Pengarang : Ahmad Najib Abdullah, Lokman Ahmad
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
ISBN : 9789834923242
Sipnosis :
Manusia sememangnya tidak dapat lari daripada mengalami masalah dan salah satunya adalah masalah berkaitan emosi.
Masalah peribadi berkaitan emosi semakin membimbangkan setelah dunia melanda pandemik COVID-19 jika dibandingkan dengan tahun sebelum pandemik bermula. Masalah berkaitan emosi wujud apabila jiwa seseorang menjadi tidak tenang. Perkara seperti kena buang kerja, pertengkaran suami isteri, kebimbangan kewangan dan sebagainya menjadi penyumbang utama dalam konflik emosi.
Di dalam buku ini, terdapat banyak penceritaan tentang berkaitan dengan emosi dan masalah emosi ini juga berlaku kepada semua pada Nabi dan Rasul. Setiap orang mengalami masalah emosi yang berbeza dan yang paling terkenal adalah kisah Nabi Yusuf AS yang diceritakan di dalam Surah Yusuf. Walaupun Nabi dan Rasul yang lain juga mengalami masalah emosi yang tersendiri tapi surah ini diturunkan pada waktu yang sangat genting dalam sejarah dan dakwah Rasulullah SAW.
Kisah Nabi Yusuf AS yang mengalami masalah emosi sejak dari kecil sehinggalah baginda dewasa amat menyentuh hati. Bayangkan sejak kecil lagi, Nabi Yusuf AS dibenci oleh saudara kandungnya sehingga sanggup membuang baginda di dalam perigi, sehingga ayah baginda iaitu Nabi Ya’qub AS menjadi buta akibat terlalu sedih mengenangkan Nabi Yusuf AS. Walaupun Nabi Yusuf AS menerima penderitaan emosi yang sangat perit tapi baginda tetap tabah dalam menghadapinya kerana baginda percaya semua yang berlaku pada diri baginda adalah ketentuan dan keizinan daripada Allah SWT.
Jadi, di dalam Al-Quran mempunyai penyelesaian di dalam konflik emosi yang dialami oleh manusia. Al-Quran juga menceritakan bagaimana Nabi dan Rasul juga mengalami gangguan emosi dalam menyampaikan dakwah tapi dalam masa yang sama, Al-Quran juga menerangkan jalan penyelesaian setiap permasalahan itu.
Buku ini juga turut mengupas ayat-ayat daripada Surah Yusuf yang berkaitan dengan pengurusan emosi. Oleh itu, buku ini amat sesuai untuk dijadikan motivasi diri dan juga boleh dijadikan panduan bagaimana untuk mengurus emosi dengan lebih terurus.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...