MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, June 6, 2012

Khasiat Tumbuhan Liar



 
DUKUNG ANAK


Di Malaysia, ia dikenali sebagai Dukung Anak. Nama vernakular lainnya adalah Kelek Anak, Meniran (Indonesia) dan Bhuaionla, Kiranelligida (India). Nama botani Dukung Anak ialah Phyllanthus Niruri dan ia termasuk dalam famili Eurphorbiaceae. Pokok ini hidup meliar seperti di celah retakan simen dan tanah terbiar. Setiap bahagian dari pokok ini seperti akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatannya tersendiri. Antaranya:
•    Akar – penawar untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir.
•    Buah – digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap.
•    Daun – dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta (scabies). Jika tidak dicampur dengan garam, ia boleh ditampal pada luka, lebam dan ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular.
Terdapat beberapa pandangan terhadap tumbuhan ini iaitu:
i.    Merujuk kepada tradisi turun temurun, air rebusan pokok ini dicampurkan bersama pokok semalu dan diminum untuk mengubati penyakit hepatitis B yang paling mujarab bagi orang dewasa mahupun kanak-kanak.
ii.    Mengikut perubatan Ayurveda, ia digunakan sebagai:
•    penghilang dahaga
•    bronchitis
•    anemia
•    penyakit kelenjar kencing
•    asma
•    berak berdarah (kaedah perubatan unani dari India)
Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepatitis B.


ADAS PEDAS
Di Malaysia, ia dikenali sebagai Adas Pedas. Nama vernakular lainnya adalah  Adas, Adas Landi, Adas Londa, Adeh Manih, Hades (Indonesia) dan Fennel (Inggeris). Nama botani Adas Pedas ialah Foeniculum Vulgare Miller dan ia termasuk dalam famili Umbelliferae (Ammiaceae). Setiap bahagian pokok ini mempunyai khasiat ubatannya tersendiri. Antaranya:
•    Akar – diguna untuk diuretic, julap, dan pembuka selera.
•    Biji – dihancurkan dan ditampal di perut wanita lepas bersalin, dan merawat sakit perut.
-  air rebusan diminum untuk mengatasi angin dalam perut dan usus, badan berbau, dan mulas perut.
•    Biji – dimasak dalam susu lalu diminum atau bijinya dikunyah dan ditelan untuk meningkatkan penghasilan susu, merawat nafas berbau, cirit, masalah penghadaman, sakit perut, mengeluarkan angin, melawaskan buang air besar, merawat batuk kanak-kanak, dan masalah pencernaan.
•    Buah – digunakan untuk melegakan penghadaman, mulas perut, dan kejang usus, radang mata atau mulut, masalah putus haid, menghalang dan melawan tekanan darah tinggi, mengimbangkan tahap hormon, melegakan angin dalam usus dan perut, batuk, hernia, mulas perut, keracunan makanan, sendawa, sakit perut, menghalang penghasilan susu dan kelancaran haid.
•    Bunga – digunakan melalui dekoksi diminum sebagai tonik penghadaman.
•    Daun dan tangkai daun – dibuat jus dan diminum untuk merawat pening kepala, sakit kepala, impoten, dan migrain. Jus ini dicampur jus lobak merah diminum untuk merawat buta malam.
•    Manakala seluruh bahagian – diguna melalui dekoksi diminum sebagai antimuntah, stimulan, tonik, membaiki daya penglihatan, merawat demam, hernia dan selesema.
Secara ringkasnya, Adas Pedas mempunyai kesan antiinflamasi dan estrogenic (meningkatkan penghasilan susu, menggalakkan haid). Wanita hamil patut mengelakkan makanan yang mengandungi banyak buah atau biji ini kerana dikhuatiri merangsang pengecutan rahim.



KADUK
Di Malaysia, ia dikenali sebagai Kaduk, Kaduk Batu, Kudak, Mengkadak, Sirih Duduk. Nama vernakular lainnya adalah  Cabean, Karuk, Sirih Tanah (Indonesia) dan Betel Pepper Plant, Wild Pepper Leaf, Kadok (Inggeris). Nama botani Kaduk ialah Piper sarmentosum (Roxb.ex Hunter) dan ia termasuk dalam famili Piperaceae. Antara bahagian dari pokok ini yang boleh merawat penyakit adalah:
•    Akarnya – ditumbuk lumat dan ditampal pada sakit gigi atau gusi.
- dikunyah bersama sekeping pinang dan cecairnya ditelan untuk merawat asma dan batuk.
- dikunyah bersama sekeping halia dan pala untuk merawat sakit dada dan rusuk.
- air rebusannya diguna dengan merendam atau mencuci kaki bagi jangkitan kulat.
•    Daun – air rebusan diminum untuk tujuan merawat masalah penghadaman, angin dalam perut dan usus, digosok atau sapu di tempat yang sakit, lemah tulang dan kulit berlainan warna.
- dimasak dan makan dengan nasi untuk membantu penghadaman, menurunkan demam panas, mengatasi masalah angin dalam perut
dan usus.
- ditumbuk lumat dan ditampal tempat sakit, sakit kepala, dan sakit tulang.
•    Manakala seluruh bahagian – air rebusan diminum untuk menambah baik proses penghadaman, mengatasi masalah angin dalam perut dan usus, melawaskan batuk supaya kahak senang dikeluarkan, merawat senak perut dan demam panas.
Persediaan herba ini hendaklah diamalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Ubat-ubatan tradisional baik digunakan kerana tiada campuran bahan kimia dan juga tiada bahan pengawet, jadi jarang terjadinya kesan sampingan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia