Wednesday, May 23, 2012

Penjagaan Buku Perpustakaan


Sikap Sayangkan Buku
Tanamkan sikap sayang pada buku, betapa pentingnya buku sebagai bahan untuk menambah ilmu pengetahuan. Selain itu, para pelajar harus tahu bahawa buku-buku itu umpama 'harta' yang perlu dijaga, sayangi dan lindungi. Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menghargai buku dan menjaga buku-buku yang dipinjam dengan baik.

Pastikan Buku Dalam Keadaan Baik

Pastikan buku dalam keadaan baik sehingga dikembalikan semula.

Buka Buku Dengan Baik

Pastikan tangan anda dalam keadaan bersih apabila membuka buku. Tangan yang kotor akan menyebabkan buku kelihatan comot. Begitu juga tertib ketika menggunakan buku, minta mereka membukanya dengan baik dan tidak secara kasar. Ia dapat mengelakkan buku daripada terkoyak atau cepat rosak.

Jangan Biarkan Buku Bersepah

Jangan biarkan buku-buku dalam keadaan bersepah. Ia bukan sahaja menyemakkan mata memandang tetapi buku tersebut mungkin rosak apabila tidak disimpan. Tanamkan sikap bertanggungjawab dalam diri kita bersama.

Conteng
Tidak menconteng buku sama ada menggunakan pensel atau pen. Lebih-lebih lagi buku itu  adalah buku pinjaman. Ia tentu menimbulkan banyak masalah kepada pelajar-pelajar lain selepas itu. Dalam pada itu jika buku kotor tentu menyusahkan pelajar lain mengulang kaji pelajaran.

Jangan Merosakkan Buku

Jangan menggunting pada bahagian tertentu pada buku,jika perlu untuk bhagian tertentu hendaklah menggunakan perkhidmatan fotostat yang sudah tersedia ada di perpustakaan.

Amanah

Anggaplah menjaga buku sebagai amanah. Oleh itu jagalah dengan sebaik mungkin.Betapa pentingnya menjaga amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Andai buku itu buku pinjaman, terangkan kepada mereka bahawa tahun hadapan orang lain akan menggunakannya pula. Oleh itu jangan memperlakukan dengan sewenang-wenangnya.

Menekuk/Melipat

Jangan menekuk (melipat hingga bahagian belakang buku) kerana ia akan merosakkan bahagian yang telah dijilid. Gam atau stapler untuk mencantumkan buku mungkin tertanggal.

Lipat

Pastikan tidak melipat buku untuk menandakan bahagian tertentu kerana ia akan merosakkan halaman yang telah ditandakan itu. Jika mahu menandakan halaman tersebut adalah lebih baik menggunakan penanda buku atau apa sahaja asalkan tidak menjejaskan buku tersebut.

Kurangkan Fotokopi

Kurangkan fotokopi buku kerana ia akan merosakkan jilid buku dan memudahkan buku terlerai. Jika mahukan bahan daripada bahagian berkenaan galakkan anda boleh menyalinnya. Walaupun ia mungkin remeh tetapi penting untuk memastikan buku dalam keadaan baik.

Jangan Terlingkup Buku

Apabila anda selesai mengulang kaji pelajaran, pastikan mereka tidak melingkupkan buku kerana cara ini juga dapat merosakkan buku tersebut.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...