Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya...
Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.
Asal-usul
Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia.
Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan
sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan
hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi
perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia
itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini
membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia,
menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan
diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.
Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak
keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada
pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah
yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi
kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar
mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari
Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia
telah menguasai seluruh dunia proletariat.
Di Amerika Syarikat,
perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September, 1882
oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati
pencapaian serta sumbangan tenaga pekerja di sana. Namun banyak kesatuan
pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh.
Pada tahun 1886,
mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti
bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat
bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis
dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun
daripada mengulangi demonstrasi [saiz] ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland
telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai
hari buruh di AS kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan
pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh.
Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah
telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan
ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres
ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa
hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu,
wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux,
mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui
pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika
menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada
1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan
perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.
Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun sebelum itu di Australia,
para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah
mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan berdemonstrasi
bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak ada
sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan
datang. Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan betapa
pantas idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas
pekerja. Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya
sekali supaya semua orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti
menjadi perayaan tahunan dan berterusan.
Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari bekerja lapan jam. Tetapi
malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak dilepaskan.
Selagi perjuangan pekerja menentang borjuasi dan kelas pemerintah
berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei akan
menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila
hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah
memenangi kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan
Hari Mei dalam kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit dan
kemelaratan masa yang lalu.
Persatuan Pekerja atau Buruh
Hari Buruh Antarabangsa juga merupakan cuti antarabangsa yang diraikan pada 1 Mei dalam memperingati kejayaan pergerakan buruh pada 1886 Mogok Haymarket di Chicago, Illinois. Negara-negara lain selain daripada Amerika Syarikat dan United Kingdom, di mana bentuknya mungkin berbeza dari segi konotasi. Hari 1 Mei biasanya dirujuk sebagai dirujuk sebagai Hari Buruh. Dalam kebanyakan tempat di dunia, residen keas bekerja melawan keras untuk menjadikan Hari Mei ini suatu keranda-yang dikenali hari ini.
Kanada, Amerika Syarikat, Australia, dan New Zealand
meraikan Hari Buruh pada tarikh lain, yang mana ia bergantung kepada
sejarah asal untuk meraikan bagaiman cuti bagaimana cuti berkenaan wujud
pada tarikh tersebut.
Hari Mei telah lama menjadi titik fokus kepada demonstrasi oleh pelbagai kumpulan sosialisme, komunisme, dan anarkisme. Dalam abad ke-20, cuti berkenaan mendapat persetujuan daripada Kesatuan Soviet; perayaan dalam negara-negara komunis semasa era Perang Dingin sentiasa mengandungi perarakan ketenteraan dan menunjukkan rakyat biasa di dalam keadaan menyokong kerajaan.
Hari Mei di United Kingdom
Di United Kingdom,
acara-acara politik kadangkala memecahkan mereka kepada dua kem.
Pergerakan Buruh perdana meraikan Hari Mei mereka pada hari Isnin
pertama di dalam bulan Mei, yang mana ia adalah hari cuti kebangsaan dan
mungkin atau mungkin tidak wujud pada 1 Mei. Perarakan berskala kecil
telah dianjurkan parti-parti politik (biasanya termasuk tetapi tidak
terhad kepada Parti Buruh, Parti Pekerja Sosialis, Parti Sosialis Scotland, Parti Komunis Britain dan kumpulan berhaluan kiri yang lain). Keraian sebegini biasanya ditandakan dengan perkhemahan arak di tempang letak kereta dan penjualan bahan-bahan propaganda Marxist.
Hari sebenar 1 Mei di U.K., walau bagaimanapun ,secara umumnya
digambarkan dengan perarakan-perarakan umum dan demonstrasi yang
dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan anarki
, walaupun dalam tahun-tahun kebelakangannya ia juga melibatkan
kumpulan-kumpulan komunis, secara khususnya mereka daripada cawangan Trostsky.
Hari Mei di Jerman
Hari Mei pada masa kini masih mempunyai kepentingan politik, dengan
kesatuan pekerja dan parti-parti politik sering menggunakan hari Mei ini
untuk aktiviti-aktiviti dan kempen-kempen politik,tetapi sejak 1987 ia juga dikenali sebagai mogok besar oleh radical berhaluan kiri, termasuklah senario punk rock, Autonome, dan lain-lain lagi, tetapi juga ramaja-remaja "biasa" yang benci kepada polis. Walau bagaimanapun, Hari Mei 2005 di Berlin adalah yang paling aman dalam jangkamasa 23 tahun.
Tahun-tahun kebelakangan ini, neo-nazi dan kumpulan-kumpulan lain berhaluan radikal kanan seperti NPD
juga menggunakan hari ini untuk mengaturkan demonstrasi-demonstrasi
awam, biasanya membawa kepada pertempuran dengan pembantah berhaluan
kiri, yang mana ia menjadi satu perisitiwa keganasan di bandar
bersejarah Leipzig di 1998 dan 2005.
Hari Mei Eropah(Euro MayDay)
Semejak 2001, Euro MayDay telah menjadi sebahagian daripada
keraian Hari Pertama dari bulan Mei, yang bertujuan untuk mengemaskini
isi kandungan politik dalam tradisi Hari Mei. Titik rujukan EuroMayDay
adalah bukan pada kelas pekerja industri, tetapi lebih kepada
pekerja-pekerja sementara/fleksi/net yang semakin bertambah dan tidak
menentu. EuroMayDay bertujuan untuk mencipta satu penentang yang jelas
terhadap ketidaktentuan pekerjaan dan kehidupan. EuroMayDay berasal daripada Milan, Italy,
yang mana ia mulanya merebak ke Barcelona in 2004 dan kemudiannya ke
bandar-bandar seluruh Europah pada 2005. Dalam tahun 2005, lebih kurang
200.000 orang ramai mengambil bahagian dalam EuroMayDay.
Dalam tahun 2005, rangkaian EuroMayDay menggunakan slogan Ketidaktentuan dunia mariklah kita bersatu dan lancarkan mogok untuk satu Eropah yang bebas dan radikal(Precarious of the world let's unite and strike 4 a free open radical Europe.Middlesex Declaration of Europe's Precariat 2004 lahir daripada acara Beyond ESF yang diadakan selari dengan Forum Sosial Europah
yang diadakan di London pada September 2004. Dalam tahun 2006, lebih
banyak bandar mengambil bahagian dalam EuroMayDay. Bilangan penglibatan
peserta telah bertambah dari 5000 orang di Milan pada tahun 2001 kepada
50.000 dalam tahun 2003 dan 100.000 orang dalam tahun 2004 (Milan dan
Barcelona). Bandar-bandar EuroMayDay telah memasukkan Amsterdam, Barcelona, Copenhagen, Hamburg, Helsinki, Jyväskylä, L'Aquila, Leon, Liege, London, Maribor, Marseilles, Milan, Naples, Palermo, Paris, Seville, Stockholm and Vienna.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...