Friday, May 18, 2012

Pinjaman Berkelompok PNM Untuk Kali Keempat Kembali Lagi!!!

 Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
* Buat kali keempat, Perpustakaan Anjung Ilmu membuat Pinjaman Berkelompok dari Perpustakaan Negara Malaysia.
* Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok bermaksud pihak jabatan / institusi / sekolah boleh meminjam sebanyak 300 naskhah buku daripada PNM dalam jangka masa 3 bulan.
* Perpustakaan Anjung Ilmu meminjam buku sebanyak 279 naskhah buku.
* Diharapkan dengan adanya aktiviti pinjaman berkelompok ini, lebih ramai kakitangan JBPM akan membuat pinjaman buku di Perpustakaan Anjung Ilmu. 
  

 PERATURAN-PERATURAN PINJAMAN BERKELOMPOK

  1. Mereka yang layak membuat pinjaman adalah YANG TELAH BERDAFTAR sebagai ahli Perpustakaan Anjung Ilmu.
  2. Bilangan buku yang dibenarkan adalah sebanyak 3 buah dalam masa seminggu.
  3. Pengguna perlu memulangkan buku yang dipinjam dalam tempoh yang telah ditetapkan.
  4. Pembaharuan boleh dilakukan selama sekali sahaja dan tempoh masa yang diberi adalah seminggu.
  5. Selepas pembaharuan kali pertama, pengguna tidak dibenarkan membuat pembaharuan untuk kali kedua.
  6. Untuk tujuan pembaharuan, pengguna perlu membawa buku-buku tersebut ke Perpustakaan untuk kemaskini.
  7. Pengguna adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan buku-buku yang dipinjamnya. 
  8. PERINGATAN  PENTING : Pengguna adalah bertanggungjawab untuk membayar denda dan gantirugi bagi buku-buku yang hilang atau rosak dalam pinjaman berdasarkan Akta Perpustakaan Negara 1972 ; Peraturan-Peraturan Perpustakaan Negara (Bayaran Dan Denda) 1993, P.U (A) 295, Jadual Kedua (Peraturan 3), Perkara 2 iaitu dikenakan denda dua kali harga asal atau semasa sumber mengikut mana-mana yang lebih tinggi. 
*Nota : Untuk melihat senarai buku pinjaman berkelompok, sila klik pada link 
 di bawah ini :-
Senarai Buku Berkelompok

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...