PENDAHULUAN
Sebuah kerajaan yang
memerintah bertanggungjawab menggubal dasar-dasar dan peraturan-peraturan
yang difikirkan perlu untuk mencapai matlamat sosio-ekonomi dan wawasan
negara. Perkhidmatan Awam merupakan institusi penting bagi
melaksanakan dasar yang digubal dalam membantu usaha kerajaan untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berasaskan kepada nilai-nilai
murni sejagat. Keberkesanan dan kecekapan jentera pelaksanaan
mendukung pembangunan negara meningkatkan kualiti penghidupan rakyat di
negara ini.
Untuk mencapai matlamat ini,
jentera pentadbiran awam dikemaskini bagi memenuhi sebarang keperluan
mengikut perubahan persekitaran dan cabaran semasa. Penjawat
Perkhidmatan Awam pula dikehendaki menghayati dan menanam sikap dan nilai
positif agar ia menjadi teras atau tunggak kepada keperibadian dan
tatakelakuan anggota Perkhidmatan Awam. Pelbagai dasar dan program
telah dilaksanakan oleh Kerajaan secara berterusan agar penanaman dan
penghayatan sikap dan nilai murni diamalkan oleh anggota Kerajaan.
Di antaranya ialah:
- Teras Perkhidmatan Awam
- Bersih, Cekap dan Amanah
- Penerapan Nilai-nilai Murni
- Kepimpinan Melalui Teladan
- Pemakaian Tanda Nama
- Kad Perakam Waktu
- Pekeliling-pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
DEFINISI NILAI DAN
ETIKA
Nilai ditakrifkan
sebagai kehendak dan keinginan yang mendorong seseorang atau sesebuah
institusi untuk bertindak mengikut pemilihan berasaskan norma-norma utama
meliputi perilaku dan amalan masyarakat; manakala Etika pula
bermaksud tanggungjawab dan tingkah laku seseorang atau profesyen terhadap
masyarakat/pelanggan.
RASIONAL
Keberkesanan untuk mewujudkan
sesebuah tamadun bagi negara bergantung kepada idealisme dan motivasi
setiap individu dan institusi sosial termasuk Perkhidmatan Awam.
Anggota Perkhidmatan Awam berperanan sebagai “Stewardship” negara bagi
mempertahankan kepentingan awam dan keadilan bagi semua rakyat dalam
pembentukan sistem sosio-ekonomi negara. Anggota Perkhidmatan Awam
di Malaysia mempunyai empat peranan utama dalam pembangunan negara
iaitu:
- Perkhidmatan Awam adalah satu institusi utama masyarakat dan negara.
- Perkhidmatan Awam memberikan perkhidmatan kepada Raja, Kerajaan dan rakyat dengan penuh kesetiaan.
- Perkhidmatan Awam bertanggungjawab membentuk satu masyarakat yang adil dengan sistem ekonomi terbuka yang berpandukan kepada kepentingan awam, menjaga keamanan dan perundangan, menggalakkan inovasi, penyelidikan dan pembangunan tamadun.
- Perkhidmatan Awam menjalankan hak-hak dan kuasa-kuasanya dengan penuh tanggungjawab serta berlaku adil kepada rakyat yang menerima khidmatnya.
- Etika Perkhidmatan Awam telah dilancarkan pada tahun 1979 melalui Buku Perkhidmatan Cemerlang dan bertujuan:
- Mengekal dan memelihara kepercayaan terhadap tugas yang diberikan.
- Memupuk tanggungjawab bersama, mengeratkan perhubungan dengan kakitangan dan mewujudkan suasana yang sihat dan cekap dalam perkhidmatan.
- Membentuk sikap dan pembawaan anggota Perkhidmatan Awam bersesuaian dengan semangat Rukunegara.
- Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan
- Bekerja dengan penuh tanggungjawab
- Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
- Bekerja dengan penuh muhibbah dan kemesraan
- Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
- Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh negara
- Berpegang teguh kepada ajaran agama
- Menentukan arah dan memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota Perkhidmatan Awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah sebagai pekerja negara.
- Memberi penyatuan dan penyelarasan di antara anggota-anggota Perkhidmatan Awam sebagai institusi utama yang memberi sumbangan kepada pembangunan tamadun masyarakat.
- Merupakan standard mutlak bagi mendorong anggota Perkhidmatan Awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.
- Menghargai Masa
- Ketekunan Membawa Kejayaan
- Keseronokan Bekerja
- Kemuliaan Kesederhanaan
- Ketinggian Peribadi
- Kekuatan Sifat Baik Hati
- Pengaruh Teladan
- Kewajipan Menjalankan Tugas
- Kebijaksanaan Berkhidmat
- Keutamaan Kesabaran
- Peningkatan Bakat
- Nikmat Mencipta
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...