Assalamualaikum wbt..
Sempena memperingati peristiwa agung Israk dan Mikraj, marilah kita bersama-sama menghayati hikmah di sebalik perjalanan Rasulullah SAW sebagai landasan untuk memperkukuh keimanan, ketakwaan serta komitmen dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti.
Semoga penghayatan terhadap peristiwa ini dapat membentuk peribadi yang berdisiplin, berakhlak mulia serta sentiasa menitikberatkan nilai kerohanian dalam setiap aspek perkhidmatan dan kehidupan seharian.
Selamat memperingati Israk Mikraj. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...