MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, October 17, 2018

Tips penting untuk wanita memandu



  • Sentiasa pastikan kereta anda berada dalam keadaan baik dan memuaskan untuk mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu. Hal ini bertujuan mengelakkan anda dari terpaksa memberhentikan kenderaan jika kenderaan anda rosak da keluar daripada kereta untuk memeriksa kerosakan.
  • Bawalah telefon mudah alih bersama untuk meminta bantuan jika berlaku sebarang yang tidak diingini.
  • Pastikan pintu dan cermin kereta sentiasa berkunci dan tertutup rapat.
  • Jangan sesekali berhenti untuk bertanya alamat daripada orang yang tidak dikenali. Jika anda ingin bertanya sesuatu alamat ataupun tempat, tanyalah pada individu dan tempat yang lebih selamat seperti di stesen minyak atau kaunter tol. 
  • Jika anda merasakan yang anda sedang diekori, anda harus bertenang dan segera pandu kenderaan anda ke balai polis yang berhampiran dan jika perlu dapatkan bantuan dan segera buat laporan polis.
  • Jangan sesekali mengambil risiko dengan memberi tumpang pada individu yang tidak dikenali walaupun individu itu merupakan seorang wanita. Penjenayah banyak modus operandi dan taktik licik untuk melakukan jenayah dan jangan sesekali terlalu bersangka baik pada orang yang tidak dikenali.
  • Jangan sesekali keluar daripada kenderaan jika anda dilanggar secara sengaja oleh pemandu lain. Teknik ini kini amat popular dilakukan oleh penjenayah dengan sengaja melakukan pelanggaran untuk merompak mangsa yang dilanggar.
  • Jika anda berada dalam kesusahan atau orang yang mencurigakan menghampiri kereta anda, bunyikan hon kereta atau nyalakan lampu depan kereta untuk menarik perhatian orang sekeliling.
  • Jika anda diugut oleh perompak, jangan sesekali mengambil risiko untuk melawan dan serahkan kunci kereta serta wang anda tanpa berlengah-lengah. Catat seberapa banyak butiran yang anda mampu catat atau ingat berkenaan perompak itu seperti nombor pendaftaran, jenis dan warna kenderaan yang digunakan serta segera dapatkan bantuan dan pergi ke balai polis yang berhampiran untuk membuat laporan polis. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia