MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, May 30, 2012

Tanda Pangkat Dan Pakaian Seragam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

PEMAKAIAN TANDA PANGKAT








PAKAIAN PEGAWAI BOMBA






Keterangan pakaian :
Pakaian No. 1 (Pakaian Istiadat) - Dipakai oleh semua pegawai bomba dan dibezakan mengikut tanda pangkat yang dipakai. Pakaian ini perlu dipakai semasa majlis-majlis seperti menyambut DYMM Yang Di Pertuan Agong, DYMM Sultan dan TYT Yang Di Pertua Negeri di mana-mana institusi jabatan semasa lawatan rasmi yang dilakukan oleh Baginda.

Pakaian No.2 (Pakaian Kerja Busjaket) - Dipakai oleh semua Pegawai Kanan dan dibezakan mengikut tanda pangkat dan perlu dipakai semasa menjalankan tugas-tugas rasmi harian.

Pakaian No.3 (Pakaian Kerja Sisip Dalam) - Dipakai oleh semua Pegawai Lain-lain pangkat dan dibezakan mengikut tanda pangkat. Pakaian ini boleh dipakai semasa menjalankan tugasan harian dan jugak pada Pegawai Bomba yang mengambil bahagian dalam apa-apa perbarisan kehormat yang diadakan oleh Jabatan.

Pakaian No.4 (Pakaian Celoreng Bomba) - Dipakai oleh semua Pegawai Bomba dan dibezakan mengikut tanda pangkat. Pakaian ini perlu dipakai dengan tanpa menggunakan apa-apa pingat kebesaran atau bintang. Pakaian nie dikhususkan kepada Pegawai Bomba semasa menjalankan tugas khas, operasi penyelamat dan lain-lain operasi yang tak melibatkan pemadaman kebakaran. Selain itu, pakaian ini boleh dipakai semasa melakukan kerja harian di balai ataupun dalam perbarisan rasmi Jabatan jika ada arahan pemakaian.

Pakaian No.5 (Pakaian Operasi Menentang Kebakaran) - Dipakai oleh semua Pegawai Bomba dan dibezakan mengikut tanda pangkat. Pakaian ini perlu dipakai tanpa menggunakan gorget, lencana kolar dan apa-apa pingat kebesaran atau bintang. Pegawai Bomba perlu pakai pakaian ini apabila menghadiri operasi menentang kebakaran ataupun semasa menjalani latihan mahi yang berkaitan dengan operasi menentang kebakaran. Pakaian ini juga boleh dipakai dalam perbarisan rasmi Jabatan di mana pemakaiannya adalah seperti yang diarahkan.

Pakaian No.6 (Pakaian Mes) - Dipakai oleh semua Pegawai Kanan dan dibezakan mengikut tanda pangkat. Dipakai semasa majlis rasmi jamuan makan malam Pegawai-Pegawai Kanan terutamanya jika ada tetamu kehormat yang diundang bersama atau mana-mana upacara keraian yang dikehendaki dipakai pakaian berkenaan oleh Ketua Pengarah.

Pakaian No.7 (Pakaian Kebangsaan) - Dipakai oleh semua Pegawai Bomba dan perlu dipakai semasa menghadiri majlis agama ataupun perkara yang berkaitan dengan kebudayaan yang memerlukan pemakaian baju kebangsaan. 

Pakaian No.8 (Pakaian Khidmat) - Dipakai oleh semua Pegawai Kanan dan dibezakan mengikut tanda pangkat. Dipakai semasa menghadiri majlis-majlis seperti majlis tamat latihan rekrut, lawatan rasmi oleh orang kenamaan, lawatan ke institusi bomba luar negara dan upacara yang dikehendaki untuk memakainya. Pakaian ini juga boleh dipakai untuk tujuan tugas harian.

Continue Reading
No comments
Share:

Menyelamat Diri Daripada Kebakaran

 



APABILA BERLAKU KEBAKARAN PATUHILAH LANGKAH-LANGKAH BERIKUT : -
  • Jangan panik. Bunyikanlah penggera untuk memberi isyarat kepada semua penghuni rumah. Selamatkanlah diri anda dan keluarga anda melalui jalan keluar yang sedia ada atau yang telah ditetapkan.
  • Hubungilah balai bomba yang berhampiran. Berikan butir-butir lengkap mengenai lokasi rumah anda.
  • Sementara menanti ketibaan anggota-anggota bomba, cubalah padamkan api dengan alat pemadam api. INGAT! Jangan sampai membahayakan diri anda.

PETUA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA KEBAKARAN

 

JALAN KELUAR 
Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Api memang tidak mengenal darjat penghuni dan rumah kediaman mereka. Apabila berlaku kebakaran, langkah yang paling penting ialah mencari jalan keluar. Oleh itu anda mestilah mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran.

BINCANGKAN PELAN MEYELAMATKAN DIRI DENGAN KELUARGA
Anda harus mengadakan perbincangan dengan keluarga anda mengenai pelan menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan seluruh keluarga anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Adakan latihan amali di hujung minggu atau bila ada masa lapang supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli keluarga anda.

CUBA ELAKKAN PENGGUNAAN JERIJI
Cuba elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah anda. Jika anda terpaksa menggunakannya, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.

JALAN KELUAR TIDAK DIHALANG
Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.

ANAK KUNCI MUDAH DIAMBIL
Setiap ahli keluarga mestilah tahu di mana anak kunci pintu atau jeriji biasanya disimpan. Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci.

MEMASANG ALAT PENGESAN ASAP
Pastikan anda memasang sekurang-kurangnya satu pengesan asap di rumah untuk memberi isyarat bermulanya kebakaran.

Continue Reading
No comments
Share:

Penggunaan Alat Pemadam Api


Secara umumnya, terdapat lima kelas api di rumah. Alat pemadam api dilabelkan berdasarkan "Simbol" atau "Penggunaan Huruf" yang piawai bagi setiap kelas api yang dapat dipadam.

Kelas Api 
Penerangan 
Memadam kebakaran pepejal seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan mudah bakar. 
Memadam kebakaran cecair seperti minyak, cat, varnish, plastik dan lain-lain. 
Memadam kebakaran gas seperti gas butana, gas acetylene, pendawaian elektrik, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.
Memadam kebakaran logam seperti logam potassium, logam sodium, logam kalsium dan logam magnesium. 
Memadam kebakaran minyak masak yang digunakan secara komersial. 


Langkah Mudah Menggunakan Alat Pemadam Api (APA) :
  • Cabutkan Pin
  • Halakan nozel ke pangkal (base) api
  • Tekan tuil (lever)
  • Layangkan nozel ke kiri dan ke kanan

Continue Reading
No comments
Share:

Pengkelasan Bahan Perpustakaan


PENGENALAN
Tahukah anda sistem pengkelasan dan pengkatalogan dalam ilmu sains perpustakaan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pengguna mendapatkan bahan bacaan mengikut keperluan yang dikehendaki dengan cepat, mudah dan dapat menentukan di mana tempat menyimpan bahan berkenaan supaya mudah dikesan kembali apabila dikehendaki. 

Definisi dan Tujuan Pengkelasan
Satu proses untuk mengorganisasikan bahan-bahan mengikut bidang , mata pelajaran perkara dan topik. 

Tujuan
  1. Mengesan bahan dengan cepat dan tepat di atas rak dan memulangkan bahan itu ke tempat asal.
  2. Menunjukkan kekuatan dan kelemahan koleksi bahan.
  3. Memudahkan penyusunan buku dan proses pilih buang.
  4. Memudahkan proses semakan stok.
  5. Membantu menyimpan beberapa jenis perangkaan seperti bilangan buku dan rekod pinjaman.
  6. Memudahkan pengguna untuk mencari bahan terus dari rak (browsing) dengan cara merujuk kepada nombor pengelasan yang diperlukan. 
Sejarah Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC)
Melville Louis Kossuth Dewey telah mencipta satu sistem pengkelasan buku di mana sistem ini akhirnya digunakan oleh kebanyakan perpustakaan. Beliau telah memberikan nombor pengkelasan berdasarkan perkara supaya semua bahan buku dan bukan buku dapat disusun dalam kelas-kelas tertentu. Sistem pengkelasan Perpuluhan Dewey telah membahagikan semua ilmu pengetahuan kepada sepuluh bahagian utama dan diberikan nombor pengkelasan seperti berikut: 

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Ringkasan Pertama
000 KARYA AM
100 FALSAFAH
200 AGAMA
300 SAINS KEMASYARAKATAN
400 BAHASA
500 SAINS TULEN
600 TEKNOLOGI
700 KESENIAN
800 KESUSASTERAAN
900 GEOGRAFI dan SEJARAH 

Untuk pengetahuan anda biasanya buku-buku fiksyen tidak diberi nombor pengkelasan DDC. Jenis buku ini dikenali dengan huruf ‘F” sahaja. Contoh ‘FM’ untuk Fiksyen Bahasa Melayu dan "FI‟ untuk Fiksyen Bahasa Inggeris. 

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Ringkasan Pertama
Menurut Mat Jizat (1995) walaupun pengkelasan perpuluhan Dewey berasaskan sistem yang diusahakan oleh Francis Bacon untuk membahagikan ilmu kepada sepuluh kumpulan Dewey menggunakan angka Arab sebagai kod atau simbol pengenalan. Simbol ini bermula daripada angka 0 hingga 9. Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey menggunakan tiga angka yang dipanggil sebagai senarai ringkas yang pertama. Senarai ini seperti apa yang anda lihat dalam pembahagian sistem pengkelasan perpuluhan Dewey ringkasa pertama di atas.

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Ringkasan Kedua
Sebelum kita memahami cara hendak menggunakan ringkasan kedua kita terlebih dahulu perlu mengetahui cara untuk mengelas buku ataupun bahan dengan menggunakan senarai ringkasan pertama yang telah disebut di atas tadi. Kemudian satu senarai lanjutan yang dinamakan Senarai Ringkasan Kedua diwujudkan untuk memudahkan kita mencari pecahan ilmu sebagaimana yang terdapat dalam ringkasan pertama, contohnya adalah seperti berikut yang kami catatkan di bawah: 

Contoh ringkas yang dapat kami nyatakan di sini bagi perkara Karya Am – 000 yang dipecahkan kepada sepuluh bahagian :- 

000 KARYA AM
010 Bibliografi
020 Sains Perpustakaan
030 Ensiklopedia Am
040 (Belum dikhaskan)
050 Terbitan berkala Am
060 Pertubuhan Am
070 Kewartawanan
080 Koleksi Karya Am
090 Manuskrip dan Buku Nadir

Pecahan dalam ringkasan kedua untuk perkara 100 hingga 900 boleh anda rujuk di
bawah ini:

100 FALSAFAH
110 Wujudiah
120 Ilmu, Sebab, Tujuan, Manusia
130 Kaji Jiwa Biasa dan Ajaib
140 Pendapat falsafah
150 Kaji Jiwa
160 Ilmu Mantik
170 Etika
180 Falsafah Timur
190 Falafah Barat

200 AGAMA
210 Agama Ketuhanan
220 Kitab Injil
230 Asas Ajaran Kristian
240 Moral dan Ibadah Keristian
250 Urusan Paderi, Kariah Gereja
260 Aspek Sosial dan Hal Ehwal Kristian
270 Sejarah dan Geografi Gereja
280 Mazhab dan Puak Kristian
290 Agama-agama Lain

300 SAINS KEMASYARAKATAN
310 Perangkaan
320 Ilmu Politik
330 Ekonomi
340 Undang-undang
350 Pentadbiran Awam
360 Perkhidmatan Sosial
370 Pendidikan
380 Perniagaan dan Pertubuhan
390 Adat Resam dan Budaya Rakyat

400 BAHASA
410 Linguistik
420 Bahsa Inggeris
430 Bahasa Jerman
440 Bahassa Perancis, Monaco
450 Bahasa Itali, Romania
460 Bahasa Sepanyol dan Semenanjung Iberian
470 Bahasa Latin dan Itali
480 Bahasa Yunani
490 Bahasa-bahasa Lain

500 SAINS TULEN
510 Ilmu Hisab
520 Astronomi
530 Fizik
540 Kimia
550 Sains Bumi
560 Sains Fosil
570 Sains hayat
580 Sains Tumbuhan
590 Sains Haiwan

600 SAINS TEKNOLOGI
610 Sains Perubatan
620 Sains kejuruteraan
630 Pertanian
640 Sains Rumahtangga
650 Perkhidmatan Pengurusan
660 Teknologi Kimia
670 Hasil Perusahaan Kimia
680 Hasil Kilang Lain
690 Bangunan

700 KESENIAN
710 Seni Lanskap
720 Seni Bina
730 Arca
740 Lukisan dan Seni Hiasan
750 Mengecat dan Catan
760 Seni Grafik
770 Seni Foto
780 Muzik
790 Seni Hiburan dan Lakonan

800 SASTERA
810 Sastera Amerika
820 Sastera Inggeris
830 Sastera Jerman
840 Sastera Perancis
850 Sastera Itali, Romania
860 Sastera Sepanyol, Portugis
870 Sastera Latin, Itali
880 Sastera Yunani
890 Sastera Bahasa-bahasa Lain

900 GEOGRAFI DAN SEJARAH
910 Geografi dan Lawatan
920 Biografi
930 Sejarah Am Dinia Purba
940 Eropah
950 Asia
960 Afrika
970 Amerika Utara
980 Amerika Selatan
990 Bahagian Dunia Lain

Continue Reading
No comments
Share:

Selamat Hari Pesta Keamatan




Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan Selamat Hari Pesta Keamatan bagi rakyat Negeri Sabah...

Tadau Kaamatan

Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Asal usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".
Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, May 23, 2012

Tips Penjagaan Buku Yang Terbaik

 

 Penjagaan buku amat penting untuk para pencinta buku, supaya koleksi buku mereka akan sentiasa kelihatan cantik dan juga dapat mengekalkan nilai yang tinggi terutamanya untuk buku-buku ‘collectible’ atau edisi pertama. Buku yang dijaga rapi dapat mengelakkan kemerosotan dari segi fizikal buku tersebut, membolehkan ia disimpan lebih lama untuk bacaan kita dan anak-anak kita di masa depan dan juga lebih mudah mencari pembeli jika ingin dijual dalam pasaran buku terpakai.

Penerangan ringkas ini dibahagikan kepada dua bahagian, yang pertama ialah untuk mengetahui komponen-komponen dan keadaan yang akan menyebabkan kerosakan pada buku. Di bahagian kedua pula adalah tip-tip dan cadangan bernas untuk penjagaan buku.

Apa yang boleh menyebabkan buku rosak:
-Suhu dan kelembapan tinggi
-Habuk yang terkumpul
-Air
-Cahaya matahari atau komponen ultraviolet
-Serangga atau haiwan perosak
-Manusia atau ‘homo sapien’
-Cara pengendalian buku yang salah
-Tempat dan cara buku disimpan

Tips dan cadangan agar koleksi buku anda tahan lama, tidak cepat lusuh atau rosak.

Semasa Membaca:

-Pastikan tangan anda bersih, jika ada kekotoran atau berair boleh meresap ke dalam helaian kertas dan meninggalkan kesan kotoran atau kelembapan. (buku resepi mungkin sukar dielakkan)

-Semasa sedang bersantai membaca buku sila jauhkan gelas minuman dan jangan makan karipap sambil membaca.

-Bila ingin berhenti, jangan biarkan buku terbuka menghadap permukaan, ini boleh menyebabkan ‘binding’ rosak atau berkedut terutamanya buku berkulit lembut. Sila gunakan Penanda Buku.

-Juga jangan tandakan halaman dengan melipatkan hujung kertas. Guna penanda buku jugalah

-Jangan tulis apa-apa pada buku terutamanya pen dan highlighter. Jika terpaksa juga, gunakan pensel yang paling halus. Kalau anda student pastikan buku itu buku teks sebelum menulis dengan pen atau menanda dengan highlighter. Disebabkan terbiasa, anda mungkin terlupa buku yang anda sedang baca adalah sebuah novel. Pastikan juga buku itu buku pinjaman dan bukan buku anda sendiri.

-Jangan membaca sambil memandu kereta kerana boleh menyebabkan kemalangan jalanraya.

  
Penyimpanan Buku

-Buku paling elok disimpan di rak buku. Susunan buku pula sepatutnya didirikan (bahagian ‘spine’ iaitu tulang belakang buku yang mempunyai tajuk menghadap luar)

-Pastikan ada ruang diantara buku dan dinding rak tersebut. Cara pengendalian, buku-buku bersebelahan ditolak sedikit ke dalam, buku yang ingin diambil kemudiannya dicengkam pada bahagian depan dan belakang dan tarik keluar. Elakkan daripada menarik keluar dari bahagian atas buku.

-Rak buku elok diletakkan di ruang atau bilik yang gelap dirumah anda. Rak buku sama sekali tidak patut diletakkan menghadap tingkap dimana cahaya matahari boleh menjamah koleksi buku anda. Buku akan menjadi kekuningan lebih cepat.

-Jika anda dari golongan berada, buku elok diletakkan di bilik yang mempunyai penghawa dingin atau pendingin hawa, dan dibiarkan terpasang sepanjang masa. Ini adalah fakta; buku terdiri dari kertas yang bersifat organik (bahan karbon). Disebabkan ini, buku akan bertindak balas secara kimia dengan cepat jika berada di dalam suhu dan kelembapan yang tinggi.

-Pastikan rumah bersih dan bebas serangga perosak seperti lipas dan anai-anai. Terutama sekali bebas tikus. Tikus dilahirkan tanpa kemahiran membaca, tetapi mahir menggigit kertas.

-Jika ruang rak buku sudah dipenuhi, buku boleh disimpan di dalam kotak. Kotak pula perlu bersaiz kecil atau sederhana untuk mengelakkan sakit tulang belakang ketika mengalihkan kotak. Cara susunan sama seperti di rak buku. Seeloknya beli sahaja rak buku baru atau jual sebahagian buku anda. Buku yang disimpan terlalu lama didalam kotak yang tidak ditutup rapi akan bertindak balas kimia dan dirosakkan oleh haiwan perosak seperti diatas.

-Antara tempat-tempat penyimpanan buku yang sama sekali patut dihindarkan:
   Diluar rumah seperti di anjung, diatas bumbung, di atas pokok, tempat meletak kereta,
   Didalam rumah seperti di dapur, di dalam tandas, ruang di atas siling,
   Ditinggalkan di dalam kereta ketika parkir di bawah panahan terik matahari
  
Pembersihan perlu dilakukan sekali-sekala pada buku dan rak buku anda. Gunakan alatan khas seperti bulu ayam untuk membersihkan habuk yang terkumpul pada bahagian ‘edges’ iaitu bahagian hujung kertas bila buku tertutup rapat. Pastikan rak buku telah kering sepenuhnya sebelum meletakkan buku kembali sekiranya anda telah mengelap menggunakan kain basah pada rak tersebut.

Continue Reading
No comments
Share:

Penjagaan Buku Perpustakaan


Sikap Sayangkan Buku
Tanamkan sikap sayang pada buku, betapa pentingnya buku sebagai bahan untuk menambah ilmu pengetahuan. Selain itu, para pelajar harus tahu bahawa buku-buku itu umpama 'harta' yang perlu dijaga, sayangi dan lindungi. Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menghargai buku dan menjaga buku-buku yang dipinjam dengan baik.

Pastikan Buku Dalam Keadaan Baik
Pastikan buku dalam keadaan baik sehingga dikembalikan semula.

Buka Buku Dengan Baik
Pastikan tangan anda dalam keadaan bersih apabila membuka buku. Tangan yang kotor akan menyebabkan buku kelihatan comot. Begitu juga tertib ketika menggunakan buku, minta mereka membukanya dengan baik dan tidak secara kasar. Ia dapat mengelakkan buku daripada terkoyak atau cepat rosak.

Jangan Biarkan Buku Bersepah
Jangan biarkan buku-buku dalam keadaan bersepah. Ia bukan sahaja menyemakkan mata memandang tetapi buku tersebut mungkin rosak apabila tidak disimpan. Tanamkan sikap bertanggungjawab dalam diri kita bersama.

Conteng
Tidak menconteng buku sama ada menggunakan pensel atau pen. Lebih-lebih lagi buku itu adalah buku pinjaman. Ia tentu menimbulkan banyak masalah kepada pelajar-pelajar lain selepas itu. Dalam pada itu jika buku kotor tentu menyusahkan pelajar lain mengulang kaji pelajaran.

Jangan Merosakkan Buku
Jangan menggunting pada bahagian tertentu pada buku,jika perlu untuk bhagian tertentu hendaklah menggunakan perkhidmatan fotostat yang sudah tersedia ada di perpustakaan.

Amanah
Anggaplah menjaga buku sebagai amanah. Oleh itu jagalah dengan sebaik mungkin.Betapa pentingnya menjaga amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Andai buku itu buku pinjaman, terangkan kepada mereka bahawa tahun hadapan orang lain akan menggunakannya pula. Oleh itu jangan memperlakukan dengan sewenang-wenangnya.

Menekuk/Melipat
Jangan menekuk (melipat hingga bahagian belakang buku) kerana ia akan merosakkan bahagian yang telah dijilid. Gam atau stapler untuk mencantumkan buku mungkin tertanggal.

Lipat
Pastikan tidak melipat buku untuk menandakan bahagian tertentu kerana ia akan merosakkan halaman yang telah ditandakan itu. Jika mahu menandakan halaman tersebut adalah lebih baik menggunakan penanda buku atau apa sahaja asalkan tidak menjejaskan buku tersebut.

Kurangkan Fotokopi
Kurangkan fotokopi buku kerana ia akan merosakkan jilid buku dan memudahkan buku terlerai. Jika mahukan bahan daripada bahagian berkenaan galakkan anda boleh menyalinnya. Walaupun ia mungkin remeh tetapi penting untuk memastikan buku dalam keadaan baik.

Jangan Terlingkup Buku
Apabila anda selesai mengulang kaji pelajaran, pastikan mereka tidak melingkupkan buku kerana cara ini juga dapat merosakkan buku tersebut.

Continue Reading
No comments
Share:

Hari Belia Negara 2012

 


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Kami ingin menjemput anda untuk menghadiri Perhimpunan Hari Belia Negara 2012 bertempat di Presint 2 berhampiran dengan Kementerian Kewangan, Putrajaya bermula pada 23 hingga 27 Mei 2012... Datanglah beramai-ramai kerana banyak aktiviti yang dijalankan di sana. Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia juga membuka gerai pameran untuk para pengunjung bagi mengetahui tentang Jabatan ini dengan lebih dekat lagi... Jadi, apa tunggu lagi?!!

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web di bawah untuk mengetahui jadual aktiviti... Jumpa anda di sana!!!


Continue Reading
No comments
Share:

Friday, May 18, 2012

Senarai buku pinjaman berkelompok kali ke-4


Assalamualaikum wbt..

Sukacita dimaklumkan Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi telah membuat pinjaman berkelompok daripada Perpustakaan Negara Malaysia untuk kali ke-11. Pinjaman berkelompok ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan membaca dan seterusnya memupuk minat kepada ilmu melalui membaca di kalangan orang ramai khususnya warga JBPM.

Berikut adalah disertakan senarai buku-buku yang telah dipinjam daripada Perpustakaan Negara Malaysia untuk tempoh tiga bulan. Diharapkan dengan adanya aktiviti pinjaman berkelompok ini lebih ramai kakitangan JBPM akan membuat pinjaman di perpustakaan.

Sekian, terima kasih.

Jamilah Binti Sailillah
(Ketua Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi)


SENARAI BUKU PINJAMAN BERKELOMPOK

BIL TAJUK BUKU BARKOD
1 MENGENALI MYSQL 5.0.37 1001058312
2 MENCARI AYAT-AYAT AL-QURAN BERDASARKAN KATA DASAR 1000607951
3 HISTERIA : PENCEGAHAN DAN RAWATAN 1000165786
4 KHASIAT DAN MANFAAT LIMAU NIPIS 1001006404
5 CARA KERJA EFEKTIF : PANDUAN UNTUK PENGURUS, KETUA JABATAN DAN PENYELIA 1000613036
6 FATAWA QARDHAWI : PERMASALAHAN, PEMECAHAN DAN HIKMAH 1000271663
7 FOTOGRAFI DIGITAL MENGGUNAKAN GOOGLE PICASA 1001034589
8 SETENGAH BERISI, SETENGAH KOSONG 1001035957
9 PANDUAN LENGKAP SUJUD SYUKUR 1001153267
10 HIMPUNAN KISAH-KISAH TELADAN DAN MUTIARA KATA – JILID TIGA 1000756589
11 CARI DUIT CARA MUDAH SEBAGAI PENULIS BEBAS 1000606484
12 PALESTIN / ISRAEL : KEAMANAN ATAU APARTEID 1001014603
13 SALAH GUNA DADAH : SEBAB, AKIBAT, CEGAH DAN RAWAT 1000547112
14 MENDIDIK ANAK GENIUS 1000400000
15 PANDUAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN MENURUT ISLAM – SIHAT FIZIKAL & MENTAL 1001153176
16 HIKMAH HAJI RUKUN KE-5 – DIMENSI FIQAH DAN KEROHANIAN 1000689557
17 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT A HOLISTIC APPROACH 1000654322
18 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 1000701133
19 ANDA BERKUASA APABILA...? - BAGAIMANA MENGAPPLIKASI KUASA DALAM ORGANISASI ANDA 1000715874
20 YANG GAGAL YANG BERJAYA 1000131955
21 MEMBINA DAN MERUNTUH MALAYSIA – SEBUAH IMBASAN ORANG DALAM TENTANG UMNO, RAZAK DAN MAHATHIR 1001129209
22 ADAB TERPUJI DAN TANGGUNGJAWAB WANITA SOLEHAH 1000610641
23 ISLAM BUKAN AGAMA PENGGANAS (TERRORIS) 1000690033
24 ASAS PENGATURCARAAN PANGKALAN DATA UNTUK APPLIKASI LAMAN WEB 1000684339
25 ANDA BERKARISMA APABILA...? 1000715847
26 IN HIS OWN RIGHT – NAJIB RAZAK AND MALAYSIAN POLITICS 1001083579
27 PENJAJAHAN JEPUN 1000552608
28 MEMBINA PERSONALITI TERBILANG 1001138868
29 12 STRATEGI ELAK BISNES GAGAL 1000775744
30 KUNCI MENJADI INDIVIDU BERKREDIBILITI – FAKTOR MENGAPA ORANG PERCAYA KEPADA KITA 1000715976
31 HOW TO GET WHAT YOU WANT AND WANT WHAT YOU HAVE 1000606711
32 GAYA HIDUP SIHAT DI USIA MENOPAUS 1001158152
33 TEKNIK TERBAIK MENDIDIK ANAK 1000743176
34 TAZKIRAH PARA PENDAKWAH 1001109019
35 INDAHNYA SAAT BERSAMA-MU – PANDUAN PRAKTIKAL QIAMULLAIL 1001088484
36 MENGENALI WALI ALLAH WALI SYAITAN 1000302960
37 SOAL JAWAB REMEH-TEMEH TENTANG NIKAH KAHWIN TAPI ANDA MALU BERTANYA 1001073957
38 ALIRAN DAKWAH DI MALAYSIA – SATU TITIK PERTEMUAN 1001142525
39 40 HADIS PALSU POPULAR 1000633891
40 PANDUAN MANDI HADAS 1000358784
41 NAMA-NAMA MUSLIM DAN MUSLIMAH (DALAM BAHASA MELAYU, INGGERIS DAN ARAB) 1000269551
42 KEFAHAMAN DAN PENDIDIKAN SEKS DALAM ISLAM 1000767341
43 MERAWAT KEHIDUPAN DENGAN ZIKIR ASMA' AL-HUSNA 1001108539
44 PENJAGAAN DAN KESIHATAN WANITA HAMIL – AWAL DARI KEHAMILAN HINGA MELAHIRKAN BAYI 1001110447
45 MENGUBAT CARA NABI 1001110832
46 PANDUAN MENDIDIK ANAK PEREMPUAN 1000400012
47 MENGURUS REKOD PERKHIDMATAN KAUNSELING 1000705346
48 SOLAT BERSAMA NABI 1001156998
49 STRES ALAM SEKITAR 1001068998
50 ALLAH ANTARA TASAWUF DENGAN AKIDAH 1001120564
51 MAHATHIR – KEPIMPINAN DAN WAWASAN DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI 1000598176
52 PENTADBIRAN MAHATHIR – PRESTASI DAN KRISIS DALAM PEMERINTAHAN 1000368481
53 SIRI PEKA MEDIK – PEMAKANAN DAN PENYAKIT KEKURANGAN ZAT 1001049076
54 SIRI PEKA MEDIK – PENYAKIT BERJANGKIT 1001131962
55 SIRI PEKA MEDIK – PENYAKIT GENETIK 1001131934
56 SIRI PEKA MEDIK – KANSER 1001049700
57 SIRI PEKA MEDIK – PENYAKIT AUTOIMUN 1001049088
58 SIRI PEKA MEDIK – PENYAKIT MENTAL 1001131953
59 JATUHNYA SEBUAH TAMADUN – MENYINGKAP SEJARAH KEGEMILANGAN DAN KEHANCURAN EMPAYAR KHALIFAH ISLAM 1001101775
60 RAHSIA BISNES ORANG KOREA 1000662550
61 365 HARI DALAM SEJARAH 1001008830
62 TRAVELOG MINDA TAJDID – CATATAN PERJALANAN DARI TANAH BARAT 1000777267
63 SIRIH PULANG KE GAGANG 1000526585
64 KAEDAH MENGHASILKAN UBAT TRADISIONAL 1000617136
65 ASAS PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 1000708903
66 HUMAN CAPITAL MANAGEMENT – LOCAL & FOREIGN PERSPECTIVES 1001084290
67 DOA-DOA MASYHUR 1000527011
68 HIKMAH QIYAMULLAIL DI KESEPIAN MALAM 1000743410
69 KOKO DAN COKLAT – SUMBER, PEMPROSESAN, NILAI PEMAKANAN 1000703095
70 AL-QURAN MENGAJAR MENCARI REZEKI YANG HALAL DAN BERKAT 1000767581
71 40 PENYEBAB GANGGUAN SYAITAN DI RUMAH 1001027573
72 IDEA BISNES KREATIF 1000561642
73 FAHAMI BACAAN DOA SOLATMU – ASAS KHUSYUK KETIKA SOLAT 1000550682
74 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA – KONSEP, ISU DAN PELAKSANAAN 1000736803
75 KUASA SUKSES – LEDAKKAN POTENSI DIRI DENGAN KUASA SEHEBAT NUKLEAR 1000550345
76 KENANGAN-KENANGAN ABDULLAH MUNSYI 1001096185
77 PENGURUSAN IMEJ 1001047031
78 PUNCA DAN RAWATAN KECELARUAN TINGKAH LAKU 1000380674
79 REVOLUSI IQ. EQ. SQ 1001033108
80 TEGAHAN PENGURUSAN HARTA – KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA SYARIAT ISLAM DENGAN UNDANG-UNDANG SIVIL 1000357709
81 ZAMAN PERANG SALIB 1001124493
82 BEKALAN ANDA KE TAHAH SUCI – PANDUAN IBADAT HAJI, 'UMRAH DAN ZIARAH 1000260109
83 TELEFON BIMBIT – KESAN POSOTIF DAN NEGATIF MENURUT SAINS DAN SYARAK 1000605041
84 AQAD HUTANG PIUTANG MENURUT SYARIAT ISLAM DAN UNDANG-UNDANG SIVIL 1001130172
85 TRUMP – THINK BIG AND KICK ASS 1000644419
86 FATWA KEMUSYKILAN SOLAT - MENJAWAB PELBAGAI PERMASALAHAN SOLAT 1001155834
87 MENGURUS PASUKAN KERJA PRESTASI TINGGI 1000369863
88 38 LANGKAH MEMBINA PERIBADI HEBAT 1001041277
89 BANGKITLAH SAHABAT 1000539903
90 HEI KAWAN, JANGAN PATAH SEMANGAT! 1001128339
91 AKU TAK NAK MISKIN – MAIFESTO MELAYU UNTUK MERDEKA 1001023711
92 RAHSIA DIET – SIHAT SEPANJANG USIA 1001155423
93 PANDUAN MENGGUNAKAN TEORI MOTIVASI DI TEMPAT KERJA 1001051533
94 SETITIK AIR MATA SEJUTA MAKNA – KISAH TANGISAN PARA NABI, SAHABAT DAN GOLONGAN SALIHIN TERDAHULU 1000605031
95 MENANGANI ISU DALAM MASYARAKAT – MASALAH SOSIAL REMAJA 1000531240
96 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 1000684059
97 PENGURUSAN 1000707541
98 SUNNAH-SUNNAH RASULULLAH DARI KUPASAN HADIS – MAKANAN, MINUMAN, HAIWAN BURUAN, SEMBELIHAN, KORBAN 1000064952
99 ASAS PENGURUSAN OPERASI – EDISI KEDUA 1000738437
100 EVOLUSI ELLY – DARIPADA REMPIT KEPADA JUARA 1001132627
101 SENI DALAM ISLAM 1000633868
102 SEJARAH KITA ACUAN KITA – NEGERI-NEGERI DI TANAH MELAYU 1000547906
103 KEMAHIRAN ASAS BAGI TINDAKAN AWALAN … KESINAMBUNGAN HAYAT TERJAMIN 1001008666
104 SIRI DIRGAHAYU NEGARAKU – PERJUANGAN DAN PERTAHANAN 1000597639
105 SIRI DIRGAHAYU NEGARAKU – MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA 1000597620
106 SIRI DIRGAHAYU NEGARAKU – PERJALANAN MENUJU KEMERDEKAAN 1000597600
107 SIRI DIRGAHAYU NEGARAKU – PERKEMBANGAN EKONOMI DI MALAYSIA 1000597608
108 FORM CAT STEVENS TO YUSUF ISLAM 1000531798
109 IMAM MUSLIM – KELAHIRAN, PERJALANAN HIDUP, PARA GURU, KITAN SAHIH MUSLIM, KAEDAH IMAM MUSLIM DALAM ILMU MATAN 1000547747
110 DARI WANITA UNTUK WANITA – SOALJAWAB YANG LENGKAP TENTANG MASALAH GINEKOLOGI DAN KESIHATAN WANITA 1001132755
111 MENGAPA ROTAN TIDAK BERKESAN 1000380691
112 52 SEBAB ANAK LARI DARI RUMAH 1000527053
113 PANTANG LARANG ORANG MELAYU TRADISIONAL 1000165536
114 AL-FIQH AL-WADHIH FIQAH LENGKAP – JILID 2 1000590422
115 LAKUKANNYA SEKARANG – AGAR ANDA SELALU BERUNTUNG DI SETIAP KESEMPATAN 1000533580
116 PENTERJEMAHAN KATA TUGAS DALAM BAHASA ARAB-MELAYU 2000012888
117 PERANG KHANDAQ – DENDAM TENTERA AHZAB 1000555009
118 PERANG BADAR – PERANG PENENTUAN 1000525058
119 KOLEKSI KHUTBAH JUMAAT 1001125623
120 SENJATA RAHSIA ORANG MUKMIN – DOA, PENAWAR, ZIKIR 1000729270
121 KEMUSYKILAN KAHWIN – MENJAWAB SEGALA PERSOALAN PERKAHWINAN 1001142981
122 PEMAKANAN DAN PENILAIAN KESIHATAN WARGA TUA 1001043909
123 RAHSIA BISNES MLM DI INTERNET 1001068331
124 PENYAKIT-PENYAKIT YANG SUKAR DIKESAN 1000127255
125 A COMPREHENSIVE PRAYER FORMULA – FULLY ILLUSTRATED GUIDE 1000558459
126 55 SILAP MATA MUDAH 1001035975
127 55 SILAP MATA MUDAH 1001035977
128 AJARAN SESAT – MENGENALI JALAN YANG TERPESONG 1001023420
129 HEBATNYA ZAKAT – MEMBERI TANPA DIMINTA 1000554847
130 JANGAN PUTUS ASA TERUS BERJUANG 1000533574
131 MISTERI DUNIA – RAHSIA DI SEBALIK RAHSIA 1001092857
132 NILAI TERAS – ORGANISASI PESAING SEJAGAT 1000589346
133 ADAPTASI PEMENTORAN DALAM ORGANISASI 1001102652
134 SESUATU YANG ANDA INGIN TAHU TENTANG PENYAKIT MASA KINI 1001128535
135 MEMBIMBING ANAK BELAJAR MENGIKUT STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN YANG TEPAT DAN BERKESAN 1001124422
136 KEGIGIHAN KUNCI KEJAYAAN 1001070039
137 MENINGKATKAN MOTIVASI DIRI DEMI KEJAYAAN 1001124445
138 SEJARAH KEKERAMATAN 99 WALI ALLAH S.W.T 1000744346
139 MENCONTOHI QUNUT WITIR NABI S.A.W 1000545153
140 MASALAH DALAM PERUNDANGAN HUKUM SYARAK 1000773853
141 PANDUAN UNTUK PENGURUS & SETIAUSAHA 1000707384
142 PANDUAN DAN ASAS UNTUK MESYUARAT BERKESAN 100102452
143 PERANG-PERANG YANG BENAR – BADAR, HUD, KHANDAQ, KHAIBAR 1000535818
144 AYAT-AYAT LARANGAN 1001130188
145 SIRAH DAN RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW 1001100875
146 KHAZANAH HERBA – KOLEKSI PERUBATAN TRADISIONAL YANG HEBAT DAN PETUA ORANG TUA-TUA 1000369572
147 KENANGAN-KENANGAN ABDULLAH MUNSYI 1001126346
148 KERENAH ORGANISASI – MENGAGUMI PEKERJA FAKTOR UTAMA PRODUKTIVITI 1001153573
149 KONSEP ASAS PENGURUSAN SUMBER MANUSIA – PENGGUNAAN KONSEP 1000728074
150 PENGURUSAN ORGANISASI KERJA 1000753917
151 KECELAKAAN ORGANISASI – SATU REFLEKSI KRITIKAL TENTANG KEPIMPINANAN DAN PENGURUSAN 1001137819
152 PENGURUSAN STRATEGIK 1000381604
153 PENGURUSAN KONTAK – ARAHAN PERUBAHAN, BAYARAN INTERIM DAN AKAUN AKHIR 1001073673
154 AGENDA YAHUDI MENAKLUK DUNIA- RAHSIA DI SEBALIK RAHSIA 1000525200
155 SYARAH AL-HIKAM BIMBINGAN MENJADI WALI ALLAH 1001109158
156 SUPAYA POKET TIDAK KOSONG LAGI 1000598326
157 AYAT-AYAT SURUHAN 1001130288
158 AT-TANWIR SYARAH SAHIH MUSLIM – 2 1000568710
159 GUBAHAN HANTARAN 1000318444
160 HADIAH COMEL YANG MENAWAN – REKAAN MUNGIL BUAT INSAN YANG TERSAYANG 1001156029
161 PANDUAN PENJAGAAN IKAN HIASAN DAN AKUARIUM 1001156237
162 SENI KREATIF DARI BAHAN KERTAS – REKAAN UNIK DAN MENARIK DARI KERTAS TERBUANG 1001157314
163 ANEKA KUIH KEGEMARAN RESIPI ADUNAN YIS 1001155396
164 SULAMAN BULLION – SENI SULAMAN YANG PENUH KEINDAHAN 1001128077
165 KOMPILASI MASAKAN MAKANAN LAUT 1001142683
166 KOMPILASI RESEPI BUAH-BUAHAN 1001138869
167 VARIASI SENI QUILT – SENI JAHITAN TAMPAL CANTUM KAIN PERCA 1000729481
168 HEALING JEWELRY – USING GEMSTONES FOR HEALTH & WELL-BEING 1001142205
169 MAKAN – INTRODUCTION TO MODERN MALAYSIAN FOOD 1001131302
170 50 AYAM 1000773915
171 SALADS – A PRIMA MINI RECIPE BOOK 10007733946
172 GAYA TERKINI BUSANA MUSLIMAH 1001155952
173 BERSIRA 1000773940
174 ANEKA KUIH KERING – RESIPI PILIHAN YANG LAZAT 1001155282
175 BUBUR DAN PENGAT 1001138823
176 FESYEN BERTUDUNG UNIK DAN KREATIF 1001007019
177 VARIASI AKSESORI KRISTAL DAN MUTIARA 1001081046
178 TANAMAN SAYUR-SAYURAN DAN 19 REKABENTUK MENARIK 1000548751
179 TANAMAN LANDSKAP POKOK RENEK 1001099498
180 MASAKAN MINANG 1001143997
181 GUBAHAN PENGANTIN 1001144036
182 HIASAN DAPUR YANG MENARIK 1001155836
183 HIAS LAMAN 1001158774
184 SERI GAYA DAN TEMA KONTEMPORARI 1001048664
185 SERI RUANG MAKAN YANG MENAWAN 1001047184
186 SERI PENAMPILAN KEDIAMAN YANG SIHAT 1001138770
187 SERI HIASAN BILIK TIDUR 1001047192
188 SERI HIASAN DALAMAN YANG BERGAYA 1001047211
189 CREATIVE NATURE CRAFTS – USING NATURE'S BOUNTY TO CREATE BEAUTIFUL GIFTS AND DECORATIONS 1000695384
190 ENCYCLOPEDIA OF KNOWLEDGE 1000656472
191 OF FIRE AND NIGHT 1000644120
192 THE COLOR PURPLE 1000580858
193 THE FELLOWSHIP OF THE RING 1000611030
194 HONOUR AMONG THIEVES 1001072799
195 COLD PARADISE 1000280619
196 A THOUSAND ACRES 1000676450
197 HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS 1001158316
198 HEARTS AND MINDS 1000814403
199 DREAM MAN 1000388266
200 BIG THE BAD WOLF 1000275539
201 A DEATH IN VIENNA 1000275685
202 A MOTHERS TEARS 1000626393
203 REBECCA OF SUNNYBROOK FARM 1001136419
204 REBECCA OF SUNNYBROOK FARM 1001136418
205 MAGICIAN'S GAMBIT 1000644032
206 THE BROKER 1000644164
207 FIRST LADY 1001157792
208 TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK 1000164368
209 OMBAK CINTA 1001049417
210 AIR MATA KASIH 2 1001065929
211 KAU KESAYANGANKU 1000526276
212 TIADA YANG KEDUA 1000111730
213 BADAI KASIH 1000403321
214 BIARKAN IA PERGI 1001114925
215 YANG TAK TERLUAH 1001071460
216 AKU KAN NOVELIS 1000631238
217 BISIKAN SYURGA 1000578613
218 SARAH DAN BUNGA MAWAR 1001092370
219 INDAHNYA KASIH 1001156132
220 USIKAN RINDU 1001050552
221 SEDETIK CINTA 1000758360
222 BUKAN CINTA BIASA 1001100069
223 RINDU TAK TERUCAP 1001127419
224 CAHAYA DI HUJUNG NYAWA 1001083953
225 PERCAYALAH 1001102014
226 SEHARUM KASIH 1001158194
227 SAAT CINTA KEMBALI 1000622832
228 KHILAF KASIH 1001155117
229 AKU CINTA DIA 1000628281
230 KEMBALIKAN CINTAKU 1001098430
231 BUKAN TERLARANG 1001041229
232 YANG TERCINTA 1000692487
233 BUATMU KEKASIH 1000393134
234 SAYANGKU ALEEYA 1000375311
235 RAHSIA PERINDU 1001156613
236 CINTA DATANG LAGI 1000582977
237 EPILOG CINTA 1001138547
238 KETIKA CINTA BERTASBIH 1001014729
239 AURA CINTA 1001156610
240 CANDELIER CINTAKU 1000605270
241 CINTA JANGAN SEMBUNYI 1000772503
242 KALAU ADA JODOH 1001113637
243 HANYA SEBATAS INI 1000613849
244 KALUNG 1001156154
245 KUUTUS RINDU 1001011208
246 KAMASUTRA 1000705323
247 KIRANYA KAU BERBOHONG 1000708926
248 PESONA RINDU 1001138590
249 TOMBIRUO 'PENUNGGU RIMBA' 1001155161
250 MULANYA DI SINI 1001113025
251 RIA QISTINA 1000729199
252 HIJAB SANG PENCINTA 1001011856
253 TIADA BATASAN SAYANG 1000577558
254 KAU YANG TERCINTA 1000387559
255 MAAFKAN KU SAYANG 1001156255
256 ILHAM HATI 1001092479
257 INTERLOK 1000622030
258 DAMAI KASIHKU 1001156399
259 AIR MATA KASIH 1000684948
260 SESUCI CINTA 1000165499
261 ADA CINTA 1001088350
262 IZINKAN AKU PERGI 1000705627
263 KUBURKANLAH KASIHMU 1000684117
264 MENJEJAK MEMORI 1001113066
265 KASIH INI MILIK KITA 1000626726
266 CINTA SEJATI 1000614462
267 KAU USIR LARA INI 1001072152
268 MY LIBRARY OF DELIGHTFUL FAIRY TALES 1000562381
269 A STORY A DAY 1000785598
270 MUSANG DENGAN PELADANG 1000582022
271 MARI BERCERITA – KOLEKSI MARI BERCERITA MAJALAH PA & MA 1001070469
272 KENDI GERGASI 1000292699
273 RUBAH DENGAN BUAH ANGGUR DAN CERITA-CERITA LAIN 1000562466
274 PAKAIAN BARU MAHARAJA 1000625084
275 RAJA MIDAS DAN SENTUHAN EMAS 1000625251
276 PUTERI SALJI PUTIH DENGAN TUJUH ORANG KERDIL 1000625258
277 PUTERA KATAK 1000625221
278 PUTERI DAN SEBUTIR KACANG PIS 1000625201
279 PERIUK BUBUR AJAIB 1000625180

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia