MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, April 7, 2015

Pengurusan masa kerja yang bijak


Pengurusan masa kerja yang bijak dapat memberi anda lebih masa untuk menikmati hidup! Adakah anda bekerja sepenuh masa, sambilan, kerja di rumah ataupun dibebani dengan tugas-tugas yang lain? Ruangan kali ini, kami ingin kongsikan tips-tips mudah untuk mengembalikan keseimbangan dalam hidup. Selamat mencuba!


1. Berapa lama masa yang diperlukan
Kemahiran menilai masa dengan bijak dapat membantu anda menghitung masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugas. Ini membolehkan anda menetapkan satu rentak yang bersesuaian dengan diri sendiri.

2. Wujudkan tempat kerja yang selesa
Pastikan meja atau tempat kerja anda selesa dan tidak mudah diganggu. (Jika lebih mudah fokus dengan alunan muzik pun tak salahnya)

3. Hasilkan senarai tugas
Senarai tersebut membolehkan anda memberi keutamaan kepada tugas yang lebih penting agar dapat menyelesaikannya secara sistematik dan secara langsung, mengatasi situasi tugas
bertimbun. Lebih-lebih lagi, anda pasti akan rasa hebat apabila tugas menjadi selesai dan boleh disingkirkan daripada senarai.

4. Selesaikan tugas yang sukar terlebih dahulu
Tahukah anda, masa terbaik untuk mengatasi masalah-masalah yang paling rumit adalah pada waktu pagi. Masa inilah anda berasa lebih segar dan otak lebih cergas! Sentiasa menangguhkan tugas? Cuba berbincang dengan seseorang dan letakkan isu tersebut dalam konteks.

Awas: lama-kelamaan, sikap berlengah-lengah hanya akan menjejaskan keyakinan anda apabila mengendali perkara lain.

5. Jangan berjanji dengan sewenang-wenangnya
Jika anda sibuk, jangan terima tugas baharu, terutamanya apabila anda tidak mencukupi masa untuk menyiapkannya! Ia hanya akan memberi lebih tekanan kepada diri sendiri. Cubalah katakan: “Saya perlukan masa sehingga hari esok untuk menyiapkan laporan itu”. Cara penyelesaian ini lebih positif berbanding dengan menjeritkan ‘tidak’ ataupun lebih teruk... terlepas tarikh penghantaran yang ditetapkan!

6. E-mel dan panggilan telefon...hentikan buat sementara
Luangkan sekurang-kurangnya satu jam untuk memberi perhatian sepenuh kepada tugas anda.

7. Kenal pasti gangguan-gangguan tertentu
Masa bersembang, menjamu kopi, menyemak e-mel... jangan lupa tetapkan masa-masa tertentu untuk melakukannya supaya tidak mengganggu konsentrasi anda.

Tip: Minumlah air yang mencukupi – keadaan yang terhidrat membantu anda menumpukan perhatian. Ia juga menambah tenaga!

Sebarkan ia – meluangkan masa untuk perincian khusus
Produktiviti harian sering diganggu oleh tugas-tugas lain seperti urusan di bank, penghantaran surat dan sebagainya? Peruntukkan sekali seminggu untuk menguruskan tugas-tugas tersebut. Ingat, kuasa terletak di tangan anda untuk memanfaatkan masa yang ada.


Artikel dipetik dari everydayme.com.my

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia