MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, December 30, 2011

Statistik Pengunjung Ke Perpustakaan Anjung Ilmu

Berikut adalah statistik pengunjung ke Perpustakaan Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya untuk Bulan Disember 2011.

  • Bil. Pengunjung               = 248 orang
  • Bil. Bahan Dipinjam        = 22 buah
  • Bil. Bahan Dipulangkan   = 9 buah 
  • Bil. Bahan Dirujuk          = 47 buah
  • Bil. Pengguna Internet     = 12 orang 
  • Pertanyaan Rujukan        = 18 orang

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, December 28, 2011

PENGUMUMAN MASA PEMBUKAAN PERPUSTAKAAN ANJUNG ILMU

MEMO MAKLUMAN


Adalah dimaklumkan bermula pada 1 Januari 2012, Perpustakaan Anjung Ilmu JBPM akan mula beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang... Waktu rehat untuk hari biasa akan beroperasi sama seperti sebelumnya.

Sekian, terima kasih.
 

Continue Reading
No comments
Share:

Serah Borang SBPA Dilanjut Ke 15 Januari 2012


PUTRAJAYA : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju supaya tarikh akhir menyerahkan borang opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dilanjutkan kepada 15 Januari ini bagi memberi lebih masa kepada kakitangan yang berkaitan.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) JPA, Datuk Dr Ismail Alias, berkata tarikh akhir untuk penyerahan borang opsyen bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun kekal pada Sabtu depan.
Perkara itu adalah antara persetujuan bersama antara JPA dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam perbincangan kedua-dua pihak berkaitan pelaksanaan SBPA di sini semalam.

Pada masa sama, Ismail mengesahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, sendiri akan mengadakan satu taklimat khusus berkaitan SBPA dan penyelarasan gaji kepada wakil CUEPACS dan semua jabatan pada minggu depan.

“Kita akan meneruskan SBPA dan sebenarnya CUEPACS tidak menolak SBPA. Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, tempoh opsyen (lanjutan) umur persaraan kepada 60 tahun tetap (berakhir) pada 31 Disember kerana ia membabitkan banyak isu perundangan.

“Bagi opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak (31 Disember ini), JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Januari depan,” katanya kepada pemberita ketika sidang media bersama Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, di Ibu Pejabat JPA, di sini, semalam.
Rundingan lebih tiga jam itu diadakan berikutan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin, supaya JPA dan CUEPACS segera duduk semeja bagi menyelesaikan semua isu berbangkit berhubung SBPA, sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun depan.

Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan lama.

Dalam pada itu, Ismail juga mengesahkan JPA dan CUEPACS menetapkan tiga bulan untuk menyelesaikan isu pelarasan gaji anggota keselamatan Gred 17 supaya mereka dapat menikmati kadar upah sama dengan kakitangan kerajaan berkhidmat di bahagian pentadbiran bergred itu.

Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS dan JPA juga secara dasarnya bersetuju dengan pelaksanaan SBPA dan akan bersama-sama menyelesaikan lima isu dibangkitkan sebelum ini termasuk dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Katanya, JPA juga meminta penjawat awam yang sudah menandatangani surat tawaran opsyen SBPA supaya tidak bimbang kerana seorang wakil CUEPACS akan dilantik selaku pemerhati dalam pelaksanaan dasar pemisah atau pelaksanaan tindakan tatatertib.

Beliau juga berkata, ketua jabatan dan agensi tidak berkuasa memecat kakitangan bawahan sesuka hati dan hanya JPA boleh berbuat demikian.

“JPA juga bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan ‘exit policy’ daripada enam bulan kepada setahun bagi membolehkan penjawat awam meningkatkan prestasi kerja dan tahap produktiviti mereka.

“Sekiranya produktiviti mereka tidak bagus, barulah JPA akan menasihatkan penjawat awam berkenaan supaya berhenti cara 'baik' sebelum tindakan ‘exit policy’ diambil, sekali gus memudahkan mereka mencari rezeki di tempat lain dan boleh menikmati kemudahan pencen seperti pesara kerajaan lain,”katanya. - BERNAMA

Continue Reading
No comments
Share:

Sunday, December 25, 2011

Selamat Hari Krismas

Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, JBPM ingin mengucapkan Selamat hari Krismas kepada rakan-rakan yang beragama Kristian dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012...

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, December 20, 2011

Fakta Menarik Yang Anda Mungkin Tidak Tahu


  • Secara purata seorang manusia mampu hidup tanpa air sehingga hari ke 11.
  • Pada tahun 1800, hanya terdapat 50 buah bandar di dunia yang mempunyai populasi melebihi 100,000 orang.
  • Selain Napoleon yang diketahui mempunyai sifat fobia kepada kucing, turut mengalami masalah yang sama adalah Raja Henry III dari Perancis dan Louis XVI dari Perancis.
  • Kumbang adalah lebih kalis racun pada sebelah pagi berbanding sebelah malam.
  • Pokok koko adalah pokok yang paling banyak dihuni oleh serangga di hutan.
  • Pada tahun 1221, anak perempuan kepada Genghis Khan telah mengarahkan agar keseluruhan populasi yang berada di bandar Nishapur (kira-kira 60,000 orang) dibunuh dalam tempoh sejam. Arahan itu dibuat sejurus suaminya dibunuh.
  • Lebih banyak besi digunakan di Amerika Syarikat untuk membuat penutup botol daripada penggunaannya sebagai bahan badan automobil.
  • Sebelum tahun 1850, bola-bola golf diperbuat daripada kulit dan diisi dengan bulu-bulu.
  • Jam-jam yang diperbuat sebelum tahun 1687 hanya mempunyai satu tangan sahaja iaitu yang menunjukkan ke arah jam.
  • Monaco adalah sebesar 370 ekar sahaja.
  • Dalam tulisan Cina, terdapat kira-kira 40,000 karaktor yang berbeza.
  • Negeri di Amerika Syarikat yang mempunyai peratusan pekerja yang berjalan kaki ke tempat kerja paling tinggi ialah di Alaska.
  • Bandaraya yang mempunyai kapita kereta Rolls Royce paling tinggi di dunia ialah Hong Kong.
  • Alatan muzik 'bagpipe' pada asalnya diperbuat daripada keseluruhan kulit kambing biri-biri yang telah mati.
  • Penghalau nyamuk bukannya berfungsi menghalau nyamuk sebaliknya ia menghalang kuasa mengesan nyamuk jadi ia tidak mengetahui di mana mangsanya berada.
  • Gas metana selalu boleh dilihat dalam keadaan berbuih-buih dari dasar sebuah kolam kerana ia boleh terhasil dari dikomposisi haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang telah mati dalam lumpur.

Continue Reading
No comments
Share:

PENGUMUMAN PENTING BAGI WARGA JBPM !!!

PERPUSTAKAAN ANJUNG ILMU AKAN DITUTUP PADA ESOK BERIKUTAN CAWANGAN SUMBER MANUSIA AKAN MENGADAKAN SESI URUSAN TEMUDUGA KENAIKAN PANGKAT PENGUASA BOMBA KB 44 KE PENGUASA BOMBA KB 48 DENGAN BERTUJUAN MENJADIKAN PERPUSTAKAAN ANJUNG ILMU SEBAGAI TEMPAT MENUNGGU BAGI CALON DAN URUSAN UJIAN INDEKS JISIM BADAN (BMI) PADA TARIKH DAN MASA SEPERTI BERIKUT :-

TARIKH : 21-23 DISEMBER 2011

MASA     : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

 

Continue Reading
No comments
Share:

Hospital Mansuh Caj RM1 - Warga Tua 60 Tahun Ke Atas Tidak Perlu Bayar Ketika Pendaftaran


KOTA BHARU -  Mulai 1 Januari ini, Kementerian Kesihatan akan melaksanakan pengecualian caj pendaftaran pesakit sebanyak RM1 kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas, di Jabatan Pesakit Luar Am, semua hospital atau klinik kerajaan. 

Setiausaha Bahagian Kewangan kementerian, Wong Foong Lai, berkata pelaksanaan itu bagi merealisasikan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang diumumkan dalam Bajet 2012 bertujuan menghargai jasa warga emas menikmati kemudahan awam terutama perkhidmatan kesihatan. 

“Semua hospital dan klinik kerajaan dikehendaki melaksanakan pengecualian caj pendaftaran itu, sebagaimana ditetapkan mengikut Jadual A, Bahagian 1, Perintah Fi (Perubatan) 1982 kepada semua warga berusia 60 tahun ke atas,” katanya dalam Pekeliling Bahagian Kewangan, Bilangan 4 tahun 2011, yang dikeluarkan dalam laman sesawang kementerian, semalam.

Ketika membentangkan belanjawan bertemakan ‘Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara’ baru-baru ini, Najib mengumumkan, semua warga berumur 60 tahun ke atas tidak perlu lagi membayar caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan.

Foong Lai berkata, bagi membolehkan pesakit menikmati pengecualian itu, mereka perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri iaitu MyKad bagi membolehkan pihak klinik atau hospital terbabit membuat pengesahan.

“Bagi membolehkan pesakit terbabit mendapatkan perkhidmatan itu nanti, mereka perlu mengemukakan MyKad bagi membuat pengesahan kewarganegaraan dan umur berdasarkan tarikh lahir pesakit,” katanya. 

Sementara itu, kementerian mengumumkan 60 klinik kesihatan melaksanakan waktu bekerja selepas waktu pejabat di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Kenyataan itu berkata, rakyat menyambut baik perkhidmatan yang mula dilaksanakan sejak 2008 itu, menyaksikan perkhidmatan dilanjutkan dari jam 5 petang hingga 9.30 malam setiap hari bekerja, manakala hari Sabtu daripada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Antara klinik terbabit ialah Klinik Kesihatan Kuala Perlis, Perlis; Alor Setar, Kedah; Seberang Jaya, Pulau Pinang; Taiping, Perak; Shah Alam, Selangor; Putrajaya; Masjid Tanah, Melaka; Seremban, Negeri Sembilan dan Batu Pahat, Johor.

Turut dilanjut masa rawatan Klinik Kesihatan Kuantan, Pahang; Kuala Terengganu, Terengganu; Bandar Kota Bharu, Kelantan; Miri, Sarawak dan Lahat Datu, Sabah. - BERNAMA

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, December 16, 2011

Info Keselamatan - Ragut Dan Penyeluk Saku

 
di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:
  • Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
  • Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.
bagaimana ia boleh belaku:
  • Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai. 
  • Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. 
  • Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. 
  • Meninggalkan beg-beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk membeli-belah. 
  • Menyimpan beg duit di kocek-kocek belakang yang tidak berbutang.


langkah-langkah keselamatan dari ragut:
  • Sentiasa membawa wang secara minima. 
  • Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah. 
  • Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret. 
  • Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif. 
  • Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai. 
  • Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan. 
  • Elakkan dari memakai barang-barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah. 
  • Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya. 
  • Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.
Sumber dari : 
PDRM

Continue Reading
No comments
Share:

Selingan Gurauan : Tajamkan Penglihatan Anda !!!


Di dalam gambar ini terdapat wajah manusia tersembunyi di sebalik semak, dapatkah anda mencarinya? Sekiranya anda dapat mencari wajah manusia, maka mata anda adalah baik, jika tidak anda perlu berjumpa dengan doktor mata untuk memeriksa keadaan mata anda... Dapatkah anda mencari wajah tersembunyi?

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, December 15, 2011

Awas!!! Borang Palsu BR1M - Jangan Terpedaya !!!

Salam 1Malaysia...
Kami ingin menasihati anda semua bahawa JANGAN mengambil borang BR1M yang palsu kerana borang yang asli tidak meminta salinan penyata atau buku bank dan juga tidak meminta nombor akaun bank. Harap maklum dan anda diminta untuk menghebahkan kepada keluarga dan rakan-rakan....

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, December 13, 2011

Biodata Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah



Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011).

 

 

  

BIOGRAFI

Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.
Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam. Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.

YANG DI-PERTUAN AGONG

Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.
Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.  

Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu. Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.
 
Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011. Maka, sekiranya masih dalam kesihatan yang baik pada 13 Disember 2011, baginda bakal menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong dua kali dan yang tertua ditabalkan (84 tahun). Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum ini ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.

KELUARGA DIRAJA

Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi :
  1. Pada 1956 - Tuanku Hajjah Bahiyah, puteri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan
  2. Pada 1975 - Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.
Baginda memiliki tiga puteri. Dua yang tertua merupakan kembar, Tunku Soraya dan Tunku Sarina. Seorang lagi ialah Tunku Intan Safinaz. Baginda memiliki lima cucu.
Baginda pernah berkahwin pada awal remaja Baginda pada sekitar 1945 bersama orang kebanyakan dan berpisah semasa Baginda melanjutkan pelajaran Baginda ke England. Hasil dari perkahwinan ini telah dikurniakan seorang seorang Puteri. Raja Muda Kedah kini ialah Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah, adinda baginda.

Continue Reading
No comments
Share:

Tuanku Abdul Halim Lafaz Sumpah Yang Di-Pertuan Agong Ke-14





KUALA LUMPUR: Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah pada Selasa melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini. Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama ialah dari 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975 semasa berusia 43 tahun.


Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Okt lepas untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa hari ini, bagi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 semalam.

Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara Merdeka pada 31 Ogos, 1957. Istiadat hari ini merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 Nov lepas.

Upacara bermula pada 11.15 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri. Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim, yang memakai pakaian diRaja Kedah yang dikenali sebagai 'Sikap' yang terdiri daripada jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tenggolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.

Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja. Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menjadi saksi. - BERNAMA

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, December 12, 2011

Biodata Sultan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah



Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (22 Januari 1962 - ) adalah Sultan Terengganu yang ke-16. Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011.








KEHIDUPAN DAN PENDIDIKAN AWAL

Baginda telah dilahirkan pada 22 Januari, 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di luar negara di pusat pendidikan berprestij iaitu Geelong Grammar School di Geelong, Australia. Pada tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di Universiti Antarabangsa Amerika Syarikat-Eropah (kini dikenali sebagai Universiti Antarabangsa Alliant) di London, baginda memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang pengkhususan Hubungan Antarabangsa pada 9 Jun 1988.

Baginda telah melibatkan diri dengan kursus ketenteraan PRE SMC (E) 33 di Army School of Languages daripada 2 November 1982 hingga 31 Mei 1983, dan kemudiannya menghadiri kursus ketenteraan SMC 33 di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst di England daripada 3 Mei 1983, menghabiskan kursus Pegawai Kadet pada 9 Disember 1983. Baginda telah dikomisyenkan pangkat Leftenen pada 1 Mac 1984 dan telah memberikan khidmatnya di Askar Berkuda DiRaja.

PEMERINTAHAN TERENGGANU

Baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda bagi Negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979, dan kemudiannya di lantik sebagai Pemangku Raja pada 20 Jun 1986 dan kali keduanya dari 20 Oktober hingga 8 November 1990.
Pada 28 Mac 1996, baginda telah diijabkabulkan dengan Sultanah Nur Zahirah. Istiadat Perkahwinan Diraja ini telah dilangsungkan di Istana Maziah, Kuala Terengganu.
Pada 15 Mei 1998, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya.

TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Tuanku Mizan telah dilantik secara rasminya sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 26 April 1999 selepas Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-11 oleh Majlis Raja-Raja. Namun, selepas kemangkatan Sultan Salahuddin, Tuanku Mizan telah dilantik menjadi YDPA pada 21 November 2001.
Namun atas dasar kerjasama dan permuafakatan Majlis Raja-Raja Melayu, Tuanku Mizan bersetuju untuk kembali menduduki kerusi Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2001 selepas Persidangan Majlis Raja-Raja sebulat suara melantik Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis sebagai YDPA yang ke-12.

Tuanku Mizan pertama kali dilantik sebagai Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari tahun (2001–2006).

YANG DI-PERTUAN AGONG

Pada 3 November 2006, Tuanku Mizan telah dipilih untuk menduduki takhta Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja Melayu sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 selama 5 tahun, bermula 13 Disember 2006 dan dijangka berakhir pada 13 Disember 2011. Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu pada ketika itu dipengerusikan oleh Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah yang juga merangkap sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Tuanku Mizan sebenarnya telah diletakkan sebagai orang keempat dalam Kitaran Sembilan Raja-Raja Melayu yang ke-2 yang secara lazimnya pemilihan Yang di-Pertuan Agong adalah mengikut hukum kitaran ini. Namun, pemilihan Raja-Raja lain dalam negeri-negeri Melayu untuk menjawat jawatan tertinggi di Malaysia Yang di-Pertuan Agong masih boleh diperbincangkan. Mengikut hukum kitaran, setiap Raja-Raja Melayu yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong hanya boleh memerintah Malaysia selama 5 tahun, dan inilah membuatkan Malaysia sebagai sebuah negara mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan yang unik.

Pada 26 April 2007, Tuanku Mizan secara rasminya ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong. Tuanku Mizan, yang berusia 44 tahun ketika ditabalkan, ialah Yang di-Pertuan Agong yang ketiga termuda yang dilantik selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis dan Tuanku Abdul Halim sebagai Sultan Kedah yang kedua-duanya mula dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada umur 40 dan 43. Tuanku Mizan ialah Raja Melayu pertama yang dilahirkan selepas Hari Kemerdekaan Malaysia yang jatuh pada 31 Ogos 1957.
 
Sebagai Ketua Negara Malaysia, Tuanku Mizan banyak mengadakan majlis rasmi dan lawatan kerja. Antaranya, baginda telah bersemuka dengan Presiden China, Hu Jintao ketika Sukan Olimpik 2008, mengadakan lawatan ke Pusat Kajian Saintifik Antartika  dan menghadiri Perkahwinan Diraja Putera William dan Kate Middleton di London, England.
Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011.

Demi meraikan berakhirnya pemerintahan baginda, Tuanku Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Tuanku Nur Zahirah berkenan untuk berangkat menghadiri majlis santapan menjunjung kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13, di Istana Negara pada 10 Disember 2011. Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Dr Rais Yatim selaku Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Acara Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 bersama isteri masing-masing. Turut hadir bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta isteri Tun Jeanne Abdullah.
Istiadat Keberangkatan Balik Tuanku Mizan dari Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur ke Istana Maziah, Kuala Terengganu juga disiarkan secara lintas langsung di RTM 1 pada 12 Disember 2011.

SUKAN DAN HOBI

Baginda sememangnya meminati sukan berkuda dari dulu lagi dan baginda sendiri telah mangadakan pertandingan berkuda tahunan di Malaysia dan pertandingan itu di sertai oleh pelbagai atlet berkuda dari segenap pelusuk negara terutamanya dari negara-negara Eropah. Baginda sememangnya meminati sukan berkuda dan menyukai makanan barat kerana baginda amat menitik beratkan soal pemakanan baginda.

PEMBEDAHAN LUTUT

Baginda telah mengalami kecederaan di lutut dan terpaksa menggunakan tongkat semasa Istiadat pemakaman Sultan Iskandar Johor pada 23 Januari 2010. Pada 24 Januari 2010, baginda berangkat ke Munich, Jerman bagi menjalani rawatan fisioterapi di Medical Park, St Hubertus, Bad Wiessee. Rawatan pakar diketuai Prof Andreas B.Imhoff. Pegawai pengiring baginda ialah pakar perubatan Hospital Putrajaya, pakar ortopedik Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur serta seorang pakar perubatan sukan. 

Sepanjang tempoh keberangkatan Baginda, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Sultan Kedah akan menjalankan tugas-tugas rasmi Yang di-Pertuan Agong.

 


 


Continue Reading
No comments
Share:

Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin Ke Kuala Terengganu

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah melambaikan tangan kepada para pemimpin negara dan rakyat ketika berangkat balik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam. – BERNAMA




KUALA LUMPUR 12 Dis. – Ketibaan Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah di Dataran Parlimen sempena Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 berlangsung dengan penuh adat istiadat diraja.


Ketibaan pasangan diraja itu disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman sambil diiringi tiupan nafiri oleh 20 anggota daripada Rejimen Kedua Kor Armour Diraja.


Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah yang berpakaian rasmi kemudiannya diiringi oleh Najib dan Muhyiddin bersama isteri masing-masing ke pentas diraja dan melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti persembahan tabik Hormat Diraja oleh kawalan kehormat dan disusuli lagu Negaraku oleh Pasukan Pancaragam dari Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja yang dipimpin oleh Mejar Ahmad Muzaimi Mohd. Ali.


Pada masa sama, panji peribadi Yang di-Pertuan Agong berwarna hijau dan kuning turut dikibarkan sambil diiringi tembakan meriam sebanyak 21 das. Tuanku Mizan kemudiannya berkenan memeriksa barisan kawalan kehormat Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada 103 anggota dan pegawai yang diketuai oleh Leftenan Mohd. Nor Azizan Yahya.


Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh kemudiannya memimpin bacaan doa selamat dan disusuli tabik Hormat Diraja serta lagu Negaraku sekali lagi.


Pasangan diraja itu kemudian bersalaman dengan barisan Jemaah Menteri, ahli-ahli Parlimen, serta wakil kedutaan asing sebelum berangkat ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.


Sementara itu di kiri, kanan jalan menuju ke bangunan Parlimen, rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum berbaris panjang sambil mengibarkan bendera Malaysia untuk mengucapkan selamat berangkat balik kepada Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah. Tuanku Mizan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007.


Continue Reading
No comments
Share:

Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai Sabtu di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.

Maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500, menurut kenyataan Kementerian Kewangan. – BERNAMA

Syarat permohonan
Siapa yang layak memohon?
  • Keluarga dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
Kriteria pemohon
-Ketua Isi rumah yang merangkumi :-
  • Individu berkahwin,termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Individu(Bujang,duda,Ibu tunggal)yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara
Sila klik pada link di bawah untuk memuat turun borang :-
Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) - Page 1 
 Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) - Page 2
Talian hotline BR1M
Talian Hotline : 1-800-222-500
Untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500
9.00am hingga 5.00pm (Hari Bekerja)
E-mel: belanjawan2012@treasury.gov.my

Tarikh tutup permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 adalah pada 10 Januari 2011.



Continue Reading
No comments
Share:

Friday, December 9, 2011

3 Cara Mudah Untuk Mengurangkan Pengambilan Gula

  • Bertukarlah kepada sarapan pagi bebas gula dan mulakan hari anda dengan sempurna!
Jika sarapan pagi anda mengandungi serat manis (Kellogg’s Frosties, Coco Pops dan lain-lain) – Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk bertukar kepada sesuatu yang lebih baik untuk diri anda. Jika anda sedang menikmati makanan serat, jangan  maniskan dengan gula, susu pekat atau madu – tetapi cuba makan kekacang, atau buah kering (aprikot kering, prun, kismis, yang masih bergula, namun selalunya anda akan mengurangkannya juga). Lain-lain sarapan pagi tanpa gula yang bagus ialah telur mata (diisi dengan hirisan lada benggala merah, kuning, hijau, bawang, cendawan butang dan lain-lain), sedikit buahan segar dan secawan teh hijau – sungguh menyelerakan!


  • Cari alternatif lain untuk makanan kegemaran yang bebas gula.
Terdapat banyak produk / makanan bebas gula yang boleh anda dapati di dalam pasaran, penyelidikan melalui internet mungkin dapat membantu anda. Sebagai contoh mentega,kacang asli tanpa gula. Mentega kacang yang disukai sejak berzaman lagi mengandungi gula 
(sesetengahnya mengandungi minyak sawit). Begitu juga minuman berkarbonat. Sebagai alternatif, sedikit  penambahbaikan boleh dilakukan sekaligus membuang gula yang berlebihan.


  • Maniskan dengan Equal.
Anda lazimnya gemar menikmati kopi atau teh dengan gula, namun terdapat satu alternatif lain, contohnya Equal. Sekiranya anda dapatkan pek berasingan, anda boleh membawanya semasa makan di luar.  Anda boleh memesan minuman tanpa gula, dan memaniskannya dengan Equal. Cadangan atau pilihan di atas tidak semestinya terbaik. Minuman tersebut juga mengandungi pemanis, dan tidak bagus untuk anda apabila diambil dalam amaun yang banyak. Lama-kelamaan, apabila anda berjaya mengubah tabiat ini, anda akan dapati bahawa minuman / makanan yang anda nikmati sekarang adalah terlalu manis sedangkan sebelum ini anda rasakan ia belum cukup manis.

Continue Reading
No comments
Share:

Pengkatalogan Dan Pengkelasan Koleksi Bahan Perpustakaan

TUJUAN PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN

- Mengurus dan menyusun bahan-bahan maklumat dengan sistematik.
- Memudahkan penyimpanan dan capaian kepada bahan-bahan di dalam sebuah perpustakaan.

PENGKATALOGAN 

- Proses menyediakan rekod katalog bahan maklumat.
- Setiap rekod katalog perlu mempunyai nombor kelas, keterangan deskriptif dan tajuk perkara.

PENGKELASAN 
Satu sistem klasifikasi satu cara sistematik untuk menyusun objek, konsep dan rekod.

Tujuan :-
- Mengumpul bahan dalam susunan yang membawa makna.
- Menyediakan cara istematik bagi mencapai bahan di rak dan juga di dalam katalog atas
talian.
- Memudahkan penyusunan semula bahan selepas digunakan.
- Membuat katalog berdasarkan subjek bahan.

 
Rekod Katalog.

1.) Pengkelasan
- Nombor kelas dihasilkan menggunkan sistem-sistem pengkelasan yang dicipta.
- Nombor kelas adalah unuk bagi setiap bahan maklumat dan berfungsi sebagai alamat
kepada bahan maklumat.
- Dengan merujuk kepada nombor kelas ini, kita dapat mengetahui kedudukan bahan itu di rak perpustakaan dan dapat mencarinya dengan mudah.
- Dikenali sebagai nombor panggillan atau call number.

2.) Pengkatalog deskriptif

- Menyatakan maklumat bibliografi bahan maklumat.
- Maklumat bibliografik adalah pengarang,tajuk,edisi,penerbit,tempat & tahun terbitan,muka surat serta saiz bahan.
- 3 peralatan yang perlu digunakan bagi menyediakan maklumat deskriptif:
i) ISBN (International Standard Bibliografic Description)ii) AACR2R (Anglo-American Cataloguing Rules,Second Edition, 1988 Revision)
iii) Dublin Core (Dublin Metadata Core Element Set)

3.) Pengkatalogan tajuk perkara.

Sistem Pengekelasan (yang utama di dunia)
1. Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey / Dewey Decimal Classification (DDC).
2. Sistem Pengkelasan Perpustakaan Kongres / Library of Congress Classification (LCC)

Kawalan Autoriti
- Diperlukan bagi memastikan setiap terma, istilah ataupun frasa yang digunakan untuk nama, judul dan tajuk perkara adalah konsisten pada setiap masa.
- Konsep ataupun subjek boleh diekspresi dengan pelbagai perkataan ataupun istilah.
- Istilah yang tetap atau standard perlu ditentukan di antara kesemua istilah yang ada.
- Istilah perlu digunakan pada setiap masa kerana ia diiktiraf sebagai piawaian atau standar yang di gunapakai.
- Amat penting kerana istilah digunakan sebagai punca capaian untuk mencari maklumat.
- sekiranya tiada piawaian, pelbagai istilah digunakan akan menyebabkan maklumat tidak dapat dicapai dengan berkesan.

MARC
- Adalah piawaian yang digunakan bagi mengkodkan rekod katalog ataupun rekod bibliografi dalam bentuk elektronik.
- Kebanyakan perpustakaan di seluruh dunia menyediakan rekod katalog dengan merujuk kepada piawaian atau standart penyediaan rekod bibliografi dalam bentuk elektronik yang di panggil MARC (Marchine-Readable Cataloging Record)
- Butiran yang terdapat pada kad katalog tidak boleh dimasukkan ke dalam komputer begitu sahaja bagi menghasilkan katalog elektronik.
- Komputer memerlukan kod khas bagi membolehkan ia membaca maklumat yang di masukkan.
- Rekod MARC mengandungi kod bagi setiap butiran bibliografi.
- Peraturan-peraturan perlu diikuti nagi menghasilkan rekod elektronik yang baik.
- Diselenggara oleh Perpustakaan Kongres, Amerika Syarikat.
- Sistem automasi perpustakaan direka dengan modul yang mempunyai 1 program khusus yang membenarkan rekod MARC dimasukkan dan dibaca.
- Dengan ini katalog dapat dimasukkan, disimpan dan di capai semula pada bila-bila masa.
- Terdapat kod-kod yang bertindak sebagai arahan kepada perisian komputer. Dikenali sebagai penanda medan (field tag).

Continue Reading
No comments
Share:

Pertolongan Cemas Di Rumah


Pertolongan cemas merupakan satu aspek penting dalam sesebuah rumah tangga. Ia merujuk kepada tindakan awal atau pertama yang dilakukan dalam keadaan kecemasan. Dengan perkataan lain, ia merupakan pertolongan cemas terhadap individu tertentu yang cedera atau tidak berupaya, sementara menunggu ketibaan pegawai perubatan ataupun sebelum di hantar ke klinik atau hospital terdekat. Ia mungkin dapat membantu memperbaiki keadaan mangsa atau dapat menyelamat dan menyembuhkan kesakitan yang dialaminya. 

Walau bagaimanapun, pertolongan cemas tidak boleh dijadikan penggantian kepada penjagaan perubatan sebenar. Ia hanyalah merupakan suatu pertolongan yang dapat diberi sementara bantuan sebenar tiba.

ALAT PERTOLONGAN CEMAS
Alat pertolongan cemas perlu mengandungi beberapa peralatan yang penting untuk digunakan ketika kecemasan. Ia lazimnya mengandungi:

• Pengesat kain kasa yang steril
• Pembalut kain kasa yang steril dan gulungan kapas
• Plaster pelekat
• Pembalut kenyal
• Pembalut segi tiga
• Termometer (Jangka suhu) klinikal
• Gunting
• Penyepit dengan hujung yang tajam
• Klip atau pin keselamatan
• Ubat sapu seperti krim antigatal, losyen antiseptik dan sebagainya
• Ubat-ubatan untuk penyembuhan dalaman seperti antasid, ubat penghilang kesakitan, ubat melawan demam.

Terdapat pelbagai bahaya dan kecederaan yang mungkin berlaku di dalam sesebuah rumah sekiranya kita tidak berhati-hati seperti luka terbakar, gigitan dan sengatan serangga atau binatang berbisa, tercekik, kekejangan, tulang patah dan sebagainya.

LUKA TERBAKAR DAN MELECUR
Luka terbakar ialah kecederaan pada tisu yang disebabkan oleh suhu tinggi, bahan kimia atau sinaran. Melecur pula terjadi akibat pendedahan terhadap haba lembap seperti wap atau cecair panas.

• Alihkan atau buangkan punca kecederaan tersebut
• Tanggalkan perlahan-lahan pakaian, barang kemas, tali pinggang atau jam dari bahagian yang tercedera kecuali jika ia melekat pada kulit.
• Sejukkan bahagian yang tercedera secepat mungkin dengan merendamkannya ke dalam air sejuk selama 10 - 15 minit.
• Balut bahagian yang tercedera dengan longgar menggunakan pembalut steril atau kain nipis yang serupa dengannya.
• Jangan sapukan sebarang krim, losyen, minyak, salap, mentega atau bahan lemak pada bahagian yang tercedera.
• Jangan pecahkan lepuh yang timbul atau melakukan apa-apa di bahagian berkenaan.
• Jangan menggunakan sebarang pembalut yang melekat atau wul kapas pada luka.

PENDARAHAN
Prinsip asas pengawalan pendarahan ialah menghadkan pengaliran darah ke bahagian yang luka dengan meninggikan bahagian tersebut dan memberi tekanan ke bahagian yang terlibat.

• Tekankan semampatnya kain pembalut yang bersih dan yang boleh menyerap pada luka untuk selama 20 minit. Jika terdapat serpihan benda asing dalam luka, tekan di bahagian kelilingnya.
• Jika tiada tulang yang patah, retak atau terkehel, tinggikan bahagian tersebut sementara mengekalkan tekanan untuk mengurangkan pendarahan.
• Jika pendarahan berterusan, tekan arteri yang berdekatan dengan bahagian luka.
• Cuci bahagian sekeliling luka dengan air sejuk selama 10 - 15 minit dan lapkannya di bahagian tepi luka menggunakan pad atau kasa yang bersih. Pendarahan dari sesetengah luka kecil akan terhenti jika dibasuh dan dibalut dengan kemas.
• Tutup atau balut luka tersebut dengan segera.
• Bungkus mana-mana bahagian yang terputus dalam beg khas dan seboleh-bolehnya masukkannya ke dalam ais.
• Suntikan tetanus mungkin perlu diberi kepada mangsa.
• Jika hidung berdarah, picitkan hidung di bahagian bawah tulang hidung untuk selama 5 minit. Pastikan kepala sentiasa terdongak.
• Jangan berikan sebarang makanan atau minuman.
• Jangan sentuh atau menarik keluar objek atau benda asing yang menusuk luka kerana dikhuatiri akan menyebabkan pendarahan bila dikeluarkan.

GIGITAN DAN SENGATAN
Tanda-tanda dan gejala yang mungkin dilihat ialah bekas gigitan, bengkak dan kesan kemerahan, sakit di bahagian yang terlibat, loya dan muntah, kesukaran bernafas dan menelan, reaksi alahan seperti renjatan dan sebagainya.

• Cuci bahagian yang tercedera dengan air suam dan sabun, atau bahan antiseptik yang lembut.
• Keringkan bahagian berkenaan dengan cermat dengan mengelapkannya bermula dari bahagian luka dan ke luar.
• Jika perlu sapukan losyen Calamine untuk menghilangkan rasa gatal. Tutupkan luka berkenaan dengan pembalut yang bersih dan letakkan plaster.
• Tuamkan dengan ais untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.
• Untuk gigitan berbisa, jangan sekali-kali mencuci, memotong atau menghisap bisa dari bahagian gigitan. Sebaliknya, cuba kurangkan pengaliran darah ke bahagian tersebut.
• Elakkan dari memicit kantung racun kerana ini akan menyebarkan racun berkenaan ke bahagian lain dalam badan.

CEKIKAN
Cekikan berlaku apabila saluran udara tersekat sepenuhnya atau sebahagian sahaja disebabkan tertelan sesuatu objek atau benda. Mangsa biasanya tidak dapat bercakap, batuk atau bernafas. Tujuan utama rawatan adalah untuk melapangkan saluran udara yang tersekat.

• Minta mangsa batuk dengan kuat untuk mengeluarkan objek yang tersekat.
• Jika objek berkenaan dapat dilihat dan mungkin boleh dikeluarkan, cuba keluarkannya dengan menggunakan jari yang bersih.
• Jika mangsa tidak dapat bercakap, batuk atau bernafas, cuba gunakan teknik tepukan belakang. Tepuk belakang mangsa menggunakan tapak tangan dengan 3 atau 4 tepukan yang padu di bahagian antara tulang kipas mangsa.
• Jika mangsa merupakan kanak-kanak kecil, tonggengkannya semasa memberi tepukan.
• Untuk kanak-kanak yang lebih dewasa, semasa memberikan tepukan, sokongkan kepalanya dengan peha dan biarkan mukanya tertunduk ke bawah. Lonjakan abdomen merupakan satu lagi kaedah yang boleh digunakan untuk merawat cekikan.
• Berdiri di belakang mangsa dan peluk pinggangnya
• Letakkan bahagian ibu jari genggaman tangan anda di tengah-tengah abdomen mangsa.
• Dengan tangan yang sebelah lagi memegang genggaman tersebut, tekannya ke dalam dan luar abdomen dengan cepat dan mampat.
• Untuk mangsa yang tidak sedarkan diri, palingkan mukanya ke atas, duduk melutut dengan mangsa di tengah-tengah dan letakkan pangkal genggaman tangan anda di tengah abdomen dan atas sedikit dari pusat.
• Tekan genggaman tangan tersebut dengan tangan yang sebelah lagi secara naik turun menghala ke kepala mangsa.
• Beri mangsa menyedut air perlahan-lahan selepas halangan tersebut dikeluarkan.
• Jangan gunakan lonjakan abdomen ini pada mangsa yang hamil atau mempunyai berat badan yang berlebihan.

CEKIKAN KERACUNAN
Racun ialah sebarang bahan yang boleh menyebabkan kerosakan jika memasuki ke dalam tubuh. Racun boleh ditelan, disedut, disuntik atau diserap melalui kulit. Hubungi Khidmat Maklumat Racun (Tel: 04-6570099) dan beritahu mereka jenis racun, jumlah dan bila racun berkenaan diambil.

• Jika mangsa tidak bernafas, berikannya bantuan pernafasan dengan melakukan mampatan dada. Resusitasi (teknik A.B.C) perlu dilakukan sekiranya mangsa masih bernafas, tetapi denyutan jantungnya telah berhenti.
• Jika mangsa tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas, baringkannya mengiring dalam kedudukan pemulihan.
• Untuk racun yang disedut, alihkan mangsa dari bahaya ke kawasan yang berudara segar.
• Untuk racun yang diserap, basuh semua sisa-sisa kimia yang tertinggal pada kulit.
• Untuk racun yang ditelan, jangan cuba mencetuskan muntah kerana ini mungkin membahayakan lagi keadaan pesakit.

TERKENA ARUS ELEKTRIK
Pengaliran arus elektrik menerusi badan boleh menyebabkan degupan jantung terhenti, luka terbakar dan renjatan.

• Tutup bekalan elektik
• Putuskan hubungan mangsa dengan sumber elektrik menggunakan kain yang tidak mengalirkan arus elektrik sementara berdiri di atas bahan penebat yang kering.
• Jika perlu mulakan resusitasi atau letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan.
• Rawat sebarang luka terbakar atau renjatan yang berlaku.

PENGSAN
Pengsan ialah keadaan tidak sedarkan diri untuk seketika berpunca dari pengurangan pengaliran darah ke otak yang sementara.

• Jika mangsa telah pengsan tetapi masih bernafas seperti biasa, baringkannya dengan kaki ditinggikan sedikit dari paras kepala.
• Longgarkan pakaian mangsa di bahagian leher, dada dan pinggang untuk memudahkan pernafasan.
• Mangsa patut terus berbaring untuk beberapa minit selepas pulih.

RENJATANGejala-gejala renjatan termasuklah:

• Kulit kelihatan pucat
• Kabur penglihatan
• Kulit lembap atau dingin
• Loya atau muntah
• Pernafasan yang pendek tetapi cepat
• Dahaga
• Denyutan nadi yang lemah dan cepat.
• Keresahan
• Pening atau rasa hendak pitam.

Rawatan
• Baringkan mangsa dan rawat sebarang kecederaan yang ketara atau keadaan-keadaan lain yang telah menyebabkan renjatan
• Tenangkan mangsa
• Longgarkan pakaian mangsa di bahagian leher, dada dan pinggang
• Selimutkan mangsa dengan kain nipis seperti kot atau selimut
• Jika boleh, tinggikan kaki mangsa untuk mempercepatkan pengaliran darah balik ke otak.
• Jika mangsa merasa dahaga, lembapkan bibirnya tetapi jangan memberi mangsa sebarang minuman.
• Berikan mangsa minum teh panas untuk kes-kes renjatan emosi.
Akhirnya, bagi kesemua kes renjatan, dapatkan bantuan perubatan dengan segera selepas memberikan pertolongan cemas. Bagaimanapun, jangan biarkan mangsa bersendirian.

Continue Reading
No comments
Share:

Cara Mengatasi Virus Komputer

Langkah-langkah Pencegahan Virus
" Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati". Amalan ini harus menjadi keutamaan pengguna komputer. Antara langkah-langkah awal ialah :-
 



1.) Jangan menggunakan disket/pendrive atau sebarang storan yang tidak diketahui puncanya. 
Disket/pendrive yang tidak diketahui tersebut mungkin telah tercemar dengan virus. Amalan write-protect disket hendaklah dilakukan selalu bagi mempastikan virus tidak dapat menulis dirinya kedalam disket/pendrive tersebut.   

2.) Jangan sesekali menggunakan perisian cetak rompak (pirated copy).
 Perisian cetak rompak lazimnya ialah perangkap penulis virus. Perisian sebenar yang telah dimodifikasi dengan memasukkan virus ini lazimnya dijual dengan harga yang amat murah.

3.) Jangan membuka emel yang mempunyai attachment
.
Teknologi internet telah dipergunakan sepenuhnya oleh penulis virus. Virus kini mampu disebarkan melalui pembacaan emel yang telah tercemar. Kebanyakan emel ini akan mengandungi fail attachment. Kadang-kala ia tetap mengandungi virus walaupun dihantar oleh orang yang anda kenali.
 
Pastikan anda menelefon kenalan anda, bagi mempastikan adakah beliau benar-benar telah menghantar emel yang mengandungi fail attachment kepada anda.
 
Antara virus yang menggunakan teknologi ini ialah ;
Anna Kournikova, Sircam, Code Red, Nimda dan ILoveYou.


4.) Gunakan Perisian Anti-Virus.

Perisian anti-virus ialah perisian utiliti untuk mengesan dan memusnahkan virus. Terdapat perisian ini yang boleh didapati secara percuma di internet antaranya ;

a. AVG Anti-virus

b. Free Anti-Virus
c. Innoculate IT (terdapat untuk OS windows95 keatas dan juga Palm OS)

Manakala anti-virus yang dijual di pasaran ialah ;

a. Mc Afee Anti-Virus
b. Norton Anti-Virus
c. Pc-Cillin
d. Armour Anti Virus
e. VBuster
f. Virus Rx (untuk komputer Apple)

Kebanyakan perisian anti-virus ini boleh di upgrade bagi mempastikan ia mengandungi pangkalan data anti-virus terkini. Ia juga kadangkala menawarkan bantuan segera kepada pengguna berdaftar.


VBuster umpamanya adalah perisian anti-virus yang amat terkenal malah ia digunakan oleh NASA. Ia dicipta oleh Dr. Looi Hong Thong yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia.



Mengenali tanda-tanda komputer anda diserang virus

Lazimnya virus komputer hanya boleh dikesan oleh anti-virus, namun begitu jika komputer anda mengalami sintom-sintom berikut, adalah besar kemungkinan komputer anda telah diserang virus.

Disket / Pendrive
 
  • Terdapat bad sector pada disket. 
  • Fail di dalam disket tiba-tiba sahaja tidak boleh digunakan. 
  • Terdapat mesej di dalam directory disket anda. 
  • Volume label telah berubah.
  • Jumlah saiz fail berubah sedangkan anda tidak menggunakan fail tersebut.

Hard Disk
 
  • Hard disk mengambil masa yang lama untuk boot. 
  • Terdapat fail yang tiba-tiba sahaja tidak boleh digunakan.
  • Terdapat bad sector.
  • Terdapat directory atau fail baru yang dicipta tanpa pengetahuan anda. 
  • Jumlah saiz fail berubah.

Komputer

  • Terdapat mesej yang dipaparkan pada skrin 
  • Speaker memainkan muzik yang anda tidak tahu puncanya 
  • Terdapat perkara pelik seperti fail tidak boleh di save , huruf pada skrin jatuh, terdapat bola pingpong melantun pada skrin, pencetak mencetak mesej yang tidak diketahui dan sebagainya.  
  • Pertambahan macro pada fail-fail word, excel dan sebagainya tanpa pengetahuan anda.

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, December 8, 2011

Senarai buku pinjaman berkelompok kali ke-3


Assalamualaikum wbt..

Sukacita dimaklumkan Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi telah membuat pinjaman berkelompok daripada Perpustakaan Negara Malaysia untuk kali ke-11. Pinjaman berkelompok ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan membaca dan seterusnya memupuk minat kepada ilmu melalui membaca di kalangan orang ramai khususnya warga JBPM.

Berikut adalah disertakan senarai buku-buku yang telah dipinjam daripada Perpustakaan Negara Malaysia untuk tempoh tiga bulan. Diharapkan dengan adanya aktiviti pinjaman berkelompok ini lebih ramai kakitangan JBPM akan membuat pinjaman di perpustakaan.

Sekian, terima kasih.

Jamilah Binti Sailillah
(Ketua Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi)


SENARAI BUKU PINJAMAN BERKELOMPOK

BIL TAJUK BUKU BARKOD
1 ANAK ANGKAT DAN UNDANG-UNDANG 1000622119
2 ASAS PENGATURCARAAN PANGKALAN DATA UNTUK APPLIKASI LAMAN WEB 1001138389
3 MALAYSIA BOOK OF RECORDS : 10TH ANNIVERSARY EDITION 1000645994
4 SINAR WAHYU MENEMBUSI PANTUN FALSAFAH MELAYU 1000368776
5 YB OH YB! ANTARA PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 1000542932
6 TUTANKHAMUN THE LAST SECRET 1001086771
7 KERJA BUKAN KERANA PANGKAT 1000542550
8 LENSA KACA MATA : KOLEKSI KARYA DR. ZAHIDI B. DATO' HJ ZAINOL RASHID 1000542926
9 JANGAN TIDAK-TIDAK : SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA MENJADI KAIN 1000729355
10 ASSALAMUALAIKUM 1000568527
11 URUS MASA TERUS JAYA UNTUK SEMUA 1001148167
12 MENGEMUDI BAHTERA PERUBAHAN MINDA 1000542562
13 LANGKAH BIJAK USAHAWAN TERBILANG 1001064205
14 PANDUAN MENGURUS JENAZAH 1000606769
15 UMRAH : MEKANISMA PEMBENTUKAN MUKMIN SEJATI 1001074859
16 SEJARAH KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD 1000741491
17 AHLI SIHIR & PERI 1000632072
18 KIAMAT SUDAH DEKAT 1000545253
19 BIOGRAFI TUN ABDUL RAZAK : NEGARAWAN DAN PATRIOT 1000541474
20 PENGANTAR KAUNSELING INDIVIDU 1000562243
21 PERBEZAAN DI ANTARA WALI ALLAH & WALI SYAITAN 1000608345
22 KELUARGA BAHAGIA YANG DIIDAMKAN 1000686109
23 RAWATAN PENYAKIT DENGAN KEAJAIBAN SARI EPAL & MADU 1000063912
24 GO PUT YOUR STRENGTHS TO WORK : SIX POWERFUL STEPS TO ACHIEVE OUTSTANDING PERFOMANCE 1001157913
25 MENGURUS KERJA DAN WAKTU : HANYA ORANG SIBUK SAHAJA ADA MASA 1000694589
26 MENGENALI MAKHLUK ALLAH BERGELAR JIN : HAKIKAT & PENGUBATAN 1001009173
27 SENANGNYA PUASA BAGI ORANG SIBUK 1000542432
28 ISLAM MELINDUNGI HAK-HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT 1000535977
29 PENGURUSAN STRES SECARA HOLISTIK 1000542631
30 MEMULAKAN BISNES SENDIRI 1000314537
31 101 KISAH & PENGAJARAN DARIPADA AL-QURAN, AL-HADIS & HAYATUS SAHABAH 1001112330
32 WISE MWN TALKING SERIES : SUN ZI SAYS 1000577716
33 SOPAN DARIPADA PERSPEKTIF PENGURUSAN ORGANISASI 1001055213
34 AURA PERSONALITI WARNA 1001062258
35 BIOGRAFI CEMERLANG : ABU BAKAR (ASH-SHIDDIQ) SAHABAT UTAMA & PERTAMA 1000759104
36 WASIAT-WASIAT RASULULLAH SAW : PENGARUHNYA TERHADAP PEMBENTUKAN PERIBADI INDIVIDU & MASYARAKAT 1000576247
37 THE PINK BOOK : YOUR BASIC IMAGES GUIDE TO 1001145299
38 ABDULLAH AHMAD BADAWI : JALAN KE PUNCAK 1000289592
39 SIRI PARA SAHABAT YANG TELAH MENCIUM KEHARUMAN FIRDAUS 1000274334
40 HIJAB MEMELIHARA KESUCIAN WANITA MUSLIMAH 1001067304
41 MELINTANG PATAH : KENAPAKAH KITA YANG PATAH? 1000271650
42 ISLAM SEPANJANG ZAMAN DAN SEMUA TEMPAT 1001125987
43 50 TANDA ORANG-ORANG MUNAFIK 1000690194
44 SENI SULAMAN REBEN : SIMPULAN KREATIF YANG MENARIK 1001142559
45 KISAH BENAR : UMAT-UMAT YANG DIHANCURKAN ALLAH 1000136811
46 1001 KISAH BENAR 1001026067
47 HIMPUNAN KISAH TELADAN PARA NABI & RASUL UNTUK PUTERA-PUTERI MUSLIM 100133461
48 MUKJIZAT SURAH AL-KAHFI 1000542601
49 ORIGAMI KIT FOR DUMMIES 1001084480
50 ENSIKLOPEDIA : RAWATAN PENYAKIT DENGAN MADU LEBAH 1000313143
51 PEMIMPIN KEAGAMAAN TERMASYHUT DI DUNIA 1000581182
52 KAEDAH PENYELIDIKAN DAN PANDUAN PENULISAN (ESEI, PROPOSAL, TESIS) 1000754560
53 A SHORT HISTORY OF MALAYSIA 1001068455
54 HUKUM PUASA FADHILAT DAN FALSAFAH 1000354579
55 MENGURUS ATUR DI TEMPAT KERJA 1000391965
56 MEMBINA PERNIAGAAN TASKA, TADIKA DAN PUSAT JAGAAN 1001025165
57 PENEGAK KEBENARAN 1000543039
58 PEMIKIRAN REKA CIPTA 1000710896
59 APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG PENJAGAAN KANAK-KANAK PENGHIDAP ASMA 100102551
60 YOUR CHILD YOUR WAY 1001142310
61 PEREMPUAN VS LELAKI : TEKNIK BERKOMUNIKASI SUPAYA LELAKI TIDAK SALAH FAHAM 1000542896
62 KAYA DAN BAHAGIA DENGAN SYUKUR 1000542889
63 GERAKAN GEREJA KATOLIK DI MALAYSIA 1000753433
64 MUKJIZAT SOLAT SUBUH 1001112996
65 KARYA KITA HAK KITA 1001050377
66 50 KERJAYA PILIHAN 1000354491
67 KHADIJAH : CINTA ABADI KEKASIH NABI 100103526
68 CARA MUDAH MENGUASAI KEMAHIRAN TEMU DUGA 1000308334
69 BID'AH HASANAH : TOKOK TAMBAH AMALAN RASULULLAH 1001096220
70 KETRAMPILAN MENULIS 1000734939
71 160 FAEDAH UTAMA DAN TERAPI SOLAT & PADAH MENINGGALKANNYA 1001109106
72 KETAHANAN HATI KEISTIMEWAAN BERZIKIR 1000266315
73 AISYAH R.A ISTERI PILIHAN : SIRI KELUARGA RASULULLAH S.A.W 1000605097
74 MENDIDIK ANAK : SENANG SOLAT 1001153218
75 KHASIATNYA PERUBATAN & GUNA KELAPA 1000690186
76 WANITA-WANITA PENGHUNI NERAKA 1000354604
77 HIMPUNAN DOA DAN ZIKIR 1000302965
78 TABIAT MAKAN UNTUK KESIHATAN 1000756091
79 PEDOMAN WANITA 1000302910
80 PERUSAHAAN AYAM KAMPUNG SEBAGAI AYAM DAGING 1001111076
81 MENGECAT, MEMASANG KERTAS DINDING DAN MENEKAP STENSIL 1000751276
82 TEKNIK TERBAIK MENDIDIK ANAK 1000743179
83 PENGURUSAN PINTAR RUMAHTANGGA 1000309795
84 TAFSIRAN AYAT-AYAT YAA AYYUHAL-LAZIINA AAMANUU 1001153225
85 ISU-ISU FIQH PERUBATAN SEMASA 1001110892
86 KHADIJAH : KISAH CINTA SEJATI RASULULLAH 1000650734
87 DOA-DOA PILIHAN NABI 1001156267
88 300 HADIS BIMBINGAN KE ARAH MENCARI REDA ALLAH 1000403303
89 BIMBINGAN DOA DAN ZIKIR : KE ARAH KESEJAHTERAAN KEHIDUPAN DUNIA & AKHIRAT 1000349813
90 MANUSIA TERKAYA DI BABYLON 1000732345
91 MENYUCI DAN MENGUBATI PENYAKIT HATI 1000632219
92 KAUM-KAUM YANG PUPUS 1000740348
93 MELAKAR JEJAK : BIOGRAFI MOHD YUSOF NOOR 1000544941
94 SERI GAYA DAN TEMA KONTEMPORARI 1001048663
95 DISNEY ANIMALS CD STORYBOOK : INCLUDES 4 STORIES 1000651320
96 GIFTS & HEIRLOOMS IN CROSS-STITCH & NEEDLEPOINT 1000766430
97 RESUMES FOR SCIENTIFIC AND TECHNICAL CAREERS 1001068782
98 KRAF UNTUK KANAK-KANAK 1000590036
99 FERDIE'S SPRINGTIME BLOSSOM 1001104529
100 GREAT BOOK OF KNOWLEDGE 1000570043
101 GIANT BOOK OF KNOWLEDGE 1000570042
102 MULAKAN DENGAN OTAK 1001040472
103 THE 21ST CENTURY OFFICE 1000606063
104 MY FIRST ANIMAL ENCYCLOPEDIA 1000573031
105 QUESTION & ANSWER ENCYCLOPEDIA 1000656284
106 5000 FANTASTIC FACTS 1001156770
107 FITNAH MEMBAWA PADAH 1001088504
108 DISNEY ANIMAL FRIENDS : ANNUAL 2008 1000651327
109 SENI JAHITAN PAKAIAN KANAK-KANAK 1001158056
110 100 CITIES OF THE WORLD 1000636235
111 JOM AKIDAH 1001138009
112 PENJAGAAN KULIT DAN WAJAH 1001156312
113 TUMBUHAN PENGHALAU NYAMUK DAN PENCEMARAN UDARA 1001127497
114 MUKJIZAT GERAKAN SOLAT 1001138938
115 SCIENCE FOR PRE SCHOOL 100658499
116 BAHASA INGGERIS FOR PRE SCHOOL 1000658479
117 GURINDAM BUDI BAHASA 1000614018
118 MIMPI SEORANG NABI 1000588289
119 20 TOKOH PENGUBAH DUNIA 1000542979
120 GAYA HIDUP SIHAT DI USIA MENOPAUS 1001155998
121 DIALAH WANITA YANG MEMILIKI SYURGA ALLAH 1000552067
122 MUKMIN SUKSES PEMANTAPAN JATI DIRI 1000543046
123 MINGGU PERTAMA DI ALAM KUBUR 1000543058
124 MENGHAYATI BUDAYA ILMU : FAHAM ILMU, AMALAN DAN PANDUAN 1000542577
125 MENGATASI MASALAH TEKNIKAL TELEFON BIMBIT 1001127529
126 MY STORY : LIM GOH TONG 1000606725
127 WARISAN EKONOMI MAHATHIR 1000542991
128 SINGA SIANG HARI : SIRI 100 PAHLAWAN SYURGA 1000543028
129 PENTADBIRAN KOLONIAL DAN ISU PEMILIKAN TANAH DI KELANTAN 1881-1941 1000543099
130 8 TOKOH WANITA PENCETUSNYA WAHYU 1000542968
131 PETUNJUK PARA NABI MENENTANG ANCAMAN SYAITAN 1000552072
132 LELAKI IDAMAN WANITA 1000543016
133 IBU DIKAULAH YANG HEBAT 1000552048
134 MENYAMBUT ZURIAT : PENDEKATAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN 1000542943
135 KENAL DAN SUCIKAN JIWAMU 10005522078
136 PENJELASAN AMAUL HUSNA 1000608187
137 PANDUAN PEMAKANAN PRA SEKOLAH 1000715705
138 PANDUAN IBU BAPA : KELAHIRAN DAN MEMBENTUK MINDA BAYI CEMERLANG 1000264895
139 PENGANTAR KOMUNIKASI 1000742520
140 PENGURUSAN KEWANGAN : PANDUAN UNTUK PENGURUS -PENGURUS SEKTOR AWAM 1001026753
141 CHANGE! BERUBAHLAH 1001084346
142 INDAHNYA ISLAM MENGATUR KITA 1000561302
143 AIDS : SUATU PENDEKATAN BERSEPADU DI MALAYSIA 1000165800
144 HARI ITU SUDAH BERLALU 1000542961
145 GET RICH FASTER 1000589313
146 BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH 1001010013
147 MENCEGAH PENYAKIT DENGAN TEA HIJAU 1000617076
148 PENGURUSAN PERSONEL PERKHIDMATAN AWAM : BUKU POKET PTK 1000589266
149 MENCEGAH PENYAKIT DENGAN MINYAK KELAPA ASLI 1000617106
150 TELL ME A STORY 1000607808
151 KEJAYAAN DAN MENJADI KAYA MELALUI PERSUASIF 1000350319
152 REMEH-TEMEH TENTANG NIKAH KAHWIN TAPI ANDA MALU BERTANYA 1001021574
153 PENAWAR MUSIBAH & PERKARA YANG MENUNDANGNYA 1000756636
154 MEMBAIKI PENDAWAIAN ELEKTRIK RUMAH 1000751341
155 YOUR MAGIC POWER TO BE RICH 1001141438
156 BUDI GURU DISIPLIN 1000575152
157 DEMI NAMA SEKOLAH 1000575188
158 MAAFKAN KAMI CIKGU 1000575139
159 PERUBATAN MODEN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 1000360278
160 UNDANG-UNDANG GANGGUAN SEKSUAL DI MALAYSIA 1000715840
161 PENGURUSAN ZAKAT 1000680677
162 THE SUCCESS CODE 1001104287
163 ASAS KEK LAPIS 1000587093
164 FAVOURITE NURSERY RHYMES 1000592527
165 TEKNOLOGI MAKLUMAT : INTERNET, SISTEM MAKLUMAT DAN BAHASA PENGATURCARAAN 1000729930
166 SETIAP HARI ADALAH HONEYMOON 1000542997
167 ISU-ISU SEMASA MENGENAI WAQAF 1000542487
168 WANITA CANTIKNYA DIRIMU BILA BERJILBAB 1000543009
169 FIKAH PERUBATAN 1000542638
170 SURI WANITA TELADAN ZAMAN RASULULLAH 1000542595
171 PESONA GAYA BERTUDUNG 1001006922
172 MENGUASAI KEMAHIRAN TEKNIKAL STUDIO FOTO 1001157147
173 IKTIBAR TANAH SUCI 1001115468
174 KOLEKSI UBAT-UBATAN TRADISIONAL 1000526324
175 PUASA : MENGHURAI KEMUSYKILAN BERKAITAN PUASA 1001157630
176 KUASA DI SEBALIK SOLAT 1000526314
177 AMALAN PENYUCIAN DARI DOSA 1000614657
178 600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA 1001142974
179 FORMULA SOLAT SEMPURNA 1001112339
180 JANGAN MELAMPAUI BATAS 1001087595
181 MEMOIR SEORANG PERAJURIT 1001030537
182 KESILAPAN TATABAHASA INGGERIS 1000692745
183 KOMUNIKASI LENGKAP : KEMAHIRAN UNTUK MEMAHAMI DAN DIFAHAMI 1000706628
184 AIR SUSU IBU : FADILAT & KEUTAMAANNYA 1000358242
185 TEORI-TEORI KOMUNIKASI 1000738536
186 KEUNIKAN MASYARAKAT SEMUT 1001132312
187 RAHSIA MEKAH : JEJAK RASUL 1 1000264202
188 ABU BAKAR AS-SIDDIQ : PENTADBIR GEMILANG 1000699766
189 MENGURUS KONFLIK GAYA STRESSMART 1001082970
190 INOVASI : INTERNET MERENTASI SEMPADAN 1000580612
191 INOVASI : KEMAJUAN DUNIA PENGKOMPUTERAN 1000580623
192 DEVELOPMENT IN ENGLISH LANGUAGE LEARNING AND TEACHING 1000762364
193 CHE DET : PEKAN RABU 1000256779
194 PENYAKIT GENETIK 1001131931
195 KEMAHIRAN ASAS BAGI TINDAKAN AWALAN : KESINAMBUNGAN HAYAT TERJAMIN 1001008665
196 SIRI PENEROKAAN SAINS : ARKEOLOGI 1001145757
197 INSAN TELADAN SEPANJANG ZAMAN 1000129196
198 MUAMALAT : PUASA , ZAKAT, HAJI 1000381867
199 MENGENAL 20 SIFAT ALLAH SWT 1000707183
200 HIKAYAT 1001 MALAM 1000163681
201 40 KISAH BALASAN TUHAN 1000542907
202 KETIKA CINTA BERTASBIH 1001023230
203 HANYA DIKAU 1001155764
204 TERLANJUR CINTA 1000583061
205 PADA ANGIN AKU BERPESAN 1000532421
206 ANAK DARA MENTERI 1000707827
207 DEMI KASIH DEMI SAYANG 1000684769
208 DAN DEDAUNAN PUN BERGUGURAN 1000289483
209 THE FRIDAY NIGHT KNITTING CLUB 1000650570
210 1 4 3 MAKSUDNYA I LOVE YOU 1000532373
211 KASIH TERCIPTA 1001155745
212 KASIH YANG SUCI 1001156176
213 JIKA BENAR CINTA 2000013289
214 BILA LAGI MENTARI MELIMPAH SINAR 1000561519
215 BINTANG-BINTANG KE SYURGA 1000617263
216 VERSUS 1000532409
217 DAMAI 1000532397
218 SERIBU SETIA 1000685636
219 SETIA MENANTI 1000758320
220 BIDADARI PADERI 1001140127
221 THE KINGDOM OF SHADOW 1000591181
222 IMPERIUM : A NOVEL OF ANCIENT ROME 1001042246
223 BILA CINTA MEMBARA 1001155890
224 GENETICS PERIL 1001054508
225 CINTA TAK BERDUSTA 1000605167
226 BISIKAN RINDU 1000747518
227 MOGA BONDA DISAYANG ALLAH 1001107719
228 GELORA 1000661828
229 SORCERER'S MOON 1000660780
230 HIDAYAH CINTA 1001103467
231 TARIKH LUPUT CINTA 1001092908
232 BUKAN KLON BUKAN DUPLIKAT 1001051509
233 THE MATHEMATICS OF LOVE 1001042353
234 BIDADARI HUJAN 1000532415
235 THE GOOD GERMAN 1000274774
236 JATUH HATI … SEBUAH PROLOG 2000004420
237 UNTUKMU SAYANG 1001022786
238 FINAL ACCOUNT 1000273286
239 SEMALAM YANG BERLALU 1000526368
240 BARA YANG MENYALA 1000573175
241 TERASING 1001104986
242 LONESOME DOVE 1000677335
243 CINCIN PERMATA BIRU 1000815662
244 SKETCHING EVIL 1000565651
245 MERAIH CINTA 1001145217
246 JANJIKU BERSAMAMU 1001155866
247 SAYANG TAK TERUCAP 1001142925
248 MEKAR KELOPAK CINTA 1001083818
249 MAAFKANLAH AKU 1000708292
250 KAU MILIKKU 1001155623
251 REMBULAN BERDARAH 1000595957
252 TAK SEINDAH MIMPI 1001155071
253 ASSYIRA 1000395886
254 BORDEAUX HOUSEWIVES 1000308654
255 MAHAR CINTA CINDERELLA 1000661738
256 CHARMED : THE GYPSY ENCHANTMENT 1001016453
257 THE OUTLAW DEMON WAILS 1000633246
258 FINAL JUSTICE 1000675965
259 KAU MAWARKU 1001155628
260 JAJA & DIN 1000532366

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia