MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, October 23, 2015

NILAI-NILAI MURNI DAN BUDI BAHASA DALAM INSTITUSI PEMBELAJARAN DAN INSTITUSI PERKHIDMATAN


INTITUSI PEMBELAJARAN

Antara Guru dan pelajar 
  • Guru sentiasa mendidik murid-murid bukan sahaja dengan ilmu bahkan budi bahasa dan akhlak.
  • Sekolah juga mesti mendidik disiplin yang membolehkan setiap pelajar berkelakuan baik. 
  • Ucapan " Selamat Pagi" dan "Assalamualaikum" merupakan amalan terbaik antara pelajar dan guru. 
  • Berdisiplin termasuk beratur dalam perhimpunan mingguan, masuk ke dewan, duduk dalam bilik darjah dan ketika bertemu guru dan Pengetua. 
  • Nilai-nilai murni adalah pelengkap kepada semua nilai yang diajarkan dalam pendidikan agama dan moral. 
  • Amalan budi bahasa boleh mengelakkan segala masalah sosial. 
  • Nilai-nilai murni adalah pelengkap kepada semua nilai yang diajarkan dalam pendidikan agama dan moral. 
  • Amalan budi bahasa boleh mengelakkan segala masalah sosial. 
Antara Pelajar Dengan Pelajar dan Rakan Sebaya 
  • Membiasakan diri mengucapkan salam atau sesama rakan pelajar dan rakan sebaya. 
  • Menghormati dan menghargai idea, fikiran dan pendapat serta hak milik rakan sebaya. 
  • Tidak mengganggu suasana ketenangan belajar di kelas, perpustakaan, makmal dan di tempat-tempat lain. 
INSTITUSI PERKHIDMATAN

Antara Ketua dan Anggota Yang Dipimpin 
  • Layanan yang baik dan berbudi oleh ketua terhadap kakitangan bawahan akan menimbulkan rasa mesra. 
  • Ketua harus mempunyai ketinggian budi bahasa dan nilai-nilai baik untuk diteladani orang bawahan. 
  • Menghormati anggota yang dipimpin serta menunjukkan sikap dan hubungan mesra. 
  • Baik sangka dan sedia menerima pandangan anggota yang dipimpin. 
  • Memberi teguran secara tertib, berhemah dan mematuhi peraturan. 
  • Ketua yang baik perlu adil dan saksama dalam membuat pertimbangan dan keputusan, tidak melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. 
Antara Orang Yang Dipimpin dan Ketua 
  • Mematuhi arahan ketua. 
  • Sentiasa menepati masa untuk menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan. 
  • Sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan. 
Antara Rakan Sekerja 
  • Saling menghormati antara satu sama lain untuk membina setia kawan yang erat dan teguh. 
  • Keakraban boleh melahirkan kemesraan dan rasa saling membantu dan tolong-menolong. 
  • Menunjukkan budi pekerti yang mulia, budi bahasa dan bertimbang rasa akan mewujudkan semangat kerja yang tinggi dalam usaha mencapai matlamat dan misi organisasi. 
  • Mengamalkan sikap bermuafakat dalam melaksanakan tugas. 
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri dan berpakaian kemas dan terurus. 
  • Menerima nasihat, tunjuk ajar dengan hati yang terbuka. 
  • Tidak menggunakan waktu dan kemudahan untuk urusan peribadi. 
  • Hormat-menghormati sesama rakan pejabat dengan percakapan yang sopan santun dan menunjukkan rasa hormat. 
  • Menggunakan bahasa dan gerak geri yang sesuai berdasarkan umur dan pangkat. 

Sumber disunting : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia / Buku Kecil Nilai-nilai Murni dan Budi Bahasa BPDN

Continue Reading
No comments
Share:

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya


Mengapa kita kurang membaca? 
Itu adalah antara persoalan yang sering ditimbulkan ketika melihat senario di kalangan masyarakat kita apabila menyentuh tentang budaya membaca. Adalah penting bagi melahirkan lebih ramai generasi muda yang sukakan membaca dan menjadikan amalan itu sebagai satu budaya agar tidak ketinggalan dalam perlumbaan teknologi yang semakin sengit.

Pembangunan Negara 
Pembangunan sesebuah negara adalah bergantung kepada rakyatnya yang berpengetahuan, berfikiran positif, rajin dan berdaya saing. Ilmu pengetahuan dapat diperoleh melalui amalan membaca. Amalan membaca pula perlu diperlengkapkan dengan kemahiran memilih bahan bacaan yang berkualiti. Institusi keluarga berperanan untuk melahirkan individu yang bukan sahaja gemar membaca tetapi menjadikan membaca sebagai budaya. 

Usaha membudayakan aktiviti membaca di kalangan generasi muda merupakan titik tolak dalam membentuk masyarakat berpengetahuan yang dapat menyumbang kemahiran dan kepakaran kepada pembangunan sesebuah negara.

Melestarikan Budaya Membaca
Institusi keluarga pada asasnya sama-sama bertanggungjawab untuk membentuk, menyemai, dan memupuk minat membaca di kalangan ahli keluarga dan seterusnya melestarikan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. Peranan ini perlu bagi memenuhi perkembangan mental kanak-kanak dalam usaha bagi memenuhi keperluan, cita rasa, aspirasi, karenah dan sikap ingin tahu yang hanya dapat dipenuhi melalui membaca.

Peranan Perpustakaan Negara Malaysia
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa purata dua buah buku dibaca oleh rakyat Malaysia setahun merupakan nombor yang perlu dikaji dengan lebih mendalam. Angka itu masih boleh dipersoalkan walaupun negara telah menyaksikan bahawa penambahan mendadak jumlah pengunjung ke kedai-kedai buku dan pesta buku antarabangsa. Penganjuran pesta itu dikatakan telah mencapai matlamat apabila menerima kunjungan lebih 1 juta pengunjung. 

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menggariskan empat strategi untuk mencapai matlamat minat membaca di kalangan orang ramai. Di antaranya:

Pertama, PNM akan bekerjasama dengan jentera kerajaan di peringkat negeri dan daerah. Manakala kerjasama dengan sektor swasta bersifat bantuan kewangan seperti penajaan, pembiayaan dan sumbangan dalam aktiviti yang diadakan.

Kedua, PNM akan membina lebih banyak perpustakaan desa, memperbanyakkan sudut bacaan di tempat tumpuan umum. Misalnya di kompleks membeli belah dan perhentian bas supaya orang ramai boleh mengisi masa terluang dengan membaca buku yang disediakan.

Ketiga, bagi memenuhi keperluan golongan kanak-kanak dan remaja yang lebih cenderung dengan perkhidmatan atas talian, PNM akan memantapkan aplikasi ICT dalam perkhidmatannya. Pendekatan konsep siber ini diharap dapat menarik minat golongan itu untuk mendampingi perpustakaan dan seterusnya menyuburkan budaya membaca dalam kalangan mereka.

Keempat, memanfaatkan pertubuhan sukarela yang sedia ada bagi menggerakkan program mari membaca. Sehubungan itu program membaca boleh dilaksanakan secara tersusun, sistematik dan berterusan.

Kesimpulan
Pada masa ini kita masih bergelut dengan kelembapan budaya membaca di kalangan rakyat negara ini. Seharusnya amalan ini perlu dipupuk sejak kecil lagi bagi melahirkan masyarakat membaca. Untuk membudayakan amalan membaca , semua pihak termasuk kerajaan, swasta dan orang ramai perlu memainkan peranan masing-masing khususnya dalam mengaplikasikan ilmu yang telah dibaca dalam kehidupan seharian.

Sumber Rujukan : Perpustakaan Negara Malaysia 
Utusan Malaysia – 5/11/2009

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, October 20, 2015

Amalkan budaya nasihat


Dalam menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup. 

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah SAW menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (Al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim. 

Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62. 

Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah SWT mengingati dengan firmanNya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhi lah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. 

Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu. Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita." 

Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.  Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin. 

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah SWT mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103. 

Sumber disunting dari Akhbar KOSMO, 27 Januari 2010

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia