MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, October 17, 2014

10 Soalan Harus Dielak Ketika Temuduga

 
1) Selewat-lewatnya jam berapa saya boleh ke pejabat?
Pertanyaan sedemikian menampakkan anda seorang pekerja yang suka datang lewat ke pejabat. Ia akan memberikan pandangan negatif bakal majikan kepada diri anda sendiri. Walaupun niat anda bukanlah untuk datang lewat ke pejabat tetapi disebabkan soalan yang tidak kena pada masanya itu dapat mengurangkan markah ke atas diri anda sendiri.

2) Berapa banyak cuti tahunan dan cuti sakit yang diperuntukkan untuk saya?
Soalan ini juga tidak perlu anda lontarkan sebenarnya. Selagi anda tidak ditawarkan pekerjaan di sesebuah syarikat itu, persoalan ini tidak patut anda suarakan kerana anda masih belum berhak untuk mengetahuinya. Ini menampakkan anda seorang yang berpontensi untuk sentiasa mengambil cuti sakit dan sebagainya.

3) Boleh saya jawab panggilan ini?
Perbuatan ini jelas menyalahi etika ketika temuduga sedang dijalankan. Anda bukan sahaja kelihatan tidak menghormati orang lain kerana tidak mematikan telefon bimbit malahan bertanya sama ada boleh anda menjawab panggilan. Sepatutnya anda membiarkan sahaja panggilan tersebut dan letakkan telefon dalam mode 'senyap' dan selepas temuduga anda boleh membuat panggilan, itu lebih sopan.

4) Di mana anda dalam tempoh lagi lima tahun?
Pertanyaan biasa daripada penemu duga ini tidak harus anda ambil mudah. Jangan sekali-kali anda menjawab mungkin saya berada di mana anda berada hari ini. Sungguhpun dalam niatnya anda mahu berjenaka tetapi ia menunjukkan anda seorang yang tiada idea dan tidak berpandangan jauh. Seharusnya menjawab soalan ini anda boleh tunjukkan pemikiran yang bijak dan mempunyai wawasan yang tinggi. Seandainya anda rasa dengan soalan itu anda boleh berjenaka, pasti ia mengurangkan markah anda untuk diterima bekerja. 

5) Perangkap soalan 'kenapa bertukar?'
Mungkin anda diperangkap dengan soalan, 'kenapa anda hendak bertukar tempat kerja?' Jika anda terus terang mengutuk majikan lama anda, anda sedang menjerat leher anda sendiri. Ramai yang melakukan kesilapan ini dengan berkata majikan lama anda itu dan ini penuh dengan negatif. Tahukah anda bahawa majikan baru anda biasanya akan menelefon majikan lama hanya sebagai rujukan dan bertanyakan peribadi anda seandainya ini jawapan yang anda berikan. Seharusnya tunjukkanlah tahap profesional anda dengan jawapan yang lebih matang.

6) Adakah anda tahu polisi syarikat kami?
Kegagalan anda memberikan maklumat ini adalah kesilapan yang mungkin tidak dapat dimaafkan. Kesalahan info dan maklumat sering kali terjadi apabila anda tidak melakukan penyelidikan ke atas bakal majikan anda. Ini adalah soalan yang kerap diajukan seandainya penemu duga melihat anda seakan ragu-ragu dengan setiap jawapan yang diberikan. Jadi sebelum melangkahkan kaki ke tempat temu duga, luangkan paling kurang 60 minit waktu anda untuk melakukan sedikit penyelidikan.

7) Elak perkataan sumpah
Sekiranya anda diminta meyakinkan penemu duga dengan sesuatu perkara, sekali-kali jangan gunakan perkataan 'sumpah'. Contohnya, 'sumpah saya tidak menipu'. Jelas melihatkan anda seorang yang tidak bersopan dan tidak mempunyai etika percakapan yang betul untuk urusan rasmi seperti ketika sesi temu duga dijalankan.

8) Apakah kemahiran anda yang tertinggi?
Jangan sekali-kali menjawab, 'saya sudah terangkan segala-galanya di dalam resume saya'. Mungkin ia kelihatan seperti biasa, tetapi jawapan yang anda berikan terlalu kasar dan menunjukkan ego diri yang tinggi. Sebaliknya anda harus jawab soalan itu walaupun sudah berkali-kali anda ditanya dengan soalan yang sama.

9) Apakah perlu pakai pakaian seragam?
Pertanyaan berbunyi, 'adakah saya perlu berpakaian seragam apabila bekerja di sini?' menunjukkan sifat negatif anda terhadap pakaian seragam. Mungkin anda tidak tahu, sebenarnya baju ataupun kemeja yang dipakai oleh penemu duga itu adalah pakaian seragam syarikat mereka.

10) Apakan yang anda harapkan daripada syarikat ataupun kerjaya ini?
Apabila diberikan pertanyaan ini, jangan sekali-kali menjawab bahawa anda mengharapkan gaji yang bakal anda terima mampu membuatkan hidup anda penuh dengan serba kemewahan. Daripada jawapan itu, penemu duga dapat membaca minda anda iaitu apabila yang anda tidak dapat sesuatu daripada syarikat itu, pasti anda akan kecewa dan meninggalkan syarikat dengan mengatakan syarikat tidak pernah berbakti kepada anda. Ini tindakan yang tidak bijak.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia