- Pastikan lilin atau sebarang punca api yang digunakan di dalam pengawasan anda.
- Padamkan semua lilin sebelum meninggalkan bilik atau sebelum tidur. Penggunaan liIin di dalam bilik tidur adalah tidak digalakkan. Jika tidak dapat dielakkan, pastikan lilin diletakkan di tempat yang bebas dari langsir, kain, perabot, majalah dan suratkhabar.
- Pastikan lilin tidak diletakkan berhampiran dengan cecair mudah bakar.
- Elakkan memasang Iilin berhampiran tingkap atau pintu, di mana ia terdedah kepada tiupan angin yang boleh mengakibatkan ia mudah terbakar bila bertindak balas dengan api.
- Stabil. Tidak mudah menjadi condong atau miring.
- Bukan daripada bahan mudah bakar.
- Mempunyai ruang yang mencukupi bagi mengumpul titisan lilin atau jika lilin terjatuh.
4) Pastikan rambut dan pakaian anda bebas dari punca api.
5) Pastikan sumbu lilin digunting pada satu perempat inci sebelum digunakan.
6) Padamkan lilin jika ia terbakar dalam dua inci dari pemegang Iilin.
7) Padamkan lilin dengan cermat menggunakan pemadam lilin atau tiup lilin dengan perlahan-Iahan.
8) Padamkan dan sejukkan balang mancis yang digunakan bagi menghidupkan lilin sebelum membuangnya.
PENGGUNAAN LILIN DAN KANAK-KANAK
1) Berdasarkan statistik kebakaran, ia menunjukkan bahawa hampir sepuluh peratus kebakaran berlaku di rumah adalah berpunca dari kanak-kanak akibat pengendalian lilin yang tidak betul.
- Jauhkan lilin yang sedang menyala daripada kanak-kanak bermain dengan lilin mahupun titisan lilin dan pastikan ia tidak terkena dengan sebarang bahan mudah bakar.
- Pastikan anda mengawasi Iilin atau sebarang punca api yang terdedah walaupun seketika, terutamanya apabila terdapat kanak-kanak.
- Kanak-kanak perlu diberi penerangan tentang bahaya api lilin.
- Letakkan liIin, mancis dan pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak, terutamanya di dalam kabinet yang berkunci.
2) Semasa bekalan elektrik terputus di kebanyakan rumah, lilin biasanya dijadikan alternatif sumber cahaya. Elakkan dari menggunakan lilin ketika kecemasan.
- Sentiasa sediakan lampu suluh dan bateri sebagai pengganti lilin.
- Pastikan anda tidak mengangkat lilin yang sedang menyala.
- Sebaiknya anda tidak menggunakan lilin yang dipasang bagi melihat atau menerangi semasa menambah cecair mudah bakar.
- Padamkan semua lilin sebelum meeninggalkan bilik atau sebelum tidur.
Sumber daripada :-
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...