MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, January 18, 2017

Jangan malu cari rezeki

Related image

Tidak dapat dinafikan pendapatan diperoleh melalui pekerjaan tetap tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian isi rumah setiap bulan. Ditambah dengan keadaan kos sara hidup dan harga barang yang semakin meningkat, ia pasti menambahkan bebanan kewangan kepada sesiapa sahaja.

Apatah lagi jika berstatus pelajar yang mana perbelanjaan harian hanya bergantung kepada keluarga, biasiswa dan tabung pendidikan semata-mata. Antara penyelesaian masalah ini adalah dengan melakukan kerja sambilan dan yang penting adalah kita tidak perlu malu jika apa yang dilakukan boleh memberi kesenangan kepada kita dan menghilangkan beban kewangan ditanggung. Bagaimanapun, banyak perkara perlu dipertimbangkan dan dikorbankan jika ingin melakukan kerja sambilan memandangkan status pelajar yang dibawa. Adakah ia mendapat persetujuan keluarga? Pihak pengurusan tempat belajar sama ada kolej atau universiti? Dan banyak lagi perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk bekerja sambilan.

Tambah pendapatan
Selain boleh menyelesaikan masalah kewangan ditanggung, kita juga boleh meringankan beban keluarga kerana sudah mempunyai pendapatan sendiri. Malah bayaran yuran setiap semester juga tidak lagi perlu mengharapkan bantuan keluarga. Selain itu, kerja sambilan juga memberi pengalaman baru kepada individu terbabit. Di sinilah kita belajar perih jerih ibu bapa mencari wang untuk menanggung keluarga dulu serta membentuk keyakinan diri untuk terus maju dalam hidup.

Berdikari
Keinginan untuk bekerja sambilan ini perlu bergantung kepada diri sendiri sama ada boleh ataupun tidak. Jika mereka sanggup, buatlah. Jika tidak dan hanya mendatangkan keletihan dan empunya badan rasa tidak berbaloi untuk meneruskannya, maka tak perlulah. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak mampu dilakukan hingga mengabaikan pelajaran. Pertimbangkan sebaik mungkin masalah yang akan berlaku jika sudah membuat untuk terus melakukannya.

Lakukan asal halal
Paling penting kerja yang dilakukan adalah halal kerana wang diperoleh akan digunakan untuk membayar yuran pembelajaran serta makan minum. Jika wang yang diperoleh tidak halal maka ia akan memberi kesan kepada diri sendiri serta pelajaran. Oleh itu, sebagai pelajar adalah penting untuk mencari kerja sambilan yang tidak menyalahi undang-undang. Bagaimanapun tidak perlulah memilih, lakukan kerja yang termampu mengikut kemampuan serta masa kerana pelajaran masih penting walaupun ketika bekerja sambilan.

Perlu berkorban
Jika mempunyai kerja sambilan, masa untuk menelaah pelajaran akan berkurangan. Di sinilah pembahagian masa penting untuk mencapai kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik ataupun pekerjaan yang dilakukan. Kerana terdapat juga ramai pelajar terkandas dalam pelajaran mereka akibat terlalu taksub dengan mencari wang lebih untuk menampung perbelanjaan harian.  Bagaimanapun perlu diingatkan pelajaran masih lagi perkara terpenting yang perlu diambil kira dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. 

Buang rasa malu
Kita tidak seharusnya rasa malu jika membuat kerja sambilan seperti budak pencuci bilik hotel ataupun pelayan kedai makan. Apa yang harus kita sematkan dalam fikiran adalah kerja yang dilakukan dan wang peroleh halal di sisi agama. Oleh itu, perkara utama yang perlu dilakukan sebelum mencari kerja sambilan ialah kita perlu melihat keadaan diri sendiri. Adakah kita mampu melakukannya ataupun tidak?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia