MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, July 9, 2020

Lawan rasa letih di tempat kerja



Sama ada kita bekerja makan gaji ataupun bekerja sendiri, kita pasti akan berada di tempat kerja dari awal pagi sehinggalah ke petang. Perasaan letih pasti ada lebih-lebih lagi jika kerja kita dilakukan memerlukan sepasang mata yang menghadap komputer sepanjang masa. 

Minum kopi sebanyak mungkin bukanlah jalan penyelesaian untuk menghilangkan rasa letih. Jadi apakah jalan yang terbaik untuk memastikan diri kita sentiasa cergas sekali gus mampu memberi tumpuan di tempat kerja?

Sentiasa bergerak - Aktiviti fizikal memperbaiki edaran darah, membawa oksigen pada otot-otot dan meningkatkan tahap tenaga. Anda tidak perlu berlari maraton untuk mendapatkan dos senaman. Anda boleh ambil masa lebih kurang lima minit untuk melakukan sebarang pergerakan. Tinggalkan meja kerja dan cuba berjalan di sekitar tempat kerja. Jika rajin, anda boleh berjalan turun-naik tangga beberapa kali. Cara ini bukan sahaja mampu hilangkan rasa letih malah ianya boleh membakar kalori.

Berehat seketika di taman rekreasi - Saintis mengatakan bergerak dalam suasana alam sekitar yang menyegarkan mampu memperbaiki tahap tumpuan dn ingatan melalui cara yang dikenali sebagai 'perhatian bukan sukarela'. Jika otak mampu menyedari objek perlu memberi tumpuan padanya, ia akan memastikan otak lebih beri tumpuan dan melawan keletihan.

Cuba fikir mengenai haiwan peliharaan - Berinteraksi dengan haiwan peliharaan mampu meningkatkan tahap oxytocin. Oxytocin adalah hormon yang menghalang tekanan dan membantu penumpuan. Mungkin ada yang beranggapan cara ini agak kelakar tetapi ia adalah hakikat kerana University Of Missouri telah menjalankan kajian mengenai perkara ini.

Minum kopi pada waktu yang betul - Walaupun tahap tenaga telah menurun, kopi yang anda minum selepas waktu tengah hari mungkin akan mengganggu waktu tidur. Bagi melawan rasa letih pada waktu petang, anda boleh menukar pengambilan kopi berkafein kepada kopi tanpa kafein, teh hijau atau air berkarbonat.

Kunyah gula-gula getah - Cara mudah untuk melawan rasa letih adalah dengan mengunyah gula-gula getah. mengunyah mengaktifkan bahagian-bahagian otak yang berkaitan dengan ingatan. Ia juga boleh memberikan terjahan tenaga melalui cara merangsang deria lain.

Mendengar muzik kegemaran - Selama berdekad saintis telah menyatakan bahawa mendengar muzik mampu membantu menentang keletihan. Menurut satu kajian yang dilakukan di University Of Miami, kualiti kerja dan jumlah penumpuan diperbaiki apabila mendengar muzik. Disebabkan kita mempunyai pelbagai definisi muzik yang baik, apa yang boleh anda lakukan adalah mendengar lagu-lagu kegemaran untuk merangsang tenaga.

Jangan tinggalkan makan tengah hari - Sibuk bekerja, ada masanya anda terlupa untuk makan tengah hari. Namun begitu, tanpa makan tengah hari boleh membuatkan anda rasa mengantuk dan tidak bermaya. Jika anda tidak mempunyai masa untuk mengambil makan tengah hari yang sempurna, sekurang-kurangnya anda boleh cuba untuk mengambil snek ringan penuh protein dan karbohidrat seperti yogurt dengan buah atau sekeping roti yang disapu dengan mentega kacang.

Elakkan makanan tengah hari yang berat - Tidak makan tengah hari tidak bermakna anda perlu makan dengan banyak selepas itu. Proses pencernaan menyebabkan rasa mengantuk yang sukar untuk dilawan pada waktu petang. Pilihlah salad buah-buahan dan sayuran. Elakkan mengambil makanan bergoreng atau makanan dalam jumlah yang banyak.

Tidur secukupnya - Bahagian penting dalam sebarang rutin menyihatkan adalah mendapat tidur secukupnya pada waktu malam. Kekurangan tidur boleh menyebabkan rasa letih pada waktu petang. Cuba ikuti rutin tidur yang betul pada setiap malam. Cuba elak untuk melihat sebarang gajet sejam sebelum waktu tidur. Anda juga boleh minum secawan teh herba sebelum tidur.

Guna perangsang otak - Perangsang kognitif adalah sejenis suplemen yang memperbaiki ingatan, kreativiti dan motivasi. Kebanyakan perangsang otak mengandungi vitamin B kompleks, ginseng dan ginkgo biloba yang terkenal sebagai perangsang otak tanpa menganggu ritma sirkadian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia