MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, September 5, 2012

5 Tip Hidup Sihat oleh Jackie Warner

1. Jangan terpengaruh dengan label makanan 'Bebas Lemak'
Walaupun terdapat makanan yang dijual mempunyai label 'bebas lemak', kita perlu berhati-hati jika mahu memakannya. Ini kerana kebanyakan produk makanan yang bebas lemak, sarat dengan kandungan gula yang tinggi.

2. Lakukan senaman percuma setiap hari
Kita tidak perlu mempunyai jurulatih perseorangan  untuk menurunkan berat badan. Ini kerana kita boleh melakukan senaman secara persendirian.

3. Belajar melakukan senaman bagi membina perut
Kita tidak perlu bekerja keras untuk membina perut yang cantik seperti 6-pack. Tetapi latihan otot perut dapat membantu, untuk membentuk bahagian perut menjadi cantik dan menawan.

4. Tingkatkan usaha ketika bersenam
Seperti kata-kata Jackie Warner, "Ia bukan berapa lama kita bersenam, tetapi betapa kuat kita melakukan senaman itu." Ini bermakna kita perlu tingkatkan usaha ketika melakukan senaman.

5. Letakkan matlamat yang spesifik
"Saya hanya mahu turunkan berat badan." 
Matlamat seperti di atas tidak akan membantu kita untuk menurunkan berat badan yang diinginkan. Menurut Warner, setiap klien beliau yang berjaya, khususnya selebriti mempunyai matlamat yang spesifik.

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, September 4, 2012

Tip dapat cukuran hebat




1. Bercukur di dalam bilik air
Sebenarnya, bercukur merupakan aktiviti terakhir yang perlu dilakukan sebelum anda mengambil keputusan meninggalkan bilik air. Ini kerana, pancuran air hangat yang membasahi tubuh secara tidak langsung membantu melembutkan rerambut seterusnya membuka pori-pori di wajah. Dengan cara ini, anda tidak perlu bimbang dengan kecederaan wajah lagi.

2. Sapu sedikit minyak
Apabila anda menyapu sedikit minyak di wajah, kerja-kerja mencukur menjadi lebih mudah dan berkesan. Ia secara tidak langsung membantu mata pisau meluncur dengan lancar di kawasan cukuran tanpa meninggalkan lebih rerambut degil. Sebaiknya, sapukan minyak berkenaan beberapa minit sebelum bercukur.

3. Gunakan skrub wajah
Melakukan urutan skrub lebut pada kulit wajah sebenarnya membantu membuka pori-pori, folikel utama iaitu lubang halus yang mengandungi umbi rambut. Pengelupasan sel-sel kulit mati dan kotoran yang tidak dikeluarkan mampu mengakibatkan masalah jerawat, pertumbuhan rerambut yang tidak diperlukan serta jangkitan kuman. Selain menghaluskan kulit, ia juga secara tidak langsung memberi lebih keserian pada wajah anda.

4. Mata pisau pencukur cukup tajam
Campakkan sahaja mata pisau yang telah digunakan selama empat dan lima kali cukuran ke dalam bakul sampah. Ini kerana ia tidak cukup tajam untuk digunakan selain mampu menyebabkan masalah-masalah lain yang tidak diingini. Cara terbaik adalah dengan melakukan pergerakan lembut berulang-ulang tanpa meletakkan terlalu banyak tekanan pada pisau pencukur  dan mata pisaunya.

5. Elakkan masalah kerengsaan kulit
Sebenarnya, kerengsaan kulit yang melampau mampu merosakkann kulit selain menyebabkan masalah bengkak. Sekiranya anda berasa pedih, sakit atau kebas semasa atau selepas bercukur ini bermakna anda memiliki kulit wajah yang sensitif  dan perlu lebih berhati-hati. Sebaiknya jauhkan produk wajah yang dihasilkan dari alkohol atau ekstrak bahan seperti mentol, peppermint atau sitrus.

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, September 3, 2012

Koleksi Jentera Bomba Di Malaysia

Pekerjaan sebagai anggota bomba amat cukup mencabar. Tugas mereka bukan setakat memadam api kebakaran, tetapi ia juga termasuk dalam kerja-kerja menyelamat seperti kemalangan, tanah runtuh dan sebagainya. Oleh sebab itulah, kita sebagai rakyat Malaysia perlu menghargai pengorbanan mereka sebagai anggota bomba dan penyelamat. Jasa mereka sungguh besar terhadap negara. Ada beberapa jentera bomba di atas sudah tidak lagi digunakan kerana faktor usia kenderaan tersebut. Jentera tersebut bagaimanapun dipamerkan sebagai salah satu bentuk khazanah untuk tatapan semua. Ingat, mereka cukup berjasa kepada negara. Syabas buat anggota bomba Malaysia.


Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia