
JUDUL BUKU TERKINI
Saturday, December 17, 2016
Thursday, December 15, 2016
Thursday, December 8, 2016
Wednesday, December 7, 2016
1) Sakit Jantung Merupakan rasa sakit yang amat sangat pada bahagian dada secara berterusan sehingga setengah jam. Ia menjalar ke tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan. Apabila saluran darah pada otot jantung tersumbat, risiko kematian boleh berlaku. Faktor penyebab : Asap rokok, tekanan perasaan, kandungan lemak yang tinggi,...
Continue Reading- Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.
- Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.
- Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.
- Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.
- Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.
Soalan : Adakah benar ada dosa yang tidak diampunkan Allah walaupun hambaNya telah bertaubat. Mohon penjelasan daripada ustaz. Jawapan : Sidang pembaca yang dirahmati oleh Allah. Merujuk soalan di atas, kita diminta bertaubat kepada Allah. Kita sentiasa berdosa kepada Allah. Kadang-kadang kita perasan melakukan dosa dan kadangkala tidak. Berhutang Di antara dosa-dosa yang tidak diampunkan Allah k...
Continue ReadingBerdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan, kekerapan duduk dalam tempoh masa yang lama boleh menurunkan sistem metabolisme tubuh selain menganggu aliran darah. Kesannya, anda mudah terkena penyakit jantung, tekanan darah tinggi, hinggalah kanser. Itu belum lagi mengambil kira bahan yang digunakan untuk menghasilkan sofa tersebut. Tidak mustahil terkandung bahan kimia berbahaya. S...
Continue ReadingThursday, November 24, 2016
Percutian adalah sesuatu yang menyeronokkan, peluang untuk menghilangkan tekanan dan melupakan tugas di pejabat ataupun rumah. Namun ada kalanya percutian yang sepatutnya menjanjikan keseronokan boleh membuatkan kita menjadi tertekan. Antara tips yang boleh membantu anda untuk menghindari tekanan semasa mahu bercuti adalah seperti berikut : 1) Wang adalah sesuatu yang terpenting dalam perancangan...
Continue ReadingTuesday, November 22, 2016
Anda perlu menyenaraikan setiap sumber dan punca pendapatan pada setiap bulan. Catatkan gaji bersih selepas ditolak potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, cukai dan juga Perkeso. Daripada gaji bersih itulah anda menyediakan bajet mengikut kemampuan dan keperluan pada setiap bulan.
Anda perlu memasukkan sekali punca kewangan sampingan ke dalam bajet. Contohnya elaun tetap, pendapatan daripada kerja sampingan dan sebagainya. Mulai sekarang, sediakan bajet bulanan anda.
Senaraikan perbelanjaan
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah bahagikan perbelanjaan kepada tiga kategori iaitu tetap, berubah-ubah dan berdasarkan budi bicara. Apabila membahagikan kepada setiap kategori ini, anda akan dapat membuat bajet mengikut kepada pendapatan pada bulan itu. Bagi kategori tetap, mungkin tidak banyak yang boleh anda ubah. Namun bagi kategori berubah-ubah, mungkin ada yang boleh anda 'usik' untuk disesuaikan dengan bajet anda pada bulan tersebut.
Selain itu, 10 peratus daripada pendapatan hendaklah disimpan sebelum anda berbelanja dan bukan daripada lebihan yang telah anda belanjakan.
Tentukan aliran tunai bersih
Hal ini penting untuk anda menentukan bajet agar bajet yang anda sediakan tidak menjerat diri sendiri. Antara yang boleh anda tentukan ialah :-
- Jika ada lebihan, syabas. Pastikan bajet anda mengikut perbelanjaan sebenar.
- Jika terdapat defisit, semak semula bajet dengan mengurangkan perbelanjaan budi bicara sehingga kedudukan aliran tunai menjadi positif.
- Sebaiknya anda mempunyai lebihan wang untuk membina dana kecemasan.
Senarai sumber Anda perlu menyenaraikan setiap sumber dan punca pendapatan pada setiap bulan. Catatkan gaji bersih selepas ditolak potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, cukai dan juga Perkeso. Daripada gaji bersih itulah anda menyediakan bajet mengikut kemampuan dan keperluan pada setiap bulan. Anda perlu memasukkan sekali punca kewangan sampingan ke dalam bajet. Contohnya elaun tetap, pendapa...
Continue ReadingMonday, November 21, 2016
Sumber daripada : Majalah Mingguan Wanita Januari 2015
Makanan bergoreng - Makanan bergoreng memang sedap tetapi ia tidak boleh dijadikan amalan kerana memberi kesan janka panjang terhadap kesihatan. Dikatakan individu yang gemar mengambil makanan bergoreng boleh mendatangkan impak negatif terhadap radang sendi melalui, radang yang berlaku semakin teruk dan berpunca oleh pertambahan berat badan. Ini secara tidak langsung mendatangkan tekanan yang leb...
Continue ReadingTuesday, November 15, 2016
![]() |
Oleh:Nadia Mingguan Wanita |
Sebagai tanda syukur, masyarakat Islam digalakkan untuk melaksanakan beberapa amalan tertentu sewaktu menyambut kelahiran bayi seperti yang terkandung dalam syariat islam.
1. Azan atau istiqamah
Sebaik anak anda selamat dilahirkan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah bayi itu peril diazankan dan diiqamatkan. Kalimah pertama yang didengar oleh anak anda dipercayai dapat menjadi banteng daripada gangguan syaitan. Selain itu, sunat dibacakan pada telinga kanan bayi dengan doa yang bermaksud, “bahawasanya, aku pohon perlindungan Engkau, diri anak ini dan zuriat keturunannya kelak daripada tipu daya syaitan”
2. Khabar gembira
Anda disunatkan menghebahkan kelahirannya kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga. Ini dilakukan sebagai tanda kesyukuran dengan anugerah Allah. Bagi yang menerima berita gembira ini pula disunatkan mengucapkan tahniah sambil mendoakan kebaikan untuk ibu bapa dan bayi tersebut.
3. Nama
Nama yang dipilih untuk anak selok-eloknya disediakan terlebih dahulu. Bila sudah ada nama yang berkenan di hati, rujuk nama tersebut kepada orang yang tahu dan faham bahasa Arab. Ketahuilah sama ada sebutan dan ejaannya betul sebelum dicatatkan ke dalam sijil kelahiran anak. Sebaik-baiknya biarlah nama yang telah dipilih itu dirasmikan atau disiytiharkan pada hari ketujuh sambil dilakukan akikah.
4. Tahnik
Letakkan sedikit isi buah kurma pada bahagian lelangit setelah bayi dilahirkan sehingga isinya menyentuh keseluruhan mulut bayi dan masuk ke dalam rongga tekaknya. Amalan ini dapat menguatkan saraf-saraf yang terdapat dalam mulut bayi.
5. Cukur rambut
Amalan cukur rambut sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan, kemudian disunatkan pula bersedekah perak yang beratnya sama dengan timbangan rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin jika berkemampuan.
6. Akikah
Sebagai tanda gembira, buatlah kenduri makan. Dengan majlis akikah yang dianjurkan, diharap dapat mengeratkan hubungan sesame keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga. Dalam pada itu, dua ekor kambing (anak lelaki) ataupun seekor kambing (anak perempuan) perlu diakikahkan untuk amalan ini dan dagingnya akan dibahagi-bahagikan kepada para tetamu.
7. Khatan
Masa kini, menjadi kegemaran ibu bapa mengkhatankan anak sebaik sahaja dilahirkan. Ini terutamanya bagi anak lelaki. Berkhatan dilakukan untuk menjamin kebersihan agar dapat menghindarkan penyakit yang disebabkan oleh najis yang terkumpul di bahagian zakar.
Oleh:Nadia Mingguan Wanita Sebagai tanda syukur, masyarakat Islam digalakkan untuk melaksanakan beberapa amalan tertentu sewaktu menyambut kelahiran bayi seperti yang terkandung dalam syariat islam.1. Azan atau istiqamahSebaik anak anda selamat dilahirkan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah bayi itu peril diazankan dan diiqamatkan. Kalimah pertama yang didengar oleh anak anda dipercaya...
Continue ReadingMonday, November 14, 2016
Masih panas hati dengan isu kenaikan harga minyak? Nak tak nak, anda tetap kena teruskan hidup tetapi dengan cara jimat tersendiri. Ya, membesarkan keluarga secara bajet perkara yang sukar. Mungkin ada yang tahap nak beranak ramai pun takut! Sebenarnya ini memerlukan daya kreatif dan strategi bagi memastikan kewangan teratur. Berikut adalah cara yang boleh dilakukan oleh suri rumah bagi menjimatk...
Continue ReadingLedakan teknologi canggih dan penularan penggunaan internet memperlihatkan majoriti kes yang dahulunya menjadi sulit namun kini dengan mudah tersebar luas tanpa kawalan.Kadang kes-kes yang belum sempat mendapat maklum balas daripada pihak berkuasa namun sudah dihakimi oleh ‘keypad warriors’. Sehinggakan mengganggu tugas pihak berkuasa untuk mendapatkan bukti.Mungkin ada pro dan kontra peranan med...
Continue ReadingTuesday, November 8, 2016
Pusat Darah Negara bertanggungjawab untuk menyedia dan membekalkan darah yang mencukupi, selamat dan berkualiti kepada masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan status kewangan penerima.
Manfaat menderma darah
- Penghasilan sel darah baru oleh sumsum tulang
- Dapat mengetahui jenis darah
- Pemeriksaan perubatan mini
- Vaksin Hepatitis B percuma
- Kemudahan percuma rawatan hospital
- Menyelamatkan tiga nyawa dengan setiap pendermaan
- Pendaftaran
- Pemeriksaan darah
- Berat badan
- Tekanan darah
- Pendermaan darah
- Seseorang penderma darah boleh menderma darah setiap 3 bulan sekali.
- Kajian di Finland dalam American Journal Of Epidemiologi mendapati penderma lelaki yang menderma sekurang-kurangnya sekali setahun mempunyai risiko 88% lebih rendah mendapat serangan jantung berbanding dengan bukan penderma.
Pusat Darah Negara adalah salah satu institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkhidmat sebagai pusat koordinasi dan rujukan perkhidmatan transfusi perubatan seluruh negara dan juga menjalankan kutipan darah bagi Wilayah Tengah seperti Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Barat. Pusat Darah Negara bertanggungjawab untuk menyedia dan membekalkan darah yang...
Continue ReadingThursday, October 20, 2016
Suatu ketika dahulu seorang Pengkaji Ketagihan Internet awak Dr. Kimberly Young (1998) memaklumkan, si 'pencandu' internet merupakan seorang yang bergantung pada diri sendiri, sukakan aktiviti bersama secara dalam talian serta kurang gemar aktiviti luaran. Pun begitu seiring peredaran masa kelakuan ini semakin sukar dikesan, namun mereka boleh dinilai menerusi 10 ciri berikut.
- Memperuntukkan masa dan peluang berada dalam dunia maya lebih lama daripada di alam fizikal.
- Mereka amat aktif daam ruang maya berbanding di luar.
- Pemikiran mereka berfungsi lebih baik dalam ruang maya.
- Menunjukkan tanda keletihan yang tinggi kerana terlalu memfokus menggunakan otak dan tenaga dalaman.
- Mempunyai masalah mata untuk memfokus jarak dan silau.
- Kegagalan koordinasi mata dan otak akibat terlalu lama melihat dan berfikir melalui gajet teknologi.
- Bergantung sebahagian besar keperluan hidup berasaskan aplikasi dari internet.
- Kurang bercakap dan kurang memberi pandangan di dunia nyata.
- Hilang fokus belajar dan bekerja kerana keasyikan dan sentiasa memikirkan dunia maya.
- Sanggup menyediakan peruntukan besar untuk gajet dan perkhidmatan berasaskan internet.
Sumber daripada : Dr. Mohd Sobhi Ishak, Majalah Wanita Oktober 2016
Suatu ketika dahulu seorang Pengkaji Ketagihan Internet awak Dr. Kimberly Young (1998) memaklumkan, si 'pencandu' internet merupakan seorang yang bergantung pada diri sendiri, sukakan aktiviti bersama secara dalam talian serta kurang gemar aktiviti luaran. Pun begitu seiring peredaran masa kelakuan ini semakin sukar dikesan, namun mereka boleh dinilai menerusi 10 ciri berikut. Memperuntukka...
Continue Reading- Untuk menyimpan baju serta barangan lain, cuba dapatkan almari kabinet binaan dalam berbanding rak atau almari biasa.
- Anda boleh dapatkan perabot dengan reka bentuk dwi fungsi seperti katil yang memiliki laci pada bahagian bawahnya.
- Jangan terlalu sayangkan barangan yang lama dan sudah tidak dipakai. Buang atau berikan kepada orang lain supaya suasana bilik menjadi lebih luas dan tidak kelihatan semak.
- Gunakan pintu sebagai ruang penstoran. Anda boleh menyimpan pelbagai barangan seperti beg, kasut, buku dan jaket.
- Untuk ruang sempit letakkan katil rapat dengan dinding bagi menambahkan raung pada ruang lantai.
- Gunakan kotak penyimpanan barang atau aksesori dan jadikan ia meja lampu.
- Lebih baik mempunyai perabot yang penting sahaja seperti katil, almari pakaian, meja solek, kerusi dan meja sisi.
Untuk menyimpan baju serta barangan lain, cuba dapatkan almari kabinet binaan dalam berbanding rak atau almari biasa.Anda boleh dapatkan perabot dengan reka bentuk dwi fungsi seperti katil yang memiliki laci pada bahagian bawahnya.Jangan terlalu sayangkan barangan yang lama dan sudah tidak dipakai. Buang atau berikan kepada orang lain supaya suasana bilik menjadi lebih luas dan tidak kelihatan s...
Continue Reading- Mengamalkan komunikasi terbuka
- Pengagihan tugasan yang saksama
- Memberi anugerah
- Memberi tunjuk ajar dan sokongan pekerja
- Menerima pendapat orang lain
- Tidak lemah semangat
Mengamalkan komunikasi terbuka Sedia menerima teguran dan cadangan dengan fikiran terbuka apabila berkomunikasi dan bersemuka dengan pekerja. Jika ada sebarang perkara berbangkit, ketua sentiasa jujur dan berterus terang kepada pekerja yang sering memerlukan maklumat tepat dalam sesuatu situasi. Elakkan daripada merahsiakan sesuatu hal terutama yang melibatkan pekerja anda. Ini bagi mengelak...
Continue ReadingTuesday, October 18, 2016
- L1 - Latihan kemahiran pemakaian alat pernafasan
- L2 - Latihan kemahiran penggunaan peralatan pengesan
- L3 - Latihan kemahiran pemakaian dan penggunaan alat perlindungan
- L4 - Latihan kemahiran penggunaan peralatan operasi Hazmat
- L5 - Latihan kemahiran penggunaan peralatan decontamination
- L6 - Latihan kemahiran pengggunaan peralatan komunikasi dan data maklumat Hazmat
- L7 - Latihan kemahiran taktikal dan metodologi pengurusan bencana Hazmat
- L8 - Latihan kemahiran maklumat kemerbahayaan bahan-bahan kimia terkini (Khas untuk Komander Hazmat dan Pakar Hazmat)
- L9 - Aktiviti dan latihan Hazmat lain yang dilaksanakan
- Program latihan berkala
- Program Latihan Bersama Pasukan HAZMAT JBPM negeri-negeri
- Program Latihan Major Exercise
- Pengendalian Kursus Pengukuhan Pasukan HAZMAT
- Mengadakan lawatan di tempat-tempat seperti berikut :
- Kawasan-kawasan yang berisiko tinggi yang berada di Negeri Terengganu.
- Negeri-negeri yang mempunyai Pasukan Hazmat.
PENGENALANAkademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai telah beroperasi pada tahun 2003 dengan keluasan 340 ekar. kemasukan pelatih Kursus Asas Sains kebombaan yang pertama siri 1/2003 seramai 115 orang.Pada masa tersebut Akademi ini hanya mengendalikan kursus Asas Sains Kebombaan sahaja.LATARBELAKANGAkademi Bomba dan Malaysia, adalah bertanggungjawab menjalankan latihan dan kursus Pasukan...
Continue ReadingSumber gambar daripada MyMetroPengenalanMatlamat awal mewujudkan pasukan bomba adalah sebagai pasukan pemadam kebakaran sahaja. Kemudian ianya berkembang disebabkan keperluan masyarakat kepada pasukan yang bersedia memberi bantuan kecemasan 24 jam apabila ditimpa musibah.Keadaan menjadi lebih rumit apabila corak kehidupan masyarakat semakin berkembang pesat. Corak panggilan kecemasan yang diterim...
Continue ReadingPengenalan
Peranan Unit Penyelamat Di Dalam Air adalah untuk menangani insiden dan kecemasan yang berlaku di dalam air. Unit ini terdiri daripada pegawai dan anggota berkelayakan yang dilatih di dalam dan luar negara. Umumnya, Unit Penyelamat Di Dalam Air, JBPM mempunyai lesen daripada Persatuan Penyelam "National Association Under Water Instructor (SSI)".
Latar Belakang
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai adalah merupakan Pusat Kecemerlangan Pasukan SCUBA. Justeru itu, semua penganjuran kursus-kursus berkaitan dengan pasukan SCUBA akan dianjurkan di sini yang meliputi kursus-kursus Asas SCUBA, Open Water SCBA Diver, Advanced SCUBA Diver, Rescue SCUBA Diver, Master SCUBA Diver, Dive Master SCUBA Diver, Assistant Instructor dan Instructor.
VISI"Menjadi sebuah pasukan penyelamatan di air yang bertaraf antarabangsa."
MISI
"Pasukan penyelamatan di air Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia komited
untuk memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional
bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar
dengan menggunakan sumber secara berkesan dan teknologi terkini."
Keanggotaan
Sehingga sekarang, Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai mempunyai keanggotaan pasukan penyelam seramai 7 orang. Dimana 2 orang Dive Master dan 5 orang Advanced SCUBA Diver.
Aktiviti SemasaSetiap anggota penyelam JBPM di FRAM Wakaf Tapai perlu menjalani latihan selaman atau latihan Currency setiap bulan sekurang-kurangnya 9 jam.
Perancangan tahunanMembantu FRAM Wakaf Tapai menjalankan kursus melibatkan pasukan selam JBPM sekurang-kurangnya 12 kali setahun.
PengenalanPeranan Unit Penyelamat Di Dalam Air adalah untuk menangani insiden dan kecemasan yang berlaku di dalam air. Unit ini terdiri daripada pegawai dan anggota berkelayakan yang dilatih di dalam dan luar negara. Umumnya, Unit Penyelamat Di Dalam Air, JBPM mempunyai lesen daripada Persatuan Penyelam "National Association Under Water Instructor (SSI)".Latar BelakangAkademi Bomba dan Penyelamat...
Continue ReadingFriday, October 14, 2016
Gambar ehsan daripada : link |
Sumber daripada : Portal Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Gambar ehsan daripada : link Dalam usaha jabatan untuk memperkembangkan kemampuan untuk menangani isu-isu bencana di dalam negara, jabatan telah mengorak langkah bagi mengembangkan operasi dengan mewujudkan satu unit pasukan khas dinamakan Smoke Jumper. Kursus payung terjun dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mula dilaksanakan pada 2 Oktober 2000 di mana jabatan telah menghantar seram...
Continue Reading1. Soalan: Berapa lamakah tempoh latihan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi kemasukan Skim Pegawai Bomba KB17, Penolong Penguasa Bomba KB29 dan Penguasa Bomba KB41?
Jawapan: Tempoh kursus bagi pelatih Pegawai Bomba Gred KB17 adalah selama sekurang-kurangnya 4 1/2 bulan, Pegawai Kadet Penolong Penguasa Bomba KB29 selama 6 bulan dan Pegawai Kadet Penguasa Bomba KB41 ialah selama 9 bulan. Walaubagaimanapun tempoh sebenar adalah tertakluk kepada Pengurusan Tertinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Tempoh ini tidak dikira dengan tempoh Kursus Induksi Umum dan Induksi Khusus serta Kursus Waja Diri.
2. Soalan: Sekiranya saya sedang mengandung, adakah saya dibenarkan untuk menjalani latihan?
Jawapan: Semua pelatih yang sedang mengandung tidak dibenarkan untuk menjalani latihan. Mereka akan ditempatkan sementara di mana-mana bahagian sebelum dipanggil untuk menjalani latihan selepas selesai urusan tersebut dalam kumpulan pelatih yang lain.
3. Soalan: Sekiranya saya mempunyai masalah pernafasan (asthma)/ kecederaan akibat kemalangan, adakah saya boleh menjalani latihan?
Jawapan: Semua pelatih yang mempunyai masalah kesihatan boleh menjalani latihan tetapi bergantung kepada jenis latihan tertentu. Semua pelatih perlu mengistiharkan keadaan kesihatan masing-masing semasa menjalani pemeriksaan perubatan. Kegagalan untuk membuat pengistiharan akan menyebabkan pihak Akademi tidak dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan risiko kejadian yang lebih buruk. Bagi pesakit asthma, anda tidak digalakkan untuk memilih kerjaya ini kerana ia memerlukan kecergasan fizikal dan mental sepanjang masa.
4. Soalan : Adakah saya mesti menyelesaikan urusan pemeriksaan kesihatan di hospital sebelum melapor diri?
Jawapan: Sebaik-baiknya anda perlu menyelesaikan urusan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Sekiranya masa semakin suntuk anda akan dibawa untuk membuat pemeriksaan perubatan selepas melaporkan diri.
5. Soalan: Adakah saya dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit semasa sedang berkursus?
Jawapan: Tidak. Semua pelatih tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit semasa latihan dalam tempoh 1 hingga 2 bulan pertama latihan. Kebenaran untuk menggunakan telefon bimbit akan diberi hanya dengan kebenaran YS Komandan.
6. Soalan: Bagaimanakah cara perhubungan di antara pelatih dengan keluarga?
Jawapan: Pelatih boleh menghubungi keluarga dengan menggunakan surat sahaja. Sekiranya keluarga ingin menghantar surat kepada pelatih, keluarga boleh menghantarkan kepada alamat berikut:-
Kepada: Nama Penuh Pelatih
Nama Platun (Nama Kursus)
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai,
21040 Marang, Terengganu Darul Iman.
7. Soalan: Adakah saya akan dibayar elaun semasa menjalani latihan?
Jawapan: Tidak. Semua pelatih tidak dibayar elaun. Semua pelatih dianggap telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam. Oleh itu, semua pelatih layak untuk dibayar gaji penuh beserta dengan elaun yang berkaitan. Walaubagaimanapun, proses untuk gaji pertama akan memakan masa selewat-lewatnya 2 bulan selepas mula berkhidmat.
8. Soalan: Saya tidak pernah bekerja dan saya tidak mempunyai akaun KWSP. Adakah saya perlu mendaftar terlebih dahulu ke pejabat KWSP?
Jawapan: Tidak perlu. Sila maklumkan kepada pegawai semasa melapor diri dan anda akan dibawa ke pejabat KWSP berhampiran untuk membuka akaun KWSP.
9. Soalan: Adakah semua keperluan boleh dibeli semasa dalam berkursus seperti sabun mandi, sabun basuh, ubat gigi dan pewangi bilik?
Jawapan: Semua keperluan tersebut boleh dibeli di Kiosk PESKKAB, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai.
10. Soalan: Adakah saya dibenarkan untuk tidak memakai tudung kepala semasa berkursus?
Jawapan: Pihak Akademi menggalakkan semua pelatih bertudung kepala untuk memperlihatkan keseragaman.
11. Soalan: Adakah saya dibenarkan balik ke rumah sepanjang masa berkursus?
Jawapan: Semua pelatih hanya akan dibenarkan untuk balik kerumah selepas 2 bulan menjalani latihan atau selepas menerima gaji pertama. Cuti yang diberi hanyalah cuti hujung minggu.
12. Soalan: Adakah saya perlu membawa sendiri semua ubat-ubatan seperti panadol dan minyak panas semasa melaporkan diri?
Jawapan : Semua keperluan ubat-ubatan peribadi perlu dibawa sendiri. Walaubagaimanapun, pihak akademi ada menyediakan keperluan ubat-ubatan sekiranya perlu.
13. Soalan: Adakah saya dibenarkan untuk membawa wang tunai sepanjang masa latihan?
Jawapan: Semua pelatih boleh membawa wang tunai tetapi tidak digalakkan untuk membawa wang tunai melebihi RM500. Semua makan dan minum pelatih adalah diberi secara percuma sehingga tamat latihan. Sekiranya perlu, pelatih boleh memasukkan wang ke dalam bank dan mengeluarkan apabila perlu.
14. Soalan: Adakah keluarga dibenarkan untuk menghantar saya semasa melapor diri?
Jawapan: Ya. Keluarga boleh menghantar pelatih semasa melapor diri tetapi keluarga hanya dibenarkan berada di kawasan akademi sehingga jam 12 tengahari.
15. Soalan: Adakah saya perlu membawa pakaian untuk keperluan sehingga tamat latihan?
Jawapan: Anda hanya perlu membawa lebih kemeja lengan panjang putih, stokin putih, kasut putih dan seluar track bottom hitam. Selain daripada itu anda tidak perlu membawa seluar denim, seluar track bottom pelbagai warna, kasut sukan pelbagai warna, baju t-shirt berkolar pelbagai warna dan baju t-shirt tanpa kolar. Semua baju yang dipakai sepanjang masa latihan telah ditetapkan dan terkandung dalam surat panggilan melapor diri.
1. Soalan: Berapa lamakah tempoh latihan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi kemasukan Skim Pegawai Bomba KB17, Penolong Penguasa Bomba KB29 dan Penguasa Bomba KB41?Jawapan: Tempoh kursus bagi pelatih Pegawai Bomba Gred KB17 adalah selama sekurang-kurangnya 4 1/2 bulan, Pegawai Kadet Penolong Penguasa Bomba KB29 selama 6 bulan dan Pegawai Kadet Penguasa Bomba KB41 ialah selama 9 bulan....
Continue Reading
LATAR BELAKANG
Pada tahun 2006, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia serta Malaysian Society for Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM) telah menubuhkan Pasukan khas iaitu Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan atau Emergency Medical Rescue Services (EMRS). Segala kepakaran anggota EMRS dilatih dan ditauliahkan oleh Malaysian Association of Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM) atau Pertubuhan Perubatan Kecemasan dan Traumatologi Malaysia. Kerajaan juga bersetuju meluluskan bayaran “Insentif Pre Hospital Care” sebanyak RM 100.00 sebulan kepada Pasukan EMRS JBPM berkuatkuasa pada 1 Januari 2007.
OBJEKTIF DAN PERANAN UTAMA
Objektif utama pasukan EMRS ialah memberikan pengetahuan serta kemahiran penilaian awal serta pengurusan mangsa ditempat kejadian, supaya perawatan kecemasan awal dapat dimulakan seterusnya dapat mengurangkan mortality serta morbidity.
Antara tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pasukan ini ialah: Melaksanakan perkhidmatan perawatan kecemasan perubatan ke atas anggota bomba dan juga pemeriksaan kesihatan kepada pasukan khas yang lain seperti HAZMAT, PPDA dan pasukan mencari dan menyelamat sebelum dan selepas latihan mahupun semasa operasi. Melaksanakan perkhidmatan perawatan kecemasan perubatan ke atas mangsa yang terlibat dalam kemalangan atau apa-apa insiden di darat, air dan udara. Membuat penilaian kesihatan terhadap mangsa untuk memulihkan pernafasan, mengawal pendarahan dan menstabilkan mangsa sebelum menyerahkan kepada pihak hospital. Tugas bantuan semasa operasi bencana yang melibatkan tumpahan bahan kimia berbahaya oleh pasukan HAZMAT dan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA), atau lain-lain pasukan dalam operasi mencari dan menyelamat: Anggota EMRS hendaklah melaksanakan tugas-tugas perawatan dan penyelamatan mangsa di ”Red Zone” dalam kes HAZMAT dan runtuhan struktur mengikut Prosedur Operasi Seragam yang berkaitan. Pasukan EMRS perlu menjalankan kerja-kerja pemeriksaan kesihatan ke atas anggota HAZMAT, anggota PPDA dan pasukan mencari dan menyelamat yang lain serta memberi rawatan kecemasan yang bersesuaian kepada mangsa.
JENTERA EMRS
Bermaksud kenderaan yang lengkap dengan peralatan perawatan perubatan dan peralatan menyelamat asas yang digunakan semasa operasi untuk menyelamat atau merawat mangsa serta menghantar mangsa atau pesakit ke hospital sekiranya perlu. JENTERA EMRS boleh digerakkan untuk kes yang mana hanya memerlukan perkhidmatan untuk memindahkan pesakit ke pusat rawatan perubatan dengan permohonan daripada pihak KKM. JENTERA EMRS bukanlah seperti Ambulan KKM, kerana tugas utama anggota EMRS adalah memberi perawatan awal kepada anggota Bomba khususnya dan orang awam ditempat kejadian. Pada masa kini, jabatan telah dibekalkan dengan 99 buah JENTERA EMRS yang beroperasi di seluruh negara dan akan bertambah pada masa terdekat.
SYARAT ASAS PEMILIHAN DAN KEPERLUAN LATIHAN
Selain menjalani pemeriksaan taraf kesihatan, ujian air kencing/drug test dan pemeriksaan/perakuan fizikal oleh doktor perubatan kerajaan, semua pegawai bomba yang akan dilantik sebagai anggota EMRS wajib melalui ujian bertulis, lisan dan amali.
Kursus yang perlu dihadiri:-
Tahap 1: Emergency Medical Trauma Technician Basic selama 3 minggu (Teori) dan Penempatan di hospital selama 120 Jam Bahagian Kecemasan (Praktikal)
Tahap 2 : Emergency Medical Trauma Technician Advanced (Instructor course) selama 2 minggu. Emergency Medical Trauma Technician Refresher selama 1 minggu (latihan pengukuhan) Anggota bomba yang telah dilantik dan ditauliahkan, wajib menjalani latihan pengukuhan bulanan sebanyak 20 jam mengikut pada modul - modul yang terkandung dalam buku log EMRS. Setiap buku log tersebut perlu dilengkapkan dan disahkan oleh ketua balai atau pegawai kanan. Selain menjalani kursus asas EMRS, anggota EMRS juga berpeluang untuk mengikuti Kursus Pembantu Perubatan Selam (Diving Medical Asisstant) dijalankan oleh Angkatan Tentera (Institut Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik) selama 8 minggu. Anggota-anggota Pembantu Perubatan Selam perlu mempunyai kebolehan dalam mengenalpasti penyakit selam, memberi rawatan awal kepada penyelam dan mengendalikan recompression chamber. Buat masa seramai 28 anggota yang telah berjaya mengikuti kursus Pembantu Perubatan Selam ini. Dan ditempatkan di seluruh Malaysia.
PERANCANGAN SEMASA DAN MASA HADAPAN
Jabatan sentiasa merancang untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan setiap anggota EMRS dari segi pengetahuan dan kemudahan logistik. Mungkin suatu hari nanti Jabatan Bomba akan mempunyai anggota Paramediknya sendiri dalam memantapkan lagi perkhidamtannya.
PENUTUP
Melalui pelbagai program dan kursus yang telah dianjurkan oleh jabatan, ianya dapat meningkatkan tahap kesiapsigaan anggota EMRS supaya berada pada tahap yang tertinggi. Pasukan ini juga akan bertindak melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan professional bagi melaksanakan visi dan misi jabatan.
Disediakan oleh: PgB Andy Alie (Bhgn Operasi Putrajaya)
PBT Noorhamidi bin Ali (Akademi Bomba)
Sumber daripada : Portal Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LATAR BELAKANGPada tahun 2006, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia serta Malaysian Society for Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM) telah menubuhkan Pasukan khas iaitu Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan atau Emergency Medical Rescue Services (EMRS). Segala kepakaran anggota EMRS dilatih dan ditauliahkan oleh Malaysian A...
Continue Reading1. Soalan: Saya sangat berminat untuk menjadi seorang anggota bomba. Bagaimanakah caranya untuk memohon bagi jawatan yang sesuai dengan kelulusan saya hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?
Jawapan: Sekiranya anda mempunyai kelulusan SPM, anda boleh memohon Jawatan Pegawai Bomba Gred KB 17. Bagi permohonan tersebut, anda perlu memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web SPA di http://www.spa.gov.my.
2. Soalan: Saya memiliki kelulusan akademik Diploma dari universiti tempatan. bolehkah saya memohon jawatan sebagai pegawai bomba dan apakah jawatan yang sesuai dengan kelayakan akademik saya?
Jawapan: Bagi kelulusan akademik Diploma, anda boleh memohon jawatan sebagai Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 dan cara permohonan masih lagi melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web SPA di http://www.spa.gov.my.
3. Soalan: Saya memiliki kelulusan akademik Ijazah Sarjana Muda dari universiti tempatan. bolehkah saya memohon jawatan sebagai pegawai bomba dan apakah jawatan yang sesuai dengan kelayakan akademik saya?
Jawapan: Bagi kelulusan akademik Diploma, anda boleh memohon jawatan sebagai Penguasa Bomba Gred KB41 dan cara permohonan masih lagi melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web SPA di http://www.spa.gov.my.
4. Soalan: Adakah cara lain untuk memohon menjadi pegawai bomba selain daripada melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?
Jawapan: Sekiranya anda ingin menjadi pegawai bomba dalam erti kata lain memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Bomba Gred KB17, Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 atau Penguasa Bomba Gred KB41, anda hanya boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web SPA dihttp://www.spa.gov.my.
5. Soalan: Adakah saya boleh memohon melalui Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, sekiranya saya ingin menjadi anggota Bomba?
Jawapan: Tidak boleh. Anda hanya boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di laman web SPA di http://www.spa.gov.my.
6. Soalan: Bagaimanakah proses pemilihan bagi memasuki skim Pegawai Bomba Gred KB17 dan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29?
Jawapan: Terlebih dahulu anda perlu membuat permohonan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan tunggu sehingga dipanggil untuk melalui Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Ujian Kecergasan yang akan dimaklumkan melalui surat atau laman web SPA. Selepas berjaya dalam Pemeriksaan tersebut, anda akan dipanggil untuk melalui proses seterusnya iaitu Proses Temuduga yang akan dijalankan pada tarikh yang lain. Selepas berjaya dalam temuduga, anda akan ditawarkan untuk Jawatan tersebut sama ada Pegawai Bomba Gred KB17 atau Penolong Penguasa Bomba Gred KB29. Untuk maklumat lanjut bagi proses Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan Fizikal atau maklumat lain berkaitan kerjaya, sila klik disini.
1. Soalan: Saya sangat berminat untuk menjadi seorang anggota bomba. Bagaimanakah caranya untuk memohon bagi jawatan yang sesuai dengan kelulusan saya hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?Jawapan: Sekiranya anda mempunyai kelulusan SPM, anda boleh memohon Jawatan Pegawai Bomba Gred KB 17. Bagi permohonan tersebut, anda perlu memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web...
Continue ReadingPerpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
WebOpac Pencarian Buku (Ibu Pejabat)
WebOpac Pencarian Buku (Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Tengah)
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
►
2025
(437)
- ► March 2025 (63)
- ► February 2025 (211)
- ► January 2025 (163)
-
►
2024
(2888)
- ► December 2024 (137)
- ► November 2024 (222)
- ► October 2024 (157)
- ► September 2024 (163)
- ► August 2024 (215)
- ► April 2024 (237)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (361)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
▼
2016
(111)
- ▼ December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
-
►
October 2016
(16)
- Adakah anda seorang 'pencandu' internet?
- Penstoran bilik tidur sempit
- Anda ketua yang baik JIKA...
- Unit Pasukan Hazmat
- Unit MUST
- Unit Penyelamat Di Dalam Air (SCUBA)
- PGO Nadi Bomba - Metro 18 Oktober 2016
- Mengenai pasukan Smoke Jumper JBPM
- Soalan Lazim Bakal Pelatih Anggota Bomba
- Mengenai pasukan EMRS
- Soalan lazim tentang kerjaya anggota bomba
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
►
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
►
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
►
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
►
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
►
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
1. Lakukan Pemeriksaan Mata Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setah...
-
Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan. Beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang or...
-
Secara umumnya, yang dimaksudkan dengan keselamatan kanak-kanak di TASKA antaranya ialah dimana; Pengasuh bertanggungjawab memastikan setiap...