MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, June 19, 2012

12 Sikap Buruk Di Tempat Kerja


Anda sememangnya menjaga penampilan anda di tempat kerja tapi adakah sikap atau perilaku anda sebaik imej yang anda tampilkan? Boleh jadi anda sendiri tidak menyedari bahawa anda kerap melakukan perilaku buruk di pejabat malah membuatkan suasana di tempat kerja itu kurang selesa kerana sikap anda itu. Cuba semak 12 sikap buruk yang TIDAK PATUT anda lakukan ketika di tempat kerja agar suasana jadi menyenangkan dan bebas dari konflik.


  1. Bercakap di telefon dengan suara yang kuat dan tertawa terbahak-bahak.
  2. Lambat datang ketika ada mesyuarat.
  3. Melihat komputer rakan kerja tanpa izin.
  4. Menggunakan wangian terlalu banyak.
  5. Mengambil barang atau benda milik rakan kerja anda tanpa pengetahuannya,
  6. Meminta rakan sekerja berbohong untuk anda.
  7. Membicarakan tentang keburukan rakan sekerja yang lain.
  8. Bersikap sombong dan merendahkan orang lain.
  9. Meminta bantuan namun dengan cara yang kasar dan tanpa ucapan terima kasih.
  10. Menuduh rakan sekerja melakukan kesalahan tanpa bukti.
  11. Bersikap talam dua muka untuk 'membodek' pihak atasan.
  12. Kedekut untuk berkongsi ilmu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia