KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, hari ini mengajak rakyat Malaysia supaya mengibar Jalur Gemilang sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang bakal menjelang. Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini, beliau berkata sudah tiba masanya untuk rakyat bersatu padu dalam usaha meningkatkan perasaan kasih kepada tanah air.
"Tidak ada cara lain pada masa ini selain mengambil sehelai Jalur Gemilang dan mengibarkannya di rumah masing-masing, di pejabat. Inilah cara minimum yang dapat kita sumbang bagi menandakan kita cintakan negara," katanya.
Rais berkata, usaha mengibarkan bendera Malaysia perlu dilakukan oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik, agama, budaya dan latar belakang sosial.
"Kalau di negara lain, tanggal merdeka negara itu menyaksikan setiap warganya mengibarkan bendera. Mengapa kita tak boleh buat demikian," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...