MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, April 19, 2012

25 Tip Jadi Ketua Berkaliber


1) Ambil berat team anda
Ketua perlu prihatin terhadap setiap team termasuk kesihatan mereka, kebimbangan mereka, ahli keluarga mereka dan kewangan mereka

2) Dekati mereka
Jangan berat mulut untuk memberi salam atau bertanya khaba kepada team anda.

3) Kerap bertemu
Mengadakan mesyuarat mengikut keperluan sama ada secara mingguan atau bulanan untuk mengemaskini keperluan team anda. Pastikan pertemuan ini ringkas dan ada keputusan yang diambil.

4) Beri latihan secukupnya
Sekurang-kurangnya dua hari dalam setahun supaya team anda dapat menambah kemahiran baru. Anda perlu tahu jenis kursus yang mereka perlukan.

5) Mantapkan team
Anda perlu bangunkan team anda menjadi lebih mantap melalui pengalaman dan kursus yang anda hadiri.

6) Hargai mereka
Ingat hari lahir team anda atau raikan kejayaan mereka sama ada kemenangan dalam pertandingan yang mereka sertai.

7) Bersosial dengan team anda
Makan tengah hari atau buat temu janji untuk makan malam bersama semua ahli team.

8) Tetapkan objektif
Beritahu mereka apa-apa objektif yang perlu mereka capai supaya mereka jelas tentang objektif anda.

9) Mengkaji prestasi
Sekurang-kurangnya setahun sekali anda perlu kaji prestasi team anda supaya mudah untuk anda memberikan imbuhan yang sewajarnya.

10) Berterima kasih
Ucapan terima kasih mudah untuk diungkapkan tetapi memberi seribu makna kepada si penerima ucapan tersebut.

11) Penghargaan
Jangan lokek untuk mengucapkan syabas atau tahniah kepada segala objektif yang dicapai oleh team anda.

12) Sentiasa berkomunikasi
Gunakan segala kemudahan yang anda untuk berkomunikasi supaya lebih jelas kehendak anda. Khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, surat atau telefon.

13) Lakukan perubahan
Jangan takut lakukan perubahan terhadap apa-apa jua yang anda rasakan perlu diubah.

14) Bahagikan tugas dengan baik
Anda perlu berani untuk membahagikan tugas kepada team anda yang berkelayakan supaya mereka boleh jadi bagus seperti anda.

15) Perkasakan team
Ketua adalah mereka yang menetapkan objektif secara jelas kepada teamnya.

16) Memudahkan
Seorang ketua perlu menjadi pemudah cara kepada tindakan ahli team dan bukannya menyusahkan mereka dengan perkara yang terlalu sukar untuk dicapai.

17) Menepati dan menghargai masa
Mulakan mesyuarat dan akhiri mesyuarat tepat pada masanya. Mesyuarat yang ringkas lebih menyegarkan minda.  Paling utama ada keputusan yang diambil dan dilaksanakan.

18) Jangan hanya pandai bercakap
Seorang ketua yang baik perlu bijak bercakap dan bijak pula melaksanakan tanggungjawabnya.

19) Peruntukkan masa untuk team
Walaupun sibuk, anda perlu cari masa untuk mendekati semua team anda.

20) Jadi pendengar yang baik
Dengar segala masalah team anda dan cuba selesaikan dengan sepenuh perhatian.

21) Terima kritikan
Perit rasanya untuk terima kritikan daripada saudara mara, rakan, kenalan atau pesaing tetapi inilah senjata anda untuk menjadi lebih baik.

22) Berfikir secara strategik
Ketua perlu bijak berfikir masa terbaik untuk melaksanakan sesuatu demi kebaikan teamnya.

23) Mempunyai mentor
Seorang ketua perlu ada mentor daripada mereka yang sama taraf kerjaya dengan anda untuk berbincang dan berkongsi masalah.

24) Mempunyai idola
Seorang ketua perlu ada idola daripada golongan pemimpin terhebar dunia.

25) Rajin membuat kajian
Ketua perlu rajin membuat kajian dan mengaplikasikannya dalam team. Jangan lupa melatih orang lain untuk mengambil alih tempat anda kerana bukan selama-lamanya anda berada di tempat anda sekarang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia