MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, June 15, 2023

Sekitar Aktiviti Program Keluarga Bomba Membaca Tahun 2023



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera,

Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat Dan Mesra.

Program Keluarga Bomba Membaca adalah satu program yang dilaksanakan bersempena dengan cuti sekolah dan juga Program Jom Baca 10 Minit yang diadakan secara serentak di seluruh negara pada 18 Mei 2023 yang lalu.

program ini bertujuan untuk menerapkan budaya membaca pada setiap individu bermula dengan aktiviti membaca 10 minit sehari, serta dapat mengenal dan mengeratkan hubungan silaturahmi di kalangan kakitangan serta anak kakitangan.

Untuk makluman Tuan / Puan, Unit Pengurusan Pusat Sumber JBPM telah mengadakan program ini pada 1 dan 2 Jun 2023 yang lalu. Pelbagai aktiviti pada hari tersebut, antaranya aktiviti yang di jalankan ialah lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, pelbagai pertandingan untuk kategori dewasa dan kanak-kanak, sesi belajar membuat sushi bersama chef dan tayangan gambar kepada kanak-kanak. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan untuk menarik minat para peserta bagi menyertai program yang dijalankan.

Seramai 258 orang peserta telah mengambil bahagian secara fizikal dan dalam talian dengan jayanya bagi memeriahkan program yang telah dijalankan pada 2 Jun 2023.

Berikut adalah video yang memaparkan aktiviti sepanjang dua hari berlangsungnya program ini. 



No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia