- Bertukarlah kepada sarapan pagi bebas gula dan mulakan hari anda dengan sempurna!
Jika
sarapan pagi anda mengandungi serat manis (Kellogg’s Frosties, Coco
Pops dan lain-lain) – Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk bertukar
kepada sesuatu yang lebih baik untuk diri anda. Jika anda sedang
menikmati makanan serat, jangan maniskan dengan gula, susu pekat atau
madu – tetapi cuba makan kekacang, atau buah kering (aprikot kering, prun,
kismis, yang masih bergula, namun selalunya anda akan mengurangkannya
juga). Lain-lain sarapan pagi tanpa gula yang bagus ialah telur mata
(diisi dengan hirisan lada benggala merah, kuning, hijau, bawang,
cendawan butang dan lain-lain), sedikit buahan segar dan secawan teh hijau –
sungguh menyelerakan!
- Cari alternatif lain untuk makanan kegemaran yang bebas gula.
Terdapat
banyak produk / makanan bebas gula yang boleh anda dapati di dalam
pasaran, penyelidikan melalui internet mungkin dapat membantu anda.
Sebagai contoh mentega,kacang asli tanpa gula. Mentega kacang yang
disukai sejak berzaman lagi mengandungi gula
(sesetengahnya mengandungi
minyak sawit). Begitu juga minuman berkarbonat. Sebagai alternatif,
sedikit penambahbaikan boleh dilakukan sekaligus membuang gula yang
berlebihan.
- Maniskan dengan Equal.
Anda lazimnya gemar menikmati kopi atau teh dengan gula, namun terdapat satu alternatif lain, contohnya Equal.
Sekiranya anda dapatkan pek berasingan, anda boleh membawanya semasa
makan di luar. Anda boleh memesan minuman tanpa gula, dan memaniskannya
dengan Equal. Cadangan atau pilihan di atas tidak semestinya terbaik.
Minuman tersebut juga mengandungi pemanis, dan tidak bagus untuk anda
apabila diambil dalam amaun yang banyak. Lama-kelamaan, apabila anda
berjaya mengubah tabiat ini, anda akan dapati bahawa minuman / makanan
yang anda nikmati sekarang adalah terlalu manis sedangkan sebelum ini
anda rasakan ia belum cukup manis.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...