MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, August 26, 2020

7 elemen cemerlang dalam kerjaya


Memiliki kerjaya dalam bidang diminati adalah impian semua orang dan ia dianggap menjadi perangsang untuk menyerlahkan potensi diri. Melaksanakan tugasan harian bukan untuk mendapatkan pendapatan bulanan saja malah hakikatnya, ia memberi pengaruh terbesar dalam kehidupan dan peribadi individu terbabit. 

Bagi mendapatkan kepuasan sebenar, individu itu perlu fokus malah keikhlasan dari hati amat diperlukan bagi mendapatkan hasil kerja yang terbaik. Fokus dalam setiap tugasan, disiplin diri yang teratur selain pembahagian masa sebaiknya antara tiga elemen penting yang perlu ada bagi memastikan kerjaya diceburi bertahan lama dan memuaskan hati pihak atasan.

Apa juga jenis pekerjaan diceburi pastinya mempunyai cabaran dan dugaan tersendiri namun dengan disiplin diri yang baik, sesiapa saja mampu mencapai objektif dan impian diidamkan. 

Berikut adalah tujuh langkah mudah elemen untuk cemerlang dalam kerjaya.

  1. Cukup tidur - Dalam apa juga perkara yang dilakukan dalam kehidupan seharian, tidur mencukupi amat penting bagi memastikan badan kekal sihat dan menghilangkan kepenatan serta tekanan di tempat kerja. Oleh itu, jangan abaikan perkara ini untuk mendapatkan stamina yang berterusan di tempat kerja.
  2. Tepati masa - Keperibadian seseorang itu sering diukur dengan tahap ketepatan masa. Pastikan diri sentiasa menepati masa terutama ketika waktu datang ke tempat kerja kerana ia memberi pengaruh besar kepada reputasi anda.
  3. Lakukan ulang kaji ringkas atau persediaan di rumah - Sebelum melangkah ke pejabat, biasakan diri melakukan persediaan di rumah mengenai apa perlu dilakukan keesokan hari atau rancang tugasan bagi mengelak diri daripada menghabiskan masa tanpa melakukan tugasan sepatutnya.
  4. Hubungan yang baik dengan majikan dan rakan sekerja - Memiliki hubungan yang baik antara rakan sekerja dan majikan turut memberi pengaruh besar dalam emosi anda di tempat kerja. Cuba berbaik dengan semua individu untuk memberikan aura atau semangat positif dalam diri sekali gus menggembirakan hati ketika bekerja.
  5. Ikuti program yang dianjurkan pejabat - Jika ada masa terluang, sesekali ikutilah program yang dianjurkan di pejabat kerana ia bukan sahaja merapatkan hubungan anda dengan individu lain malah mencerminkan kerajinan dan komitmen anda.
  6. Ambil cuti dan rehatkan diri - Jika sudah terlalu lama tidak bercuti, tidak salah untuk anda mengambil cuti tahunan dan merehatkan diri serta fikiran dengan melancong atau melakukan perkara menyeronokkan. Ini penting untuk memastikan anda sentiasa segar dan tidak terlalu tertekan dengan kerja.
  7. Muhasabah diri - Setiap individu pasti ada melakukan kesalahan tidak kira sengaja mahupun tidak. Ambil masa untuk muhasabah diri bagi menilai prestasi anda dalam kerjaya yang diceburi. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia