MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, December 2, 2011

Cara Tangani Stress Secara Sihat


Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres ialah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan. Kita semua mengalami stres di rumah, sekolah atau tempat kerja. Kita perlu sedikit stres untuk berfungsi secara berkesan. Adakalanya stres boleh juga menjadi faktor motivasi terhadap perkembangan hidup seseorang. Stres yang keterlaluan boleh menjejaskan kesihatan.

Kenapa anda stres?
  • Diri sendiri (contoh: Anda kecewa, anda tidak dapat apa yang anda mahu).
  • Keluarga anda (contoh: Masalah dengan suami/isteri dan anak, pindah rumah, masalah kewangan).
  • Pekerjaaan anda (contoh: Anda tidak dapat menyiapkan kerja, anda tidak cemerlang dalam kerja, ketua anda tidak berpuas hati dengan kerja anda, anda tidak dinaikkan pangkat, tukar kerja, dibuang kerja).
  • Komuniti anda (contoh: Jiran dan komuniti tidak ramah).
 
Bila anda rasa stres...
  • Jantung berdengup kencang dan sukar bernafas.
  • Anda cepat marah.
  • Anda rasa tidak gembira.
  • Anda kehilangan selera makan.
  • Anda hilang minat bekerja.
  • Anda tidak lagi menikmati hobi.
  • Anda tidak cukup tidur.
  • Anda menengking-nengking.
  • Anda ingin membaling sesuatu.
  • Anda cuba menjauhkan diri.
 
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
  • Menyedari yang anda sedang marah... Katakan: "Saya sedang marah".
  • Bertenang... Kira hingga 10, tarik nafas panjang dan mengucap.
  • Kenal pasti kenapa anda marah.
  • Cuba dengar penjelasan orang lain.
  • Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain.
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan.
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan.
  • Membiasakan diri memaafkan - menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan.
 
Kuasai kemahiran untuk menyelesaikan masalah cara 
IDEAL
I - Kenal pasti masalah (Identify the problem).
D - Jelaskan pilihan yang boleh diambil (Describe possible options).
E - Buat penilaian bagi setiap cadangan - baik dan buruknya (Evaluate consequences of each option - the pro's and con's).
A - Bertindak - pilih satu cara untuk bertindak (Act).
L - Belajar dari pengalaman sama ada hasilnya berjaya atau tidak (Learn).
 
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah
  • Berfikir secara positif.
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan.
  • Belajar menyukai diri sendiri.
  • Usahakan yang terbaik daripada apa yang anda ada.
  • Belajar menerima apa yang tidak dapat diubah.
  • Jangan risau tentang kekurangan yang ada.
  • Bertenang.
  • Lakukan senaman selalu.
  • Adakan hobi.
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan bertadah.
  • Dapatkan tidur yang cukup.
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah.
  • Bersifat asertif. Berani berkata "TIDAK" untuk kegiatan luar, jemputan atau temu janji yang anda tiada masa untuk hadiri.
  • Tetapkan matlamat yang realistik untuk diri anda. Tidak semua anda dapat kecapi. Sedarilah bahawa tidak semua perkara penting seperti yang anda sangkakan.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia