MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, August 6, 2015

Tip Ruang Makan Ideal

AFTER - traditional-tables-wood-9623-7427427
Ruang makan harus ditata rapi dan dikepung rona-rona pastel; putih, kelabu, oren atau hijau agar selera makan tidak terganggu.

KEMASAN LEMBUT – Pilih fabrik jenis kapas atau linen untuk langsir bagi menapis kemasukan cahaya terik ketika siang. Fabrik jenis ini tidak mudah reput malah tahan lebih lama dan mudah diselenggara. Pilih fabrik sama untuk alas duduk.

MEJA MAKAN – Saya cadangkan meja makan berbentuk empat segi memanjang jika memiliki jumlah penghuni melebihi enam orang. Pilihan klasik, meja makan empat segi menjadikan ruang sosial lebih intim dan konservatif. Jika ruang terhad yakni apartmen; boleh cuba meja makan bereka bentuk bulat. Bahan meja makan elok diperbuat daripada kayu oak atau ash.

AFTER - traditional-tables-wood-9623-7427435 Front Look

RAK – Rak bersama pintu kaca telus adalah pilihan terbaik untuk mempamerkan koleksi pinggan mangkuk dan kristal anda. Selain memudahkan capaian ketika melayan tetamu rak ini memperkemaskan wajah ruang. Pastikan rak dibina bersekali laci untuk simpanan napkin, alas cawan dan aksesori lain.

KAKI LILIN – Item ini saya senaraikan sebagai wajib ada! Membantu menghalau lalat dalam suasana penuh gaya dengan nyalaan lilin, kaki lilin juga menghalang kerosakkan tompokan lilin pada permukaan meja. British India, dan KARE menyediakan ajnas reka bentuk unik kaki lilin.

NAPKIN – Ke arah mencapai pemuliharaan bumi, usah bazirkan tisu apabila anda boleh menggunakan napkin. Dipersembah lebih elegan, aturkan napkin di atas pinggan. Rujuk panduan melipat napkin pelbagai gaya di youtube.

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, August 5, 2015

Tarik Minat Anak Makan

Image result for children eatKadang kala sukar mengajak anak-anak makan kerana mereka sibuk bermain atau menonton televisyen. Walaupun hidangan yang disediakan menyelerakan tetapi mereka tidak mempedulikan. Bagaimanapun ada pula situasi di mana anak hendak makan tetapi ibu dan ayah pula sibuk dengan kerja lain.

Oleh kerana perlu makan berseorangan, akhirnya anak hilang selera lalu terus tidak makan. Justeru sebagai ibu bapa, anda perlu bijak menarik perhatian anak-anak untuk makan agar mereka mendapat nutrisi yang diperlukan untuk membesar dengan sihat.

*Pastikan anda sentiasa ada di sisi anak ketika dia makan.

*Biarkan anak menikmati makanan dengan tenang dan jangan memaksanya untuk menghabiskan makanan dengan cepat.

*Berikan pujian sekiranya dia makan dengan tertib dan dapat menghabiskan makanannya.

*Bercerita dengan anak tentang khasiat makanan yang dimakan dan apa fungsinya kepada dirinya.

*Sebaiknya biarkan anak makan sendiri.

*Pastikan anak makan ketika dia sedang lapar.

*Berikan kuantiti makanan yang mampu dihabiskan oleh anak kerana saiz perutnya berbeza dengan orang dewasa.

*Elakkan anak makan bersulam air kerana ia hanya akan membuatkan dia cepat kenyang.

*Tetapkan jadual makan yang sama setiap hari agar mereka lebih berdisiplin tentang waktu makan.

*Jangan beri anak makan makanan berat di antara waktu makan utamanya.

http://pama.karangkraf.com

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, August 4, 2015

Tip Keselamatan Ketika Berlaku Kebakaran


 
Tip Keselamatan Ketika Berlaku Kebakaran

Tips-tips bagi menggelakkan kebakaran dan mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.

Apabila Berlaku Kebakaran Patuhilah Langkah-langkah Berikut:
  • Jangan panik. Bunyikanlah penggera untuk memberi isyarat kepada semua penghuni rumah.
  • Selamatkanlah diri anda dan keluarga anda melalui jalan keluar yang sedia ada atau yang telah ditetapkan.
  • Hubungilah balai bomba yang berhampiran. Berikan butir-butir lengkap mengenai lokasi rumah anda.
  • Sementara menanti ketibaan anggota-anggota bomba, cubalah padamkan api dengan alat pemadam api. INGAT! Jangan sampai membahayakan diri anda.
Petua Untuk Menyelamatkan Diri Daripada Kebakaran

Jalan Keluar
Api, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Api memang tidak mengenal darjat penghuni dan rumah kediaman mereka. Apabila berlaku kebakaran, langkah paling penting ialah mencari jalan keluar. Oleh itu anda mestilah mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri daripada kebarakan.

Bincangkan Pelan Menyelamatkan Diri dengan Keluarga
Anda harus mengadakan perbincangan dengan keluarga anda mengenai pelan menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan seluruh keluarga anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Adakan latihan amali di hujung minggu atau bila ada masa lapang supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli keluarga anda.

Cuba Elakkan Penggunaan Jeriji
Cuba elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah anda. Jika anda terpaksa menggunakannya, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.

Jalan Keluar Tidak Dihalang
Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.

Anak Kunci Mudah Diambil 
Setiap ahli keluarga mestilah tahu di mana anak kunci pintu atau jeriji biasanya disimpan. Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci.

Memasang Alat Pengesan Asap
Pastikan anda memasang sekurang-kurangnya satu pengesan asap di rumah untuk memberi isyarat bermulanya kebakaran. .

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia