Emosi sering kali mengganggu fikiran
sesiapa sahaja. Pelbagai emosi yang lahir dari hati apabila hati kita
berasa sedih, kecewa, marah, gembira dan sebagainya. Emosi sedih,
kecewa dan juga marah akan membuatkan seseorang berasa kurang selesa
dan mungkin juga menjadi seorang yang sangat kusut dan tidak terjaga.
Jauhi dari menjadi seperti ini kerana ia akan menjejaskan imej
seseorang dan juga emosi seperti ini akan mengganggu seseorang untuk
tidak berasa bahagia. Jadi kita haruslah bijak menjaga emosi untuk
tidak terlampau ketara yang kita mempunyai masalah.
JUDUL BUKU TERKINI
Friday, March 28, 2014
Thursday, March 27, 2014
Membaca adalah salah satu cara untuk
mengelakkan diri daripada nyanyuk. Ini kerana, kurangnya seseorang
itu membaca buku. Dengan membaca kita akan mendapat ilmu dan juga
menguatkan daya ingatan serta menjadi seorang yang tidak mudah
nyanyuk sebelum waktu. Oleh itu, sentiasalah membaca buku agar dapat
mengatasi masalah nyanyuk.
Tuesday, March 25, 2014
Selain bersikap profesional, hubungan
baik dengan rakan sekerja juga amat penting untuk mewujudkan suasana
kerja harmoni. Bahkan, untuk menjadi seorang pekerja berjaya,
hubungan seperti ini boleh dikatakan salah satu penyumbang utama ke
arah kecemerlangan. Memandangkan kerjasama yang dijalinkan mampu
melahirkan kehidupan positif untuk masa depan, kikis sikap cemburu,
iri hati dan pilih bulu ketika di pejabat. Semak tip mudah ini
jadilah rakan sekerja yang disukai ramai.
Ucap
selamat pagi
Ucapan ini berperanan dalam mewujudkan
suasana kerja yang harmoni dan mesra. Biarpun pada mula ada di antara
mereka mula tersenyum dan mentertawakan tindakan awal anda ini, namun
lambat laun mereka akan menerima dan menyenanginya. Jangan batasi
ucapan salam tersebut, ia haruslah diteruskan kepada sesiapa sahaja,
tanpa mengira pangkat dan jabatan mereka. Jika anda melakukan
sebarang kesalahan ucaplah kata maaf dan terima kasih kepada mereka.
Pasti mereka akan merasa diri dihargai.
Selesaikan
tugas sepenuh hati
Tugas yang diberikan oleh ketua
tanggungjawab perlu diselesaikan dengan sepenuh hati. Seandainya
berlaku kesalahan yang tidak dapat dielakkan, janganlah mudah
menuding jari kepada orang lain. Sebaliknya, selidiknya terlebih
dahulu agar rakan sekerja tidak terasa hati dengan sikap anda.
Jangan
sombong
Sesiapapun tidak mampu untuk hidup
sendiri tanpa bantuan orang lain. Justeru, janganlah bersikap sombong
dan hulurkanlah bantuan sekiranya teman sekerja memerlukan bantuan
daripada anda. Sikap terlalu mementingkan diri hinggakan tidak peduli
rakan sekerja yang dilanda masalah bukanlah satu sikap yang baik dan
menguntungkan. Sebaliknya, anda dianggap seorang rakan yang sombong,
ego dan tidak layak dijadikan kawan. Bantuan yang diberikan akan
membuatkan mereka dihargai dan hubungan antara anda akan bertambah
baik.
Elak
hutang dengan kawan
Sebaiknya elak daripada berhutang dengan
kawan-kawan. Sekalipun anda memang benar-benar kesempitan wang,
carilah kawan yang benar-benar boleh dipercayai. Agar kepercayaan ini
disimpan dalam hati dan tidak disebarkan kepada orang lain. Jangan
liat melunaskan hutang, sebaliknya jujur dan maniskan mulut dengan
ucapan terima kasih dan maaf saat anda membayar segala hutang anda
ini.
Hargai
privasi
Biarpun hubungan anda dengan rakan
sekerja sudah terlalu akrab, namun hargailah privasi rakan. Jangan
sampai anda bersikap kurang manis dengan terus melulu masuk ke
biliknya tanpa mengira waktu dan masa yang sesuai. Selain itu, jangan
baca e-mel orang lain dan surat dikirimkan tanpa keizinan serta minta
izin terlebih dahulu sebelum mengambil dan meminjam sebarang
peralatan di atas mejanya walaupun sebatang pen.
Murah
hati
Jangan lupa membawa buah tangan buat
teman sekerja sekiranya anda pulang ke kampung atau ditugaskan
bekerja di luar kawasan. Biarpun harganya murah, namun mereka akan
terasa dihargai dengan ingatan anda.
Tunjukkan
simpati
Adakah anda sedar bahawa sebahagian besar
masa anda dihabiskan bersama teman sekerja di pejabat? Oleh itu
wujudkanlah suasana kekeluargaan bersama teman-teman sepejabat.
Janganlah anggap mereka ini sekadar rakan sekerja, sebaliknya
anggaplah mereka ini sebagai sahabat baik dan ahli keluarga sendiri.
Friday, March 21, 2014
Hati pasti berdebar-debar tapi pada masa
yang sama gembira melalui hari pertama sebagai pekerja selepas
beberapa tahun bergelar pelajar. Namun apakah persediaan sebagai
seorang yang bakal bergelar individu berkerjaya? Adakah cukup dengan
kelulusan baik yang dimiliki untuk menyesuaikan diri dalam situasi
baru yang nyata jauh berbeza dengan dunia pelajar? Pihak majikan
tentu meletakkan harapan tinggi terhadap kemampuan anda menyumbangkan
sesuatu untuk syarikat. Jadi anda yang terpilih sebagai kakitangan
baru pasti punya persediaan rapi untuk memastikan syarikat tidak
tersilap memilih anda sebagai salah seorang kakitangannya. Tidak
perlu panik atau risau untuk menghadapi hari pertama bekerja. Semak
panduan berikut yang mungkin membantu anda menghadapi hari pertama
dengan tenang dan gembira.
Sampai
awal
Anggap hari pertama sama seperti anda
ditemu bual. Kesan pertama amat penting jadi anda harus bersedia
secara fizikal dan mental. Kemaskan diri dengan penampilan bersih dan
bersesuaian. Pastikan mengambil sarapan pagi kerana anda tentu masih
tidak tahu tentang perkara tersebut pada hari pertama bekerja.
Sebaiknya sampai awal di pejabat untuk mengelak anda lebih rasa
tertekan.
Buang
perasaan malu
Perkenalkan diri pada semua kakitangan
yang ada di pejabat. Buang rasa malu dan ketepikan perasaan malas.
Sebenarnya ia adalah mukadimah terbaik untuk perkenalan yang lebih
rapat dengan teman-teman sepejabat.
Murah
dengan senyuman
Tunjukkan sikap peramah dan murah dengan
senyuman. Ia boleh memberi maklum balas positif pada orang yang
memberi dan menerimanya. Senyuman menunjukkan isyarat bahawa anda
telah membuka diri kepada orang-orang lain yang ditemui. Dengan
senyuman juga, rakan kerja akan lebih senang menerima kehadiran anda.
Tidak
segan bertanya
Pasti anda masih kurang pengetahuan
mengenai latar belakang syarikat. Jangan segan silu bertanya kerana
rakan kerja pasti berasa senang membantu menjelaskan kemusykilan anda
mengenai tugas dan syarikat. Jika anda pernah bekerja di tempat lain,
ingatlah bahawa setiap syarikat memiliki sistem operasi yang berbeza.
Jangan sesekali anda membezakan syarikat baru dan lama. Tentu rakan
sekerja akan terfikir mengapa anda mencari kerja lain jika anda masih
setia di syarikat lama.
Usah
banyak bercakap
Tentu tidak manis sekiranya anda pula
banyak bercakap dan memberi komen apa yang tidak kena di syarikat itu
kepada rakan-rakan senior yang lain. Jika adan sesuatu yang
menyebabkan anda tidak berpuas hati, cukup sekadar memerhati dan
mendengar dahulu. Juga jangan banyak bercakap, jadi pendengar yang
baik.
Elak
jadi tumpuan
Setiap yang baru pasti akan mendapat
perhatian ramai. Walaupun anda mendapat tumpuan kerana kehadiran dan
penampilan yang menyakinkan sebagai kakitangan baru, namun jangan
jadikan diri seolah-olah badut untuk ditonton. Tetap rendah hati dan
menghindarkan diri dari pusat perhatian.
Jangan
berlagak sombong
Walaupun anda ditawarkan jawatan
berhierarki tinggi, namun ia bukanlah alasan untuk anda bersikap
sombong dan tidak mahu menegir kakitangan bawahan lain. Bukankah anda
memerlukan kerjasama daripada mereka untuk melancarkan tugas anda
sebagai ketua? Sesungguhnya bersikap sombong itu hanya akan memakan
diri sendiri kerana akhirnya diri tidak disukai oleh kakitangan dan
teman sepejabat.
Tuesday, March 18, 2014
Sifat mencemburui saudara kandung sendiri
andai tidak dikawal boleh mengundang bahaya dalam hubungan. Sering
kali diperhatikan, anak sulung akan mula menjauh hati apabila
hadirnya seorang adik. Barangkali si sulung ini merasakan kasih
sayang ibu dan ayah yang mulai terbahagi dua. Jika sebelum ini
sepenuhnya kasih dicurahkan padanya, kini tidak lagi. Andai tidak
dibendung, nanar itu akan terus membengkak sehinggalah usia anak
meningkat remaja. Cemburu terus merajai hati seorang kakak atau
abang. Lalu apa penyelesaian terbaik untuk berhadapan konflik
mencemburukan saudara sendiri ini.
Terima
kehadiran adik dengan lapang dada
Untuk mendidik perasaan agar tidak
mencemburui adik kandung sendiri? Memerlukan latihan hati. Ajar diri
sendiri agar menerima setiap perbuatan adik dengan lapang dada.
Bertolak ansur adalah cara yang paling baik. Tidak salah seorang
kakak beralah dengan adik sendiri. Siapa tahu kelak, adik itu yang
akan membantu menyelesaikan masalah anda.
Berfikiran
terbuka
Andai orang tua melebih-lebihkan adik,
jangan pula terasa dengan tindakan mereka. Barangkali mereka tidak
sedar atau sudah terbiasa berbuat demikian. Mereka tidak sedar bahawa
anda juga memerlukan perhatian daripada mereka. Ajarlah diri sendiri
untuk lebih bersabar dan menerima tindakan dengan fikiran terbuka.
Air
yang dicincang tidak akan putus
Anda sebenarnya perlu percaya dengan
pepatah ini. Walau sekeras mana pun hubungan anda dengan adik,
percayalah pertalian darah antara kalian tidak mungkin dipisahkan
dengan hubungan renggang itu. Suatu hari nanti, ia pasti akan
bercantum semula.
Belajar
menjadi matang
Andai ketegangan tidak dapat
dirungkaikan, sebaik-baiknya belajar untuk menjadi seorang yang
matang. Anggaplah setiap tindakan adik yang menyakitkan itu hanyalah
sekadar mahu meraih perhatian anda. Apabila anda mula melatih diri
menjadi seorang yang matang, anda tidak akan mengambil hati dengan
setiap perkara kurang enak yang berlaku antara anda dan adik.
Sesungguhnya anda tidak mampu mengawal keadaan di sekeliling, namun
anda berupaya mengawal diri anda sendiri.
Elakkan
memberontak
Orang di sekeliling pasti akan mempunyai
gambaran tersendiri mengenai diri anda. Yang pasti hanya anda yang
tahu hakikatnya perasaan dan diri anda ketika ini. Andai anda
membiarkan orang di sekeliling mengawal pemikiran dan perasaan anda,
ia adalah kesilapan besar. Sebaik-baiknya, bertenang dan bertindaklah
agar orang tua lebih senang dengan anda. Jangan sesekali memberontak.
MENGAPA
WUJUD PILIH KASIH?
Tiada ibu dan ayah mahu membezakan kasih
antara anak-anaknya. Namun, perasaan itu pasti akan muncul juga di
kalangan anak-anak. Ketahui apa penyebabnya.
Cemburu
Sama ada ia disebabkan cemburu kerana ibu
melebihkan adik, kakak atau sebaliknya. Kecemburuan yang tidak
dibendung inilah akhirnya menyebabkan perselisihan faham yang
berpanjangan.
Tidak
berpuas hati
Setiap pembahagian daripada orang tua
anda anggap tidak berlaku adil. Misalnya ibu melebihkan barangan adik
disebabkan mahu anda beralah dengan adik. Ada kalanya ibu melebihkan
kakak kerana mahu anda menghormati si kakak. Keadaan itu menyebabkan
berlaku ketidakpuasan hati di jiwa anak-anak.
Rapuhnya
institusi kekeluargaan
Apabila hubungan kekeluargaan semakin
renggang, setiap ketidakpuasan hati yang berlaku di kalangan
anak-anak akan menjadi besar. Ibu bapa perlu memainkan peranan
menjadi orang tengah untuk mendamaikan pertelagahan.
Jangan
membanding
Sikap ibu bapa yang suka membandingkan
antara anak-anak juga boleh menjadi penyebab emosi anak-anak
terganggu dengan sikap pilih kasih. Sebaik-baiknya ibu menghargai
setiap kelebihan dan menerima setiap kekurangan anak mereka.
Friday, March 14, 2014
- Rasa gatal atau sakit di sekeliling dubur.
- Luka pada saluran dubur disebabkan nanah.
- Rasa kepanasan selepas membuang air.
- Rasa sakit berdenyut.
- Darah segar yang menitis ketika membuang najis.
- Rasa pedih sekitar rektum.
- Sukar membuang air besar.
- Nanah di kawasan dubur disebabkan jangkitan bakteria.
- Tidak selesa pada bahagian dubur ketika berdiri atau bertinggung lama.
PANDUAN
PEMAKANAN
Antara panduan pemakanan untuk pesakit
yang mempunyai masalah buasir ini adalah :
- Minum banyak air sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas air sehari bagi mengelakkan badan kekurangan air, sekaligus melancarkan pembuangan najis. (anggaran dua hingga tiga liter).
- Elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi.
- Jangan mengambil makanan tidak berkhasiat seperti keropok dan minuman berkarbonat.
- Jangan makan makanan yang keras atau terlalu pedas.
- Makan makanan yang berserat tinggi seperti bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Serat membantu proses penghadaman dan melancarkan pembuangan najis.
- Makan makanan yang bersih dan baru dimasak untuk mengelakkan keracunan yang boleh menjadikan buasir bertambah teruk.
- Kurangkan pengambilan makanan segera ataupun makanan terproses.
- Sentiasa bersenam seperti berjalan kaki dan berenang. Elakkan sukan berkuda atau berbasikal.
- Rawatan ringkas boleh dilakukan dengan merendam dubur dalam air garam yang suam selama 10 minit, satu atau dua kali sehari apabila ada tisu bengkak di dubur. Garam yang digunakan adalah garam masak yang biasa. Proses ini dipanggil sitz bath. Air garam mempunyai dua fungsi iaitu mengecutkan tisu yang bengkak dan meredakan kesakitan.
- Jangan meneran ketika membuang najis dan disyorkan menggunakan tandas duduk untuk mengurangkan tekanan pada buasir.
- Perbaiki peredaran darah anda dengan melakukan senaman. Ketat dan kendurkan otot-otot di celah kaki anda sekerap mungkin secara perlahan-lahan. Kurangkan tekanan daripada rahim, dengan meninggikan peha anda di atas bantal, atau berlutut dengan cara bersujud beberapa saat.
- Hentikan tabiat merokok dan minuman beralkohol.
Wednesday, March 12, 2014
PERTAMA : Membaca satu senaman
minda. Dengan membaca, sel-sel otak akan menjalankan proses aktif
minda menyebabkan seseorang mampu berfikir dengan baik.
KEDUA : Otak lebih cepat fokus.
Melalui pembacaan, otak akan lebih fokus ketika melakukan sesuatu
aktiviti.
KETIGA : Membaca meningkatkan
kreativiti berfikir. Apabila seseorang banyak membaca, ia pastinya
mampu mengeluarkan idea-idea di luar kotak.
KEEMPAT : Membaca rangsang memori.
Jika memori tidak dirangsang, ingatan akan lemah. Permainan teka teki
lebih mudah untuk meningkatkan memori. Sekaligus, elak nyanyuk di
usia tua.
KELIMA : Membaca meningkatkan
kemahiran komunikasi. Dengan banyak membaca, banyaklah pengetahuan
yang akan diperolehi sekaligus membina keyakinan untuk berkomunikasi
dengan sesiapa sahaja.
Monday, March 10, 2014
Perasan atau tidak, dalam satu malam
berapa kerap anda bangun untuk minum air? Sekali, dua kali atau lebih
daripada tiga kali? Usah terperanjat kalau ada yang mengatakan,
mereka tidak pernah bangun ketika tidur untuk minum air.
Dengan kata lain, jarang sekali berlaku
simpton dahaga ketika tidur khususnya bagi manusia yang normal dan
sihat. Begitulah hebatnya ciptaan Allah apabila kejadian malam untuk
manusia diberikan sepenuhnya untuk berehat tanpa diganggu oleh
keadaan-keadaan tertentu. Bayangkan, jika dalam satu malam, kita
terpaksa bangun berkali-kali kerana tekak sering merasa dahaga. Anda
akan merasa letih bila bangun keesokan harinya. Ini sudah tentu
jawapan yang pasti. Tetapi Allah tidak menjadikannya begitu. Ternyata
ciptaan Allah cukup sempurna kerana Allah Maha Mengetahui bahawa
manusia memerlukan masa rehat yang cukup untuk kembali segar. Lantas,
tidak hairanlah jika anda masuk tidur jam 10 malam dan bangun jam 6
pagi keesokannya, anda tidak akan merasa dahaga. Bagaimana keadaan
ini boleh berlaku?
Dr. Rajbans Singh, Perunding Perubatan
Dan Geriatik, Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL), ada jawapannya.
Ujarnya, terdapat mekanisme yang mengawal air dengan cara
mengaktifkan sel yang berfungsi melepaskan hormon vasopresin yang
dimiliki oleh setiap manusia. Pengeluaran hormon vasopresin yang
tinggi ketika tidur, sekaligus membantu mengawal otak agar tidak
merasa haus atau dahaga. Sekaligus turut mengawal rasa hendak
terkencing ketika tidur. Keadaan ini menyebabkan tubuh sentiasa
memiliki air yang cukup ketika tidur. Lantaran itu, Dr. Rajbans Singh
mengingatkan masa yang terbaik bagi seseorang untuk minum air ialah
sebelum berasa dahaga.
“Namun tidak bagi orang yang mempunyai
penyakit seperti kencing manis dan buah pinggang, mereka tidak dapat
mengawal hormon tersebut untuk berfungsi dengan baik. Hal yang
demikian memerlukan mereka menambah air untuk menggantikan kembali
air yang telah dikeluarkan. Air juga merupakan bahan pelarut yang
berfungsi mempergiatkan sistem penghadaman atau meningkatkan kadar
pencernaan, supaya menyerap zat-zat dari makanan dengan sempurna. Ia
juga menjadi pengangkutan yang mengekalkan kenormalan sistem
pengedaran dan pembuangan dalam badan serta membantu mengumuhkan
bahan toksin dan bahan asid dari badan. Para pengkaji percaya kadar
air yang rendah akan merangsang kelompok sel yang disebut sebagai
neuron osmosensery. Sel tersebut berfungsi mengalirkan neuron lain
untuk melepaskan hormon vasopresin ke dalam aliran darah. Oleh sebab
itu, hormon vasopresin akan meningkat ketika tidur sekaligus
menyebabkan manusia tidak merasa haus,” ujarnya.
Hormon vasopresin pada dasarnya
dibebaskan dari neuron melalui peredaran darah dan bertindak pada
buah pinggang sebagai anti-diuretik apabila plasma darah menjadi
lebih pekat. Sebaliknya, pengkaji mendapati, neuron melepaskan hormon
vasopresin ke dalam otak, bukan di dalam darah, apabila cecair badan
menjadi lebih cair daripada biasa. Biasanya, apabila cecair dalam
badan lebih cair, maka sel neuron akan menjadi lebih membengkak.
Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan oleh satu pasukan
penyelidikan Jepun yang diketuai oleh Profesor Yasunobu Okada, Ketua
Pengarah Institut untuk fisiologi sains (NIPS), dan Cik Kaori Sato,
pelajar siswazah Universiti Siswazah Pengajian Lanjutan mendapati
apabila hormon vasopresin bertindak dalam otak, saiz neuron tetap
kekal walaupun bendalir badan menjadi lebih cair. Sekaligus
membuktikan hormon vasopresin yang sebelum ini hanya dianggap
berfungsi di dalam buah pinggang turut berfungsi di dalam otak.
Apapun, menurut Dr. Rajbans Singh, jumlah
air yang hilang sebagai keringat adalah berbeza-beza antara seseorang
dengan seseorang yang lain. Hal ini bergantung juga pada suasana
sekitar, tahap kegiatan, dan saiz badan. Dalam kegiatan biasa,
manusia mengeluarkan kira-kira 500-600 ml peluh sehari. Ujarnya,
input air perlulah sekurang-kurangnya sama dengan output air yang
dikeluarkan oleh badan.
“Orang dewasa biasanya memerlukan air
antara 8 hingga 12 gelas dalam sehari. Jumlah air yang diperlukan
oleh kanak-kanak pula bergantung pada umur, berat, dan kegiatan
fizikal mereka. Oleh sebab saiz tubuh mereka kecil, mereka akan
mengalami penghidratan yang lebih cepat. Selain itu, keperluan air di
dalam badan akan meningkat sekiranya kita banyak menghabiskan masa di
luar rumah dalam cuaca panas, kerap bersenam, atau berada dalam bilik
yang berhawa dingin. Air membentuk kira-kira 55-57 peratus dari berat
badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap
fungsi utama badan. Air berperanan melaraskan suhu badan di samping
membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air
turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan,
manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia
akan mati dalam masa tiga hari,” katanya dengan nada amaran.
“Kita memperolehi air daripada cecair
seperti air paip, susu, jus buah-buahan, kordial, minuman ringan dan
sup. Makanan seperti nasi, roti, mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran
turut mempunyai sedikit air walaupun tidak cukup untuk memenuhi
keperluan cecair kita,” terang Dr. Rajbans.
BANYAKKAN
MINUM AIR MINERAL
Tidak ramai yang tahu bahawa setiap yang
dimakan mempunyai kesan yang drastik pada badan dan pH badan. Apatah
lagi sesetengah makanan yang diambil berasid manakala sesetengahnya
pula beralkali. Kesemuanya itu akan meninggalkan kumuhan berasid,
melainkan dibilas keluar dengan air alkali, ia akan bertambah sebagai
deposit. Ujar Dr. Rajbans Singh, hanya dengan meminum lapan gelas air
alkali setiap hari bukan sahaja membantu penghadaman, tetapi juga
membantu menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam usus yang juga
penyebab penyakit.
“Seperti sungai yang memerlukan air
mengalir, begitu juga usus. Lebih banyak air yang diserap maka lebih
banyaklah toksin yang dineutralkan dan lebih banyak toksin yang
dibuang dari sistem badan. Kesihatan yang sempurna bermula dari usus
yang bersih dan pembersihan bermula dengan air alkali,” jelasnya.
Air juga diperlukan oleh haiwan ataupun tumbuhan. Air juga hidup. Ia
mampu bereaksi terhadap sekelilingnya apatah lagi sistem tubuh badan.
Wednesday, March 5, 2014
“ Saya
bingung sangat ketika ini. Saya masih bekerja tapi langsung tidak
memotivasi melakukannya. Saya sudah tidak ada hati mahu meneruskan
kerja lagi. Namun saya belum nampak jalan jika saya berhenti kerja.”
Dilema ini mungkin dihadapi oleh ramai
wanita. Namun anda tidak boleh menurut kata hati ini selagi masa
depan belum terancang dengan baik. 10 perkara berikut perlu anda
telitikan sebelum berhenti.
- Jangan berhenti lagi sekiranya masih kurang mental dan fizikal. Motivasi juga pendorong yang diperlukan 10 kali ganda apabila bekerja sendiri atau bekerja di rumah.
- Jangan kata 'saya sudah putus asa'. Ini kerana bekerja sendiri juga tidak ada istilah putus asa apabila kita mencari ruang dan peluang untuk mengukuhkan pendapatan. Memang ada suri terpaksa kembali bekerja kerana pendapatan hasil bekerja dari rumah tidak cukup untuk mampu menampung keperluan kos sara hidup.
- Sekiranya pendapatan masih terumbang-ambing, sangat perlu membuat persediaan tiga tahun lebih awal untuk tiga tahun pertama berhenti kerja.
- Sekiranya masih terumbang-ambing mengenal pasti pendapatan positif dan pendapatan aktif, maka jangan berhenti dahulu. Lakukan dan kenal pasti ketika masih bekerja dan lakukan secara sambilan. Kenal pasti bisnes atau kerja untuk dilakukan di rumah. Rujuk buku “Jana RM Dari Rumah” kerana di dalamnya sudah ada analisa awal untuk kenal pasti kerja atau bisnes yang sesuai untuk dilakukan.
- Jika belum ada kumpulan sokongan, cari dan dapatkan kumpulan sokongan. Kumpulan sokongan sangat penting, untuk kita berkongsi terutama ketika kita berada dalam keadaan kecewa dan memerlukan bantuan.
- Jangan berhenti dahulu sekiranya pendapatan kedua atau ketiga belum lagi stabil. Jangan fikir, okey selepas berhenti barulah boleh fokus untuk meningkatkan pendapatan. Ini mungkin mitos. Realitinya kalian akan bertarung mendapatkannya hanya RM10 sehari. Jadi kenal pasti lebih awal sekiranya mahu pendapatan bersih RM3,000 maka perlu usaha untuk mencari pendapatan bersih RM100 sehari. Begitulah seterusnya. Meletakkan sasaran juga perlu realistik dengan apa yang dilakukan. Usaha untuk mendapatkan RM100 sehari, tetapi masih lagi bertatih menjual dan hanya dapat RM10 sehari. Itu namanya buang masa dan tenaga, selalu tingkatkan usaha dan sasaran.
- Jika masih dalam 'zon selesa' jadi jangan berhenti dahulu. Maksudnya mudah berpuas hati dengan usaha dan pendapatan yang ada. Sedangkan masih banyak yang perlu diselesaikan. Selalu hadir dengan mana-mana gabungan kumpulan suri rumah proaktif dalam bidang yang anda minat.
- Jika tidak ada mentor, mula cari sekarang. Selepas mengenal pasti minat, kepakaran dan jenis bidang yang ingin diceburi, mula mencari mentor dalam bidang tersebut dan ikut langkah yang sudah disediakan. Bergabung dengan suri yang sedia ada yang sudah sukses dalam bidang tersebut. Jika bidang masakan, maka carilah mentor dalam bidang masakan, jangan pula sibuk hadir seminar kecantikan. Jika bidang jahitan, maka carilah mentor dan suri yang sudah sukses dalam bidang tersebut.
- Jangan keliru dan celaru. Ramai usahawan suri dari rumah, mempunyai budaya ikutan dan ikut. Mereka akan mengatakan 'OK ini sudah baik untuk saya' Ok ini sangat bagus, jadi saya mahu jual'. Sebelum menjual kenal pasti bidang yang mahu diterokai, kemudian kenal pasti sasaran mana yang mahu dituju, bukan main terjah. Sediakan platform awal untuk mengenal pasti prospek awal dan mula kumpulkan mengikut bidang yang kita pilih.
- Jika sudah bersedia khususnya selepas tiga tahun pertama berusaha, maka bolehlah menghantar surat 'cinta' buat majikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
e-Books
Keratan akhbar - Berita Bencana Alam
Keratan akhbar - Berita Ekonomi
Keratan akhbar - Berita Jenayah
Keratan akhbar - Berita Kebombaan
Keratan akhbar - Berita Kesihatan
Keratan akhbar - Berita Luar Negara
Keratan akhbar - Berita Pendidikan
Keratan akhbar - Berita Sukan
Keratan akhbar - Berita Tempatan
Keratan akhbar - Dunia Haiwan
Keratan akhbar - Lensa Kamera
Keratan akhbar - Sudut Agama
Keratan akhbar - Sudut Biografi
Keratan akhbar - Sudut Dekorasi
Keratan akhbar - Sudut Hartanah
Keratan akhbar - Sudut Informasi
Keratan akhbar - Sudut Kerjaya
Keratan akhbar - Sudut Kesusasteraan
Keratan akhbar - Sudut Libur
Keratan akhbar - Sudut Lipatan Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Pertanian
Keratan akhbar - Sudut Psikologi
Keratan akhbar - Sudut Sains Perpustakaan
Keratan akhbar - Sudut Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Teknologi
Koleksi Video Youtube Channel (PerpustakaanJBPM Channel)
Sipnosis Buku
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
►
2024
(2372)
- ► September 2024 (163)
- ► August 2024 (215)
- ► April 2024 (237)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (361)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
►
2016
(111)
- ► December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
►
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
▼
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ▼ March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
►
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
►
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
►
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
PENGENALAN Tahukah anda sistem pengkelasan dan pengkatalogan dalam ilmu sains perpustakaan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada p...
-
Secara umumnya, terdapat lima kelas api di rumah. Alat pemadam api dilabelkan berdasarkan "Simbol" atau "Penggunaan Huruf...