- Obesiti berlebihan
- Kalori yang tidak berguna
Sebahagian besar minuman berkarbonat mengandungi 250 kalori per 600 mililiter. Tidak ada sebarang kandungan nutrisi atau mineral di dalamnya melainkan gula dan kafein.
- Ketagihan daripada kafein
Minumam berkarbonat menyebabkan ketagihan. Apa yang cuba merangsang ketagihan itu adalah kandungan kafein di dalamnya. Setelah berhenti meminum minuman berkenaan, kebarangkalian besar anda akan mengalami gejala putus zat seperti sakit kepala, depresi, gugup dan menggigil.
- Meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes
Menurut sebuah laporan yang diterbitkan oleh American Heart Association di Circulation Journal pada 2007, orang yang gemar minum minuman berkarbonat setiap hari akan meningkatkan risiko sindrom metabolik, iaitu keadaan yang meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes (44 peratus).
- Kekurangan sperma lelaki
Hasil kajian di Denmark menunjukkan bahawa lelaki yang mengambil satu liter atau lebih minuman berkenaan setiap hari adalah cukup berbahaya untuk menghasilkan sperma yang sihat. 30% lelaki yang menjadikan air berkarbonat sebagai minuman akan menghadapi masalah ini.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...