MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, January 9, 2018

Barang yang dilarang masuk dalam pesawat

Image result for thing cannot bring to airplane

Biarpun sudah banyak kali menaiki kapal terbang, pasti ramai masih keliru dan tertanya-tanya apakah barangan yang dibawa atau dibeli boleh dibawa naik ke pesawat atau sebaliknya.

Justeru itu, bagi mengelakkan kerugian dan terpaksa meninggalkan barangan yang dibawa atau dibeli saat menaiki pesawat, mari kita semak senarai barangan yang dilarang dibawa bersama ketika menaiki pesawat.

Barangan tajam - Jangan menganggap gunting kecil, mata pisau pencukur, pembuka botol, pemotong kuku dan apa saja barangan tajam boleh dibawa dengan alasan untuk kemudahan anda. Walaupun saiznya kecil, ia tetap tajam dan pasti boleh mendatangkan bahaya kepada penumpang di dalam pesawat. Namun anda dibenarkan membawa barangan tajam ini jika melalui bagasi besar, dan bukannya melalui beg tangan yang anda bimbit kerana dikhuatiri boleh dijadikan senjata.

Barangan cecair - Cecair yang dilarang dibawa naik pesawat adalah jenis minyak dan cecair pemetik api. Bagaimanapun cecair yang tidak mendatangkan bahaya mestilah dimasukkan ke dalam satu bekas yang tidak melebihi 100ml dan perlu dibungkus di dalam plastik yang diikat ketat. Cecair yang dikecualikan lebih daripada had yang dibenarkan seperti ubat, makanan dan susu bayi boleh dibawa naik pesawat.

Alat penyembur -  Jawapan ini mungkin membantu wanita mengapa anda tidak dibenarkan membawa penyembur rambut, minyak wangi, racun serangga, penyembur lada, tin isian pemetik api dan semua jenis alat penyembur kerana ia mengandungi kandungan gas yang boleh menyebabkan kebakaran. Bahan ini boleh meletup dengan mudah akibat suhu panas. Tetapi anda boleh membawanya melalui bagasi besar.

Peralatan sukan - Tidak kira anda seorang atlet atau sebaliknya, apa saja barangan peralatan sukan yang boleh dijadikan senjata dilarang dibawa ke dalam pesawat. Walaupun peralatan sukan itu tumpul seperti kayu hoki atau raket tenis, anda tetap tidak dibenarkan untuk membawanya ke dalam pesawat kerana ianya boleh mendatangkan kecederaan kepada penumpang kerana saiznya besar. Ia juga boleh mengganggu orang ramai ketika menyimpan barang di atas ruang penyimpanan.

Buah-buahan - Keenakan buah-buahan tempatan memang tidak dapat disangkal lagi. Namun, seenak manapun, ada antara buah-buahan tempatan yang tidak dibenarkan masuk ke dalam pesawat kerana dikhuatiri baunya boleh mengganggu ketenteraman penumpang. Buah seperti durian yang terkenal dengan baunya yang kuat dan tajam boleh menyebabkan penumpang yang tidak tahan berasa mual, muntah dan mungkin pengsan.  Selain durian, buah kuini dan cempedak juga antara buah-buahan tempatan yang tidak dibenarkan dibawa naik pesawat. Justeru, jika anda bercadang untuk menyediakan buah-buahan tempatan yang lain sebagai ole-ole pulang daripada bercuti, pastikan buah yang dbeli itu bukanlah buah yang dibeli itu bukanlah buah yang dilarang membawa baik pesawat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia