MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, April 26, 2012

Fakta Penting Mengenai Denggi



Epidemologi

Wabak pertama berlaku hampir serentak, di Asia, Afrika, dan Amerika Utara pada tahun 1780-an, penyakit tersebut dikenal pasti dan diberi nama pada 1779. Pada awalnya ia tidak merbahaya. Wabak sejagat meletus di di Asia Tenggara sekitar 1950-an, dan pada 1975 DHF telah menjadi sebab utama kematian dikalangan kanak-kanak dikebanyakan negara dikawasan tersebut. Wabak denggi menjadi kebiasaan semenjak 1980-an, pada akhir 1990s denggi merupakan penyakit virus bawaan nyamuk paling utama menjangkiti manusia selepas malaria, terdapat 40 juta kes demam denggi dan beberapa ratus ribu demam denggi berdarah setiap tahun. Pada Februari 2002 terdapat wabak teruk di Rio De Janeiro, membabitkan satu juta penduduk tetapi hanya mengakibatkan enam belas kematian.

Wabak teruk demam denggi biasanya berlaku setiap lima atau enam tahun. Terdapat kecenderungan bahawa sebahagian besar penduduk mudah dijangkiti walaupun berlaku wabak sebelumnya kerana terdapat empat jenis virus denggi dan mereka yang baru memasuki penduduk sasaran, samaada melalui kelahiran atau immigrasi.

Penyakit Demam Denggi mula dilaporkan di Malaysia pada tahun 1902 lagi. Pada tahun 1962, wabak pertama demam denggi berdarah berlaku di Georgetown, Pulau Pinang. Semenjak itu, penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah telah dikesan berlaku di seluruh negara. Semenjak penyakit demam denggi mula dikesan, ia telah menunjukkan peningkatan yang seiring dengan pertambahan kawasan bandar, pembangunan dan peningkatan kepadatan penduduk. Pada tahun 1991, sebanyak 6628 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Malaysia. Pada tahun 1998, sebanyak 27,373 kes demam denggi dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 4 kali ganda dari tahun 1991.

Di Singapura, terdapat 4-5000 kes dilapurkan berkaitan dengan demam denggi atau demam denggi berdarah setiap tahun. Pada tahun 2003, terdapat 6 kematian disebabkan sindrom kejutan denggi. Ianya dipercayai bahawa kes demam denggi yang dilapurkan adalah rendah kerana ia tidak mengendahkan kes subklinikal dan kes di mana pesakit tidak hadir untuk rawatan perubatan. Kadar kematian disebabkan denggi oleh itu dianggarkan kurang daripada 1 dari 1000 kes.

Pencegahan.

Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Penggunaan kelambu dan juga semburan penghalau serangga juga boleh membantu.
Mengenal pasti demam denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes. Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
  • Demam kuat yang mengejut dan berterusan 
  • Bintik merah pada kulit  
  • Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala  
  • Berdarah pada badan, hidung dan mulut  
  • Hilang selera makan  
  • Muntah-muntah  
  • Sakit perut
Bagaimana demam denggi berjangkit:
  • Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
  • Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes 
  • Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.  
  • Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi
Sejarah
Istilah “denggi” ialah satu percubaan orang Sepanyol untuk mendefinisikan frasa Swahili “ki denga pepo” yang membawa maksud “sawan seperti kekejangan yang disebabkan oleh roh yang jahat”. Ia muncul pada wabak Carribean dalam tahun 1827-1828. Sepanjang sejarah, wabak seperti Denggi telah banyak dicatat. Laporan pertama kes Denggi dibuat pada tahun 1789 oleh Benjamin Rush mencipta terma “demam patah tulang (“breakbone fever”) (kerana simptom myalgia [sakit otot] dan athralgia [sakit sendi]). Etiologi virus dan cara jangkitan oleh nyamuk hanya diketahui dalam abad ke-20. Kesan sosioekonomi Perang Dunia II telah menyebabkan peningkatan jangkitan di seluruh dunia.

Tanda dan Gejala
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bnintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red).

Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.


Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, thrombocytopenia dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Diagnosis 
Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.

Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal. Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.


Rawatan 
Tiada vaksin yang berada di pasaran untuk flavivirus denggi. Walau bagaimanapun, satu daripada beberapa program yang sedang giat dijalankan ialah Inisiatif Vaksin Denggi Pediatrik (‘Pediatric Dengue Vaccine Initiative’ [PDVI]) yang dimulakan pada tahun 2003, bertujuan untuk meningkatkan penyelidikan dan pengenalan vaksin denggi yang mampu dimiliki dan diperolehi oleh kanak-kanak di negara-negara miskin yang endemik.


Pencegahan

Tiada vaksin yang berada di pasaran untuk flavivirus denggi. Walau bagaimanapun, satu daripada beberapa program yang sedang giat dijalankan ialah Inisiatif Vaksin Denggi Pediatrik (‘Pediatric Dengue Vaccine Initiative’ [PDVI]) yang dimulakan pada tahun 2003, bertujuan untuk meningkatkan penyelidikan dan pengenalan vaksin denggi yang mampu dimiliki dan diperolehi oleh kanak-kanak di negara-negara miskin yang endemik. 

Penyelidik dari negara Thailand, dalam fasa kedua ujian, merancang  untuk menguji vaksin demam denggi tersebut ke atas 3,000-5,000 sukarelawan dalam masa 3 tahun selepas ujian berjaya dijalankan ke atas haiwan dan sekumpulan kecil sukarelawan. Cara utama menghapuskan denggi ialah untuk menghapuskan atau mengurangkan nyamuk vektor/pembawa denggi. Penggunaan pembunuh larva seperti Abate dalam air yang bertakung adalah cara mengawal nyamuk yang lebih berkesan dalam jangka panjang. Inisiatif untuk menghapuskan takungan air (seperti di dalam pasu bunga) amat efektif di dalam mengawal penyakit yang dibawa nyamuk. Teknik-teknik baru yang memberangsangkan telah dilaporkan oleh Universiti Oxford di dalam memandulkan nyamuk Aedes. 

Pencegahan peribadi merangkumi penggunaan jala nyamuk, ubat cegah, menutupi bahagian kulit yang terdedah, menggunakan jala tilam berisi DEET dan menghindari kawasan endemik. Ini juga penting di dalam pencegahan Malaria. 

Pendekatan antivirus berpotensi
Dalam bulan-bulan pertama tahun 2007, lebih 16,000 kes telah dilaporkan di Paraguay, dengan lebih kurang 100 dikesan sebagai kes Demam Tinggi Denggi (‘Dengue High Fever’ [DHF]). Epidemik terbaru ini dijangka akan berterusan di Paraguay untuk beberapa bulan, berdasarkan ramalan hujan berterusan sepanjang musim panas. 10 kematian telah dilaporkan, termasuk seorang ahli berpangkat tinggi Kementerian Kesihatan baru-baru ini. Epidemik tersebut adalah punca satu skandal di dalam Jabatan Kesihatan Paraguay, di mana seorang pegawai telah meletak jawatan setelah beliau meluluskan penggunaan pembunuh serangga yang telah melepasi tarikh luput untuk mengawal nyamuk vektor denggi. Penyakit tersebut telah tersebar ke Argentina (di mana ia belum dianggap sebagai epidemik), di hampir kesemua kes orang yang tiba daripada Paraguay. Di negeri Mato Grosso do Sul, Brazil yang bersempadan dengan Paraguay, jumlah kes dalam bulan Mac 2007 dianggarkan lebih daripada 45,000. Epidemik di negeri-negeri Ceará, Pará, São Paulo dan Rio de Janeiro telah meningkatkan jumlah kes tahun ini kepada lebih daripada 70,000 dengan lebih 20 kematian. Nisbah kes yang dicatat sebagai kes DHF meningkat tahun ini.

Source : Ensiklopedia Wikipedia 







1 comment:

  1. salam , bole anda berikan beberapa maklumat tentang etiologi leukopenia / leukositisis ??
    bagi membantu proses tugasan saya .

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia