1. Mandarin
Berdasarkan data dari Ethnologue, bahasa yang paling banyak digunakan oleh penduduk di dunia ini adalah bahasa dari China yang jumlah penggunaaannya sebanyak 1,197 juta orang atau sekitar 16.5 peratus dari total populasi dunia. Bahasa China, khususnya bahasa Mandarin adalah salah satu bahasa yang digunakan sebagai bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
2. Sepanyol
Berada di tangga kedua, bahasa yang paling banyak digunakan di dunia adalah bahasa Sepanyol di mana penggunanya sebanyak 399 juta orang atau sekitar 5.5 peratus dari seluruh populasi dunia.
3. Inggeris
Kedudukan bahasa Inggeris di tempat ketiga tidak perlu dinafikan lagi apatah lagi ia sering dijadikan sebagai bahasa pengantaraan dalam bidang perniagaan, perjalanan dan hubungan antarabangsa.
4. Hindi
India memiliki 23 bahasa rasmi yang mana bahasa Hindi atau Urdu adalah sebagai bahasa utama komunikasi di negara itu.
5. Arab
Bahasa Arab digunakan oleh sekitar 250 juta penutur namun maklumat yang diletakkan bahasa ini di tangga ke lima tidak begitu jelas. Bahasa Arab sama seperti bahasa Cina, sangat berbeza dalam setiap dialeknya.
6. Portugis
Bahasa ini tersebar melalui kesan penjajahannya yang bermula pada abad ke-15, iaitu di Afrika, Asia dan Amerika Syarikat (AS). Kini bahasa Portugis ditutur oleh 215 penutur asli di Brazil, Goa, Angola, Mozambique, Tanjung Verde, Guinea-Bisseau, Prĩncipe dan Macau.
7. Benggali
Bahasa Benggali juga termasuk dalam bahasa yang paling banyak digunakan di dunia iaitu seramai 189 juta orang.
8. Rusia
Bahasa ini merupakan bahasa kelapan di dunia dari segi jumlah penuturnya dan merupakan bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Bahasa ini juga dituturkan secara meluas di 17 negara dua benua seperti mana bahasa Mandarin, Inggeris, Hindi dan Sepanyol.
9. Jepun
Hampir kesemua 130 juta penutur asli Jepun tinggal di Jepun. Kumpulan terbesar yang tinggal di luar Jepun boleh didapati di negara Amerika Syarikat, Filipina dan Brazil.
10. Punjabi
Punjabi adalah bahasa yang sering digunakan di India dan Pakistan. Ianya digunakan oleh 102 juta orang yang menggunakan bahasa ini.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...