MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, August 7, 2012

Keselamatan Menggunakan Perbankan Internet


Perbankan internet ialah sejenis perkhidmatan yang disediakan oleh institusi perbankan yang menguruskan hal kewangan dan pelbagai transaksi perbankan atas talian dari rumah, tempat kerja dan mana-mana tempat di serata dunia. Ia boleh dilakukan semasa atau di luar waktu perbankan. Kebanyakan institusi perbankan menawarkan perkhidmatan ini 24 jam sehar, 7 hari seminggu. Ia menjimatkan masa kerana anda tidak perlu pergi ke bank dan beratur untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan atau pembayaran bil.

Institusi yang menyediakan perkhidmatan perbankan internet
Pada masa ini, hanya institusi-institusi perbankan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (ABIK) dan Akta Perbankan Islam 1983 (API) sahaja yang dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan perbankan internet di Malaysia

Apakah yang diperlukan untuk memulakan perkhidmatan perbankan internet?
Perbankan internet tidak memerlukan sebarang perisian atau akses khas kepada sebuah rangkaian persendirian, tetapi ia dilakukan melalui rangkaian internet. Anda hanya perlu mendaftar dengan institusi perbankan untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan internet. Apabila telah mendaftar, maka anda boleh menggunakan perbankan internet di mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Sebelum anda mendaftar
Anda perlu membaca dan memahami terma serta syarat-syarat perkhidmatan sebelum mendaftar dengan perkhidmatan perbankan internet. Contohnya :-

Maklumat tentang tanggungjawab institusi perbankan dan pelanggan
Maklumat tentang pihak yang harus bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang transaksi yang palsu atau penipuan.
Cara pemberitahuan sekiranya terdapat perubahan pada terma dan syarat-syarat perkhidmatan.
Maklumat tentang cara membuat aduan dan bagaimana aduan itu akan disiasat dan diselesaikan.

Anda juga hendaklah berbincang dengan institusi perbankan mengenai risiko yang berkaitan dengan perbankan internet dan memahami tanggungjawab dan hak-hak anda sepenuhnya. Panduan untuk menjamin keselamatan semasa menggunakan perkhidmatan perbankan internet :-
  • JANGAN mendedahkan ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN anda.
  • PASTIKAN anda berada di laman web yang betul dan selamat.
  • LINDUNGI komputer peribadi anda daripada penceroboh, virus dan program perosak.
  • JANGAN klik pada lampiran atau pautan dalam e-mel yang mengarah anda untuk masuk ke laman web institusi perbankan. Ini mungkin merupakan satu penipuan.
  • ELAKKAN daripada mengguna komputer yang dikongsi bersama atau milik awam seperti di kafe internet untuk mengendalikan transaksi perbankan internet anda.
  • JANGAN membalas kepada sebarang e-mel, panggilan telefon atau SMS mengenai ID log masuk, kata laluan atau nombor PIN akaun perbankan internet anda.
  • JIKA anda mempunyai sebarang soalan tentang keselamatan akaun internet anda, hubungilah institusi perbankan untuk membincangkan isu tersebut, termasuk cara penyelesaiannya.


SUMBER : BANK NEGARA MALAYSIA




No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia