Gusi diperbuat daripada tisu lembut. Ia mengelilingi bahagian bawah
gigi yang dipanggil akar gigi. Menjaga gusi adalah sama penting seperti
menjaga gigi anda.
Penyakit gusi adalah jangkitan pada gusi. Ia disebabkan plak, lapisan
melekit yang terkumpul pada gigi dan gusi.
Plak menghasilkan asid dan
toksin yang menjadikan gusi merah, bengkak dan berdarah.
Ia boleh menyebabkan gusi lekang daripada gigi. Ini akan menyebabkan
ruang kosong antara gusi dan gigi. Kuman boleh terperangkap pada ruang
ini, menjadikan tulang sekitar gigi lemah.
Ramai menghidapi penyakit gusi peringkat awal yang boleh dirawat
dengan penjagaan mulut yang baik. Tetapi sekiranya anda mengabaikan
penyakit gusi, ia akan melemahkan gusi di sekitar gigi dan menyebabkan
gigi longgar dan terkeluar.
Kebanyakan orang tidak tahu mereka menghidapi penyakit gusi. Oleh
itu, amat penting untuk mengunjungi doktor gigi dengan kerap bagi
melakukan pembersihan profesional dan pemeriksaan.
Berikut beberapa tanda penyakit gusi:
Gusi yang merah dan bengkak atau berdarah ketika memberus atau menggunakan flos.
Gusi yang merah dan bengkak atau berdarah ketika memberus atau menggunakan flos.
Ini adalah tanda awal penyakit gusi. Ia seringkali boleh dirawat dengan penjagaan mulut yang baik.
Sakit gigi atau gigi sensitif.
Gusi yang merekah daripada gigi akan menyebabkan gigi sensitif kepada makanan atau minuman yang sejuk atau panas.
Mulut yang berbau.
Gigi yang longgar atau menjadi jarang mengubah bagaimana gigi terletak pada gusi semasa menggigit makanan.
Gigi yang longgar atau menjadi jarang mengubah bagaimana gigi terletak pada gusi semasa menggigit makanan.
Ini adalah keadaan penyakit gusi yang serius dipanggil periodontitis.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...