Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tuan/ puan.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dengan sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Pengarah- pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) akan mengadakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit pada 18 Mei 2023 (Khamis), bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi. Program ini merupakan program utama sektor perpustakaan yang dijalankan setiap tahun sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia bagi menyemarakkan amalan membaca sebagai amalan hidup.
3. Sehubungan dengan itu, kami menjemput seluruh warga kerja JBPM serta orang awam untuk turut serta meraikan sambutan Program Jom Baca bersama 10 Minit 2023 pada ketetapan berikut:
Tarikh : 18 Mei 2023 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi- 11.10 pagi (bacaan serentak seluruh Malaysia)
Tempat : Tingkat 10, Menara PNM dan siaran langsung di
PNM Youtube Tv Channel https://youtube.com/live/5qOmleEhyNA
Pendaftaran : https://bit.ly/JomBaca2023
4. Bersama-sama ini disertakan poster program, pautan pendaftaran penyertaan (perpustakaan/agensi/jabatan/agensi bukan kerajaan (NGO)/individu/orang awam/keluarga) dan atur cara sambutan program Jom Baca Bersama 10 Minit 2023 PNM untuk makluman tuan/ puan.
Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...