal pasti beberapa keperluan asas memilih sofa ideal. 

Kekuatan Bahan
Selain sofa fabrik, kediaman juga boleh dihiasi dengan sofa kayu dalam pelbagai kemasan sama ada warna hitam, coklat kemerahan, coklat kehitaman atau coklat. Ada juga sofa rotan dengan gaya semula jadi yang boleh digabung dengan kusyen fabrik.

Bagi menampilkan imej moden dan minimal, pilihan sofa daripada bahan kemasan kulit atau PVC sangat sesuai, namun sukar dijaga, terutama bagi yang mempunyai anak sedang membesar dan lasak kerana mudah terkoyak terutama jika bahan kemasan itu bukan bahan asli yang mempunyai jaminan. Ketika ini sofa yang dihasilkan daripada gabungan bahan tertentu, misalnya kayu dan anyaman rotan menjadi pilihan bagi kediaman yang berkonsepkan nusantara dan tropika.

Kelebihan Reka Bentuk
Pelbagai reka bentuk sofa di pasaran, daripada gaya klasik, tradisional atau nusantara sehinggalah moden dan kontemporari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Sofa yang hendak dipilih perlu disesuaikan dengan tema dan konsep ruang kediaman supaya tidak nampak asing. Jika tidak berkenan pengguna boleh menempah mengikut cita rasa. Satu lagi bentuk sofa popular sekarang ialah yang boleh diubah suai menjadi katil. Penggunaannya praktikal, terutama di kediaman yang mempunyai ruang terhad. Ia juga mencerminkan gaya hidup moden.

Kesesuaian Ukuran
Pastikan sofa tidak terlalu besar sehingga menyempitkan ruang yang memang sudah kecil atau sofa terlalu kecil di ruang yang luas sehingga mewujudkan banyak ruang lopong.
Paling penting, ukuran sofa mestilah tidak mengganggu pergerakan penghuni. Sebaiknya guna sofa berukuran sederhana dan mudah alih. Sofa rotan atau kayu adalah pilihan paling ideal berbanding sofa lain yang umumnya berukuran satu setengah kali lebih besar. 

Bagaimanapun, ada juga sofa kayu berukir yang besar ukurannya dan hanya sesuai untuk ruang luas. Bagi ruang sederhana luas letakkan sofa dua dan tiga tempat duduk manakala ruang sempit, memadai sofa dua tempat duduk dan sepasang sofa satu tempat duduk.

Pemilihan Warna dan Corak
Kombinasi warna sofa memberi kesan kepada suasana ruang. Warna perlu lebih menonjol daripada warna langsir atau bahan kemasan lain di ruang berkenaan. Oleh itu anda perlu kreatif dalam mempelbagaikan corak fabrik supaya sesuai dengan konsep hiasan yang mahu diterapkan. Pilihan fabrik bercorak klasik dikatakan paling sesuai jika mahu mewujudkan ruang bergaya eksklusif atau kedesaan. Reka bentuk corak berjalur, geometri dan bintik adalah pilihan yang sesuai bagi mereka yang mahu menghasilkan suasana ringkas atau berkonsep kontemporari. Jika ruang terhad elak guna fabrik corak bunga besar kerana ruang akan kelihatan sempit sebaliknya guna fabrik berjalur supaya ruang nampak lebih luas, tinggi dan selesa.

Perbandingan
Harga Jenama, jaminan mutu, keistimewaan bahan yang digunakan dan reka bentuk terkini akan mempengaruhi harga. Pengguna digalakkan membuat perbandingan harga kerana barang mahal belum tentu bermutu tinggi, begitu juga yang mempunyai reka bentuk unik tidak semestinya tahan lama.

Nilai perabot terletak pada mutu dan keaslian bahan. Jangan tergesa-gesa membeli perabot kerana penggunaannya bukan untuk setahun dua tetapi melebihi jangkaan masa 10 tahun

Aspek Penjagaan
Aspek ini kurang diberi perhatian sedangkan penting bagi memelihara jangka hayat sofa. Misalnya sofa fabrik daripada bahan kapas lebih mahal dan memerlukan penjagaan rapi manakala sofa PVC dan kulit mudah dijaga.

Bagaimanapun, penggunaannya lebih praktikal di ruang berhawa dingin kerana jika keadaan ruang terlalu panas, sofa jenis ini meninggalkan kesan melekit dan berdaki.
Penjagaan sofa daripada bahan kayu dan rotan adalah terbaik kerana tidak banyak menimbulkan masalah. Apa yang perlu dijaga adalah sarung kusyen.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia