MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, October 2, 2014

Pentingnya Kemahiran Komunikasi Dalam Kerjaya



Bahasa tubuh
Jangan menjauhkan diri dari orang yang sedang bercakap dengan anda. Pastikan anda mengekalkan postur yang santai dan tidak bongkok. Anda harus tahu bahawa melalui lenggok badan, orang dapat mengetahui sama ada anda selesa, tenang ataupun sedang bermasalah. Bahasa tubuh juga boleh menunjukkan anda menyukai orang itu atau sebaliknya. Jadi anda perlu berwaspada dengan bahasa tubuh.  Tunjukkan bahasa tubuh yang positif agar anda disenangi oleh orang lain.

Membuat hubungan mata
Hubungan mata sangat penting kerana ia memberi keyakinan kepada orang yang sedang bercakap dengan anda. Oleh itu, pandang wajah orang yang sedang berbicara dengan anda. Sangat penting untuk anda membiasakan diri dengan perkara ini kerana tanpa hubungan mata, mereka boleh berpendapat bahawa anda kurang memberi perhatian kepada mereka.

Pertuturan dan perhatian
Apabila bertutur perlulah jelas dan ringkas. Bercakap kepada perkara penting secara langsung agar tidak membuang masa. Pastikan anda bertanya sama ada mereka faham dan jangan mengharapkan seseorang untuk hanya tahu apa yang anda katakan. Di samping itu, salah satu aspek penting dalam komunikasi lisan adalah keupayaan untuk mengamalkan pendengar aktif. Ini bukan bermakna anda aktif menunggu untuk bercakap, sebaliknya sentiasa membuat nota mental terhadap perkara utama apabila seseorang bercakap dengan anda. 

Apabila anda diberi peluang untuk bercakap, anda mendapat tindak balas kepada isu yang paling penting yang sedang diperbincangkan. Ketika orang lain bercakap, cuba untuk berfikir tentang perkataan yang tepat terhadap topik yang perkatakan. Jika anda mengamalkan ini, anda akan memahami dan mengandungi 75% ebih maklumat yang anda dengar.

Bercakap dengan yakin
Orang yang bijak bercakap selalunya lebih maju dalam kerjaya mereka. Mereka kelihatan berkeyakinan dan lebih ke hadapan berbanding dengan orang yang pendiam tetapi boleh membuat kerja. Justeru, untuk maju dalam kerjaya, anda perlu bijak bercakap, berhujah dan menyuarakan pendapat. Sebagai seorang ketua pula, anda perlu yakin kala melahirkan idea-idea baru kepada kakitangan bawahan. Jika idea anda kelihatan pelik, jelaskan potensi idea itu dengan lebih jelas. Sama halnya dengan senario Tun Dr. Mahathir Mohamed yang mahu melaksanakan kereta Proton ketika ekonomi tidak menentu. Namun hasilnya? Sangat hebat.

Jangan takut untuk menyuarakan sebarang kebimbangan atau kesukaran, Walau bagaimanapun, anda haruslah mengamalkan komunikasi jenis terbuka iaitu boleh menerima kritikan dan pandangan daripada orang lain. Elakkan sikap tidak boleh ditegur kerana itu akan menyukarkan kerja anda. Apabila anda mengamalkan komunikasi terbuka jelas menunjukkan anda seorang yang bijak.

Sabar
Ketika orang lain menyuarakan pendapat mereka anda perlu bersabar. Dengar dahulu apa yang orang hendak sampaikan. Jangan mencelah dan menolak idea orang lain sebelum mendengarnya sehingga selesai. Semasa berkomunikasi, anda perlu sentiasa memberi mereka masa untuk menyampaikan isu-isu mereka juga. Berikan tumpuan kepada apa yang mereka sampaikan dan ini menunjukkan kepada mereka bahawa anda memang terbuka untuk mengetahui perkara berkaitan mereka. 

Jangan suka memotong percakapan orang lain kerana ia menunjukkan anda kurang sabar dan tidak profesional. Dengar dahulu lontaran idea orang lain kemudian barulah diperbincangkan. Apabila anda mengamalkan cara komunikasi yang berkesan, pasti rakan-rakan akan menjadi lebih senang dengan anda. Ingatlah bahawa kemahiran ini bukanlah boleh diperolehi dalam masa satu hari. Ia memerlukan latihan yang berterusan dan Insha Allah, ia akan berkembang dari semasa ke semasa. 

Continue Reading
No comments
Share:

Keharuman Lavender Hilangkan Stres

Ramai menghargai lavender, tanaman hiasan berbunga ungu berikutan dengan keharumannya. Ia banyak digunakan dalam pembuatan sabun, syampu dan uncang untuk mengharumkan pakaian. Nama lavender berasal daripada perkataan Latin, Lavare yang bermakna 'untuk mencuci'. Lavender mendapat nama ini kerana ia digunakan dengan kerap dalam mandian bagi membantu membersihkan tubuh dan semangat. 

Namun begitu, herba ini juga turut digunakan sebagai ramuan untuk pelbagai masalah kesihatan daripada insomnia dan kegelisahan sehinggalah kepada kemurungan dan kelesuan. Malah penyelidik telah mengesahkan bahawa lavender menghasilkan kesan tenteram, menenangkan, dan sedatif apabila baunya dihidu. Lavender berasal dari zon pergunungan Mediterranean. Ia tumbuh di habitat berbatu dan panas. Kini, ia berkembang di seluruh selatan Eropah, Australia dan Amerika Syarikat. Terdapat lebih kurang 28 spesies lavender. Kesemuanya memiliki daun berbentuk lurus dan bunga berwarna ungu atau biru yang berbau harum. Pokoknya jenis berbatang pendek dan boleh tumbuh sehingga 60 sentimeter. Kelenjar minyak beraroma meliputi kesemua bahagian pokok tetapi ia lebih bertumpu pada bunganya. 

Banyak kegunaan pokok lavender. Bunganya digunakan untuk memberi rasa pada jem, cuka, manisan, krim dan dijadikan halwa untuk perhiasan. Bunga kering boleh dijadikan potpuri kerana baunya tahan lama. Air dari bunga lavender boleh digunakan untuk mempercepatkan pembaharuan sel dan antiseptik untuk akne. Teh bunga lavender pula digunakan untuk merawat kegelisahan, sakit kepala, kembung, loya, pening dan halitosis. Tangkai bunga spesies Lavandula Latifolia dikatakan boleh dijadikan sebagai penghalau lalat. Minyak pati lavender amat bernilai tinggi untuk dijadikan minyak wangi dan penawar. Ia bersifat antiseptik, sedatif ringan dan penghapus kesakitan. Ia dikatakan boleh disapu pada gigitan serangga dan merawat kulit selaran matahari, sakit tekak dan sakit kepala. Ia juga dikatakan mampu merawat sakit reumatik, tekanan darah tinggi, insomnia, kemurungan, kesesakan limfatik, masalah haid dan masalah percernaan.


Kurangkan migrain dan sakit kepala
Terdapat banyak cara lavender digunakan sebagai herba ubatan. Bagi mereka yang mengalami masalah sakit kepala, kegelisahan, reumatisme atau kembung, teh atau air rendaman bunga lavender boleh diminum bagi mengurangkan masalah tersebut. Bagi mereka yang mengalami insomnia, dikatakan amat baik untuk menambahkan beberapa titis minyak lavender pada bantal. Cara ini juga amat berguna untuk melegakan tekanan. Minyak lavender merupakan sisinfektan yang berguna untuk luka dan kulit terbakar. Dalam kes selaran matahari, titiskan beberapa titis minyak lavender ke dalam air mineral dan gunakan ia untuk melembapkan kawasan yang bermasalah. 

Sifat-sifat antiseptik dan anti keradangan membolehkan minyak lavender digunakan untuk merawat sakit kepala dengan menggosokkkan beberapa titis minyak itu pada pelipis. Minyak lavender juga boleh digunakan untuk menguatkan akar rambut. Terdapat juga kajian yang mencadangkan bahawa dengan menggosok dua atau tiga titis minyak lavender pada bahagian atas bibir, bau yang disedut boleh mengurangkan migrain, loya dan membantu menghentikan sakit kepala daripada merebak. Cuka lavender pula boleh digunakan untuk merawat selesema, influenza atau demam. Cuka ini dikatakan berguna sebagai minyak urut reumatisme.

Seperti juga minyak-minyak pati lain, penggunaan minyak lavender perlu dielakkan oleh wanita hamil dan menyusukan bayi. Begitu juga dengan penghidap diabetes, mereka perlu mengelakkan diri daripada menggunakan minyak lavender. Dikatakan juga minyak lavender boleh menyebabkan reaksi alahan kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif. Oleh itu, sebelum menggunakan lavender untuk tujuan perubatan, perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, September 19, 2014

Sipnosis Buku : Buku Siri Asas Kebombaan

Sipnosis Buku : Buku Siri Asas Kebombaan

Sipnosis Buku : Buku Siri Asas Kebombaan

Sipnosis Buku : Buku Siri Asas Kebombaan

Sipnosis Buku : Buku Siri Asas Kebombaan

Sipnosis Buku : Buku Siri Asas Kebombaan

Sipnosis Buku : Buku Siri Asas Kebombaan

Sipnosis Buku : Buku Siri Asas Kebombaan


Pengarang : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Penerbit : Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd
ISBN : 967-61-0782-4 (Siri 1) 
              967-61-0780-8 (Siri 2) 
              967-61-0784-0 (Siri 3)
              967-61-0783-2 (Siri 4) 
              967-61-0786-7 (Siri 5)
              967-61-0782-6 (Siri 6)  
               967-61-0785-9 (Siri 7)

Sipnosis :   
Siri Asas Kebombaan ini dirangka bersesuaian untuk peserta-peserta Kursus Asas Kebombaan, kakitangan Bomba Perkhidmatan Awam seperti Bomba DCA, Bomba Pelabuhan, Bomba Tentera, Kadet Bomba dan Bomba Bantuan. 

Sukatan kursus yang dirangkumkan dalam siri ini boleh juga diguna pakai oleh pasukan-pasukan keselamatan di premis komersial dan industri, Perkhidmatan Bomba di negara-negara ASEAN dan negara-negara Dunia ketiga berdasarkan kesesuaian dan sistem perundangan negara masing-masing. 

Judul buku-buku dalam siri ini :- 
  • Pengurusan Kebombaan (Siri 1)
  • Undang-Undang Kebombaan (Siri 2)
  • Peralatan Kebombaan (Siri 3)
  • Alat Pernafasan (Siri 4)
  • Pam, Primer Dan Tangga (Siri 5) 
  • Pencegahan Kebakaran (Siri 6)
  • Kejuruteraan Kebombaan (Siri 7)

Continue Reading
2 comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia