MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, May 30, 2012

Pengkelasan Bahan Perpustakaan


PENGENALAN
Tahukah anda sistem pengkelasan dan pengkatalogan dalam ilmu sains perpustakaan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pengguna mendapatkan bahan bacaan mengikut keperluan yang dikehendaki dengan cepat, mudah dan dapat menentukan di mana tempat menyimpan bahan berkenaan supaya mudah dikesan kembali apabila dikehendaki. 

Definisi dan Tujuan Pengkelasan
Satu proses untuk mengorganisasikan bahan-bahan mengikut bidang , mata pelajaran perkara dan topik. 

Tujuan
  1. Mengesan bahan dengan cepat dan tepat di atas rak dan memulangkan bahan itu ke tempat asal.
  2. Menunjukkan kekuatan dan kelemahan koleksi bahan.
  3. Memudahkan penyusunan buku dan proses pilih buang.
  4. Memudahkan proses semakan stok.
  5. Membantu menyimpan beberapa jenis perangkaan seperti bilangan buku dan rekod pinjaman.
  6. Memudahkan pengguna untuk mencari bahan terus dari rak (browsing) dengan cara merujuk kepada nombor pengelasan yang diperlukan. 
Sejarah Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC)
Melville Louis Kossuth Dewey telah mencipta satu sistem pengkelasan buku di mana sistem ini akhirnya digunakan oleh kebanyakan perpustakaan. Beliau telah memberikan nombor pengkelasan berdasarkan perkara supaya semua bahan buku dan bukan buku dapat disusun dalam kelas-kelas tertentu. Sistem pengkelasan Perpuluhan Dewey telah membahagikan semua ilmu pengetahuan kepada sepuluh bahagian utama dan diberikan nombor pengkelasan seperti berikut: 

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Ringkasan Pertama
000 KARYA AM
100 FALSAFAH
200 AGAMA
300 SAINS KEMASYARAKATAN
400 BAHASA
500 SAINS TULEN
600 TEKNOLOGI
700 KESENIAN
800 KESUSASTERAAN
900 GEOGRAFI dan SEJARAH 

Untuk pengetahuan anda biasanya buku-buku fiksyen tidak diberi nombor pengkelasan DDC. Jenis buku ini dikenali dengan huruf ‘F” sahaja. Contoh ‘FM’ untuk Fiksyen Bahasa Melayu dan "FI‟ untuk Fiksyen Bahasa Inggeris. 

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Ringkasan Pertama
Menurut Mat Jizat (1995) walaupun pengkelasan perpuluhan Dewey berasaskan sistem yang diusahakan oleh Francis Bacon untuk membahagikan ilmu kepada sepuluh kumpulan Dewey menggunakan angka Arab sebagai kod atau simbol pengenalan. Simbol ini bermula daripada angka 0 hingga 9. Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey menggunakan tiga angka yang dipanggil sebagai senarai ringkas yang pertama. Senarai ini seperti apa yang anda lihat dalam pembahagian sistem pengkelasan perpuluhan Dewey ringkasa pertama di atas.

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Ringkasan Kedua
Sebelum kita memahami cara hendak menggunakan ringkasan kedua kita terlebih dahulu perlu mengetahui cara untuk mengelas buku ataupun bahan dengan menggunakan senarai ringkasan pertama yang telah disebut di atas tadi. Kemudian satu senarai lanjutan yang dinamakan Senarai Ringkasan Kedua diwujudkan untuk memudahkan kita mencari pecahan ilmu sebagaimana yang terdapat dalam ringkasan pertama, contohnya adalah seperti berikut yang kami catatkan di bawah: 

Contoh ringkas yang dapat kami nyatakan di sini bagi perkara Karya Am – 000 yang dipecahkan kepada sepuluh bahagian :- 

000 KARYA AM
010 Bibliografi
020 Sains Perpustakaan
030 Ensiklopedia Am
040 (Belum dikhaskan)
050 Terbitan berkala Am
060 Pertubuhan Am
070 Kewartawanan
080 Koleksi Karya Am
090 Manuskrip dan Buku Nadir

Pecahan dalam ringkasan kedua untuk perkara 100 hingga 900 boleh anda rujuk di
bawah ini:

100 FALSAFAH
110 Wujudiah
120 Ilmu, Sebab, Tujuan, Manusia
130 Kaji Jiwa Biasa dan Ajaib
140 Pendapat falsafah
150 Kaji Jiwa
160 Ilmu Mantik
170 Etika
180 Falsafah Timur
190 Falafah Barat

200 AGAMA
210 Agama Ketuhanan
220 Kitab Injil
230 Asas Ajaran Kristian
240 Moral dan Ibadah Keristian
250 Urusan Paderi, Kariah Gereja
260 Aspek Sosial dan Hal Ehwal Kristian
270 Sejarah dan Geografi Gereja
280 Mazhab dan Puak Kristian
290 Agama-agama Lain

300 SAINS KEMASYARAKATAN
310 Perangkaan
320 Ilmu Politik
330 Ekonomi
340 Undang-undang
350 Pentadbiran Awam
360 Perkhidmatan Sosial
370 Pendidikan
380 Perniagaan dan Pertubuhan
390 Adat Resam dan Budaya Rakyat

400 BAHASA
410 Linguistik
420 Bahsa Inggeris
430 Bahasa Jerman
440 Bahassa Perancis, Monaco
450 Bahasa Itali, Romania
460 Bahasa Sepanyol dan Semenanjung Iberian
470 Bahasa Latin dan Itali
480 Bahasa Yunani
490 Bahasa-bahasa Lain

500 SAINS TULEN
510 Ilmu Hisab
520 Astronomi
530 Fizik
540 Kimia
550 Sains Bumi
560 Sains Fosil
570 Sains hayat
580 Sains Tumbuhan
590 Sains Haiwan

600 SAINS TEKNOLOGI
610 Sains Perubatan
620 Sains kejuruteraan
630 Pertanian
640 Sains Rumahtangga
650 Perkhidmatan Pengurusan
660 Teknologi Kimia
670 Hasil Perusahaan Kimia
680 Hasil Kilang Lain
690 Bangunan

700 KESENIAN
710 Seni Lanskap
720 Seni Bina
730 Arca
740 Lukisan dan Seni Hiasan
750 Mengecat dan Catan
760 Seni Grafik
770 Seni Foto
780 Muzik
790 Seni Hiburan dan Lakonan

800 SASTERA
810 Sastera Amerika
820 Sastera Inggeris
830 Sastera Jerman
840 Sastera Perancis
850 Sastera Itali, Romania
860 Sastera Sepanyol, Portugis
870 Sastera Latin, Itali
880 Sastera Yunani
890 Sastera Bahasa-bahasa Lain

900 GEOGRAFI DAN SEJARAH
910 Geografi dan Lawatan
920 Biografi
930 Sejarah Am Dinia Purba
940 Eropah
950 Asia
960 Afrika
970 Amerika Utara
980 Amerika Selatan
990 Bahagian Dunia Lain

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia