MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, October 18, 2016

Unit MUST

Sumber gambar daripada MyMetro
Sumber gambar daripada MyMetro


Pengenalan
Matlamat awal mewujudkan pasukan bomba adalah sebagai pasukan pemadam kebakaran sahaja. Kemudian ianya berkembang disebabkan keperluan masyarakat kepada pasukan yang bersedia memberi bantuan kecemasan 24 jam apabila ditimpa musibah.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila corak kehidupan masyarakat semakin berkembang pesat. Corak panggilan kecemasan yang diterima oleh pasukan bomba juga telah berubah. Kalau dulu panggilan kebakaran jauh mengatasi panggilan menyelamat, kini kedua-dua jenis kecemasan ini telah hampir sama banyaknya dan trend menunjukkan panggilan menyelamat semakin meningkat.

Lebih merumitkan keadaan ialah kerja-kerja menyelamat adalah jauh lebih pelbagai dari kerja-kerja pemadaman kebakaran dan memerlukan peralatan yang berbeza serta kemahiran yang pelbagai.

Bagi menyahut cabaran inilah, maka Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah memperkenalkan konsep "multi-skill" dimana setiap pegawai bomba dilatih dengan pelbagai kemahiran dan unit-unit khas telah dibentuk bagi mengkhususkan lagi kemahiran di dalam bidang-bidang yang telah dikenalpasti.

Di antara bidang kemahiran utama yang dikenalpasti adalah :-

Menyelamat di Bangunan Tinggi (High Rise Rescue)
Menyelamat di Air (Water Rescue, SCUBA)
Kemalangan Jalan Raya (RTA)
Hazardous Materials (HAZMAT)
Urban Search and Rescue
Emergency Medical and Rescue Services (EMRS)
Kebakaran Hutan
High Angle Rescue
Menyelamat Dari Udara (Air Rescue)

Latar Belakang
Tanggal 11 september 1998 merupakan tarikh bersejarah kepada JBPM. Ini kerana pada tarikh tersebut, merupakan tarikh asmi penubuhan Pasukan Multi-Skill Team (MUST). Jabatan telah menerima 2 buah helikopter iaitu Mi-17-1V buatan Rusia yang mana majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri pada masa tersebut iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pasukan ini adalah merupakan pasukan atau krew yang melaksanakan kerja-kerja menyelamat dan pengurusan kecemasan secara terus kepada mangsa dan situasi kecemasan.

VISI & MISI
Melaksanakan operasi kebombaan melalui udara secara strategik, cepat dan berkesan demi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar.

OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan udara untuk melaksanakan misi-misi kebombaan.

Keanggotaan
Sehingga sekarang keanggotaan seramai 20 orang di FRAM Wakaf Tapai.

Aktiviti semasa
Membantu menjayakan Kursus Asas MUST.

Perancangan Tahunan
Mengikuti latihan tahunan atau latihan Currency sekurangnya-kurangnya sekali setahun dan menjadi tenaga pelajar kepada Kursus Asas MUST sekurang-kurangnya sekali setahun.

Sumber daripada : Portal ABPM Wilayah Sabah

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia