MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, February 15, 2023

MAJLIS PEMAKAIAN TANDA PANGKAT KETUA PENGARAH JBPM DAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) JBPM

PUTRAJAYA, 15.2.2023: YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah hadir ke Ibu Pejabat JBPM pada petang ini bagi menyempurnakan Majlis Pemakaian Tanda Pangkat Ketua Pengarah serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Majlis yang diadakan di dalam Dewan Sutera tersebut dimulakan terlebih dahulu dengan Pemakaian Tanda Pangkat Ketua Pengarah, JBPM kepada YAS Dato' Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin oleh YBhg. KSU KPKT serta penyerahan Surat Pelantikan dan Tongkat Kuasa.





Seterusnya diikuti Pemakaian Tanda Pangkat bagi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM kepada YAS Dato' Edwin Galan Teruki serta penyerahan Surat Pelantikan dan Tongkat Kuasa oleh YBhg. KSU KPKT.


Dalam majlis yang sama, turut diadakan aturcara Menandatangani dan Penyerahan Nota Serah dan Terima Tugas bagi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM oleh YAS Dato' Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin kepada YAS Dato' Edwin Galan Teruki yang disaksikan oleh YBhg. KSU KPKT.




Disusuli pula aturcara Menandatangani dan Penyerahan Nota Serah dan Terima Tugas bagi Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM oleh YAS Dato' Edwin Galan Teruki kepada YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohamad sambil disaksikan oleh YBhg. KSU KPKT dan YAS Ketua Pengarah JBPM yang baharu.






Aturcara terakhir di dalam dewan tersebut adalah Menandatangani dan Penyerahan Nota Serah dan Terima Tugas bagi Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM oleh YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohamad kepada YS Dato' Ts. Ahmad Izram bin Osman dan disaksikan oleh YBhg KSU KPKT, YAS Ketua Pengarah JBPM serta YAS Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM.




Sebagai tanda kesyukuran atas sempurnanya majlis tersebut, PgB Luqman bin Ramli, Pegawai Unit Hal Ehwal Agama dan Kebajikan, Bahagian Pengurusan Korporat, JBPM telah dijemput bagi memimpin bacaan doa dan diakhiri dengan melengkapkan sesi bergambar bagi dif-dif Kehormat.




Majlis tersebut turut dihadiri dan disaksikan oleh YBhg. Datin Nor Latifah binti Jaafar, isteri kepada YAS Ketua Pengarah JBPM, Pengurusan Tertinggi JBPM, Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah JBPM Negeri, tetamu Kehormat PERISMA serta pegawai-pegawai kanan jabatan.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia