- Pergi ke sekolah lebih awal supaya tidak tergopoh-gapah
- Berjalan di lorong pejalan kaki, jika ada
- Jika tiada lorong untuk pejalan kaki, hendaklah berjalan di tepi jalan dan menghadapi lalu lintas yang datang dari hadapan (berjalan di sebelah kanan jalan)
- Jangan bermain-main di atas jalanraya atau di lorong pejalan kaki.
- Lihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalanraya dan pastikan tiada kenderaan lalu lalang di situ
- Melintas dengan cepat tetapi jangan berlari
- Jalan melintas jalan secara sambil lewa, jalan terus jangan menyerong
- Jangan melintas di hadapan atau di belakang kenderaan yang sedang berhenti, pandangan akan terlindung.
TATATERTIB SEMASA MENAIKI BAS
- Jangan sesekali naik atau turun semasa bas sedang bergerak.
- Tunggu hingga bas betul-betul berhenti, sebelum naik atau turun.
- Hendaklah berbaris untuk menaiki bas
- Duduk atau berdiri diam-diam semasa di dalam bas
- Jika anda turun daripada bas dan hendak melintas jalan, biarkan bas berjalan baru melintas.
- Menunggu di tempat perhentian bas yang disediakan.
KAEDAH-KAEDAH YANG HARUS DIIKUTI BAGI PENUNGGANG BASIKAL
- Tentukan yang basikal anda dalam keadaan baik - khususnya brek, tayar, lampu-lampu dan "real reflector" sebelum menunggangnya.
- Tunggang dengan cermat mengikut tepi jalan disebelah kiri.
- Jangan bertolak, belok ke kanan atau kiri atau berhenti tanpa menoleh ke belakang dahulu. Beri isyarat jelas apa yang kamu hendak buat dan buat isyarat awal-awal lagi.
- Jangan menunggang lebih dari dua basikal sejajar. Tunggang dalam satu baris di atas jalan raya yang sibuk atau sempit.
- Di atas jalan-jalan yang sibuk, jika hendak pusing ke kanan, lebih selamat berhenti dahulu di bahagian kiri dan tunggu, jika ada terluang dari lalu lintas dari kedua-dua arah baru melintas.
- Berhati-hati jika cuaca tidak baik dan jalan-jalan raya licin.
- Ketika menunggang hendaklah sentiasa pegang "Handle" dan kaki berada di atas pengayuh.
- Jangan berpegang pada kenderaan lain atau penunggang basikal lain.
- Jangan menunggang rapat dibelakang kenderaan lain
- Jangan menunggang simpang-siur atau meliok-liok, mendaki bukit atau berbelok dengan mengejut.
- Jangan bawa apa-apa yang boleh menggangu imbangan badan anda (Bungkusan, buku-buku dan lain-lain) hendaklah diletak baik-baik dan diikat ketat-ketat pada "carriers". Jauhi dari membawa penumpang
- Bila melalui dekat kereta yang berhenti awasi penumpang-penumpang yang membuka pintu kereta itu. Jauh sedikit dari kereta seperti itu bila lalu dekatnya.
- Jangan menunggang waktu malam tanpa lampu - kamu mesti ada lampu putih didepan dan lampu mereah di belakang.
- Di mana ada jalan tempat basikal lalu di tepi jalan, ikutilah jalan itu
PANDUAN KETIKA MENYELEKOH DI SIMPANG
- Biasakan menghampiri dengan cermat di persimpangan dan bersiap sedia untuk berhenti. Sebelum melintas atau menyelekoh lihat ke kanan dan ke kiri, kemudian ke kanan sekali lagi. Jangan terus berjalan sehingga kamu pasti selamat berbuat demikian dan kamu tidak menyekat jalan.
- Mesti berhenti di persimpangan yang ada tanda "Berhenti". Tunggu dahulu sehingga jalan itu lapang dari lalu lintas sebelum meneruskan perjalanan.
- Di simpang-simpang yang dikawal oleh Polis Lalulintas, jangan terus berjalan sehingga polis yang bertugas di situ mengisyaratkan kamu berbuat demikian.
- Di simpang-simpang yang dikawal oleh lampu isyarat, selalu tunggu lampu hijau sebelum maju ke hadapan. Dalam berbuat demikian tentukan yang jalan itu lapang untuk kamu melintas simpang itu dan setelah kamu memastikan selamat berbuat demikian.
- Apabila sampai di bulatan-bulatan, beri jalan kepada lalu lintas yang datang dari sebelah kanan kamu, kecuali tanda-tanda atas jalan menunjukkan sebaliknya tetapi terus jalan itu lapang.
- Bila hendak memusing ke kiri, ikut rapat-rapat ke tepi sebelah kiri jalan di mana kamu hendaklah memusing dan terus ke jalan yang hendak dimasuki itu (elakkan dari memakan jalan ke kanan sebelum kamu memusing).
- Bila hendak memusing ke kanan ikut bahagian tengah jalan yang kamu sedang berada itu atau ambil tempat, di bahagian yang telah ditandakan untuk lalulintas yang hendak memusing ke kanan. Tunggu sehingga jalan lapang di antara kamu dan apa-apa kenderaan yang datang dari depan, kemudian baru memusing.
- Di simpang-simpang di mana ada tanda-tanda lalulintas bergaris semua lalulintas mesti ikut garisan atau "lane" yang betul.
PANDUAN KETIKA ANDA HENDAK MEMOTONG KENDERAAN
- Jangan sekali-kali anda memotong di selekoh siku keluang (blind corners), atau di puncak bukit.
- Memotong hendaklah di sebelah kanan kenderaan yang di hadapan.
- Jangan memotong dimana ada terdapat dua garisan putih di tengah-tengah jalanraya untuk memisahkan perjalanan kenderaan.
- Berilah isyarat hendak memotong ke sebelah kanan dan bunyikan "horn" untuk memberitahu kereta di hadapan. Hindarkan dari memotong balik dengan segera
PANDUAN KEPADA PEMANDU UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN
Sebagai pengguna jalanraya, khasnya pemandu-pemandu, anda mestilah:-
- Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan selamat
- Mengetahui undang-undang dan peraturan-peraturan lalulintas.
- Mematuhi isyarat-isyarat dan papan tanda lalulintas dijalanraya
- Jangan memandu dalam keadaan mabuk, pening, mengantuk atau letih.
- Jangan memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Hendaklah sentiasa bersabar dan bersopan-santun.
- Jangan sekali-kali menuruni bukit tanpa gear iaitu "free gear".
- Jangan sekali-kali berlumba-lumba diatas jalanraya.
- Jangan sekali-kali makan, minum, merokok, bergurau-gurau atau berbual-bual semasa memandu.
- Sentiasa memikirkan tentang adanya halangan-halangan disekeliling jalanraya iaitu sesuatu keadaan yang menyebabkan sipemandu mengubah kederasan dan haluan.
- Sentiasa beringat kemungkinan pengguna-pengguna jalanraya yang lain tidak mematuhi undang-undang, maka ia hendaklah sentiasa bersedia menghadapi tindakan liar.
- Memberi kesempatan dari segi masa dan jarak kepada pengguna-pengguna jalanraya yang lain untuk membetulkan kesilapan mereka bagi mengelakkan pelanggaran.
- Memerhati gerak geri yang dapat diagak keatas lalulintas dan pejalan kaki yang boleh menimbulkan halangan.
- Membiasakan diri untuk melatih mengawal kereta dan memeriksanya untuk mengurangkan peluang daripada terlibat dalam kemalangan.
- Sentiasa mengamalkan cogankata "Biar lambat asal selamat" dan "Pandu cermat jiwa selamat"
APA YANG HARUS ANDA BUAT BILA BERLAKU KEMALANGAN ?
- Hendaklah memberhentikan kenderaan anda dengan serta merta ditempat kejadian. Sek. 52(1) RTA 1987
- Memberi bantuan kepada si mangsa untuk menghantarnya ke Hospital.
- Kenderaan anda boleh diubah jika ianya mengganggu perjalanan lalulintas.
- Hendaklah dengan segera membuat laporan di balai polis yang berhampiran. Laporan hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan kecuali anda dirawat di Hospital atau lain-lain sebab yang munasabah. Sek. 52(2) RTA
- Hendaklah menunjukkan untuk diperiksa dokumen-dokumen seperti lesen pemandu, perakuan Insuran, cukai jalan dan lain-lain kepada Pegawai Polis. Sek. 52(4)(a), (b) & (c) RTA
- Jika anda melihat sesuatu kemalangan berlaku, anda hendaklah mencatitkan nombor-nombor kenderaan yang terlibat dan memberi maklumat kepada pihak polis.
- Bila anda diminta oleh pihak Polis untuk memberi apa-apa bantuan yang munasabah kepada mangsa kemalangan, anda hendaklah memberi bantuan tersebut. Sek. 52 (3) RTA.
Info daripada : http://www.pmr.penerangan.gov.my
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...