MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Thursday, May 17, 2012

INFO : Kelebihan Mandi Yang Kurang Diketahui Umum

  1. Ia boleh mengurang atau mengelakkan tekanan dan membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan anda.
  2. Dengan merendamkan kaki ke dalam air panas selama beberapa minit, ia dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit atau masalah yang mengganggu kesihatan diri. Antaranya seperti sakit kepala, selesema, hidung berdarah, sembelit dan kekurangan tidur.
  3. Mandi air panas pada suhu sekitar 32-35 darjah celsius akan membuka ruang pada liang kulit yang dapat mengeluarkan toksin, menurunkan paras gula, memelihara usus besar serta menyembuhkan masalah sakit otot.
  4. Menurut kajian saintis dari Jepun, berendam di dalam air panas selama 10 minit boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung terutama lelaki.
  5. Kajian dilakukan oleh New England Journal Of Medicine mendapati berendam selama 30 minit dalam air suam amat baik untuk penghidap kencing manis. Ini kerana tindakan itu dapat menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 13 peratus.
  6. Mandi air sejuk pun ada kelebihannya. Ia berfaedah untuk meredakan ketegangan.

Info : Majalah I-Sihat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia