Hiasan dalaman menarik berupaya menggamit tanggapan baik pelanggan. Justeru, pastikan keadaan ruang pejabat anda memberi inspirasi, bersih, tersusun, berkonsep dan paling penting membangkitkan moral serta semangat pekerja untuk berkarya serta meningkat produktiviti. Beberapa tip yang boleh diikuti, antaranya :-
- Langkah pertama sebelum menghias ruang pejabat adalah mengutamakan fungsi selain memikir keperluan kakitangan anda. Misalnya firma arkitek memerlukan meja dan ruang yang luas lagi praktikal bagi menempatkan pelbagai peralatan melukis rekaan.
- Mengecat dinding dengan warna lembut dan semula jadi adalah idea yang baik. Warna seperti beige terang dan biru pucat mampu menyerlahkan hiasan dinding ringkas dan berciri rasmi.
- Jangan terlalu mengongkong dalam menentukan hiasan sebaliknya bersedia membuat perubahan serta fleksibiliti. Dengan harapan perniagaan semakin berkembang seterusnya menyebabkan ruang lebih luas diperlukan, sebainya pilih rak bku bergerak bagi menempatkan dokumen serta fail berbanding jenis pasang siap.
- Bagi ruang pejabat, lantai dianggap 'dinding' kedua.Maka, elok sama sekali memilih kemasan membosan sebaliknya pilih menghiasi lantai dengan jubin warna menarik namun menenangkan atau permaidani yang mampu menyembunyikan kekotoran. Apapun, pastikan kemasan lantai itu berciri tahan lasak dan praktikal.
- Bilik mesyuarat antara ruang terpenting pejabat dan sewajarnya ia dilengkapi dengan kemasan, perabot, panel pengadang, tingkap, alat pendingin hawa dan pengudaraan bersesuaian. Utamakan reka bentuk pelan lantai yang boleh menawarkan 'hak bersendirian' dan berciri terbuka bagi aktiviti membabitkan ramai kakitangan.
- Bagi mengelakkan ketidakselesaan di samping mengekang perbelanjaan besar, hindari mengalihkan peralatan kekal seperti alat penghawa dingin, pencahayaan, suis malahan sistem paip. Ia bukan sahaja membabitkan kos tinggi tetapi mengalihkan sistem elektrik dan mekanikal mungkin menyebabkan kerosakan lain di ruang pejabat anda.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...