JUDUL BUKU TERKINI
Thursday, November 24, 2016
Percutian adalah sesuatu yang menyeronokkan, peluang untuk menghilangkan tekanan dan melupakan tugas di pejabat ataupun rumah. Namun ada kalanya percutian yang sepatutnya menjanjikan keseronokan boleh membuatkan kita menjadi tertekan. Antara tips yang boleh membantu anda untuk menghindari tekanan semasa mahu bercuti adalah seperti berikut : 1) Wang adalah sesuatu yang terpenting dalam perancangan...
Continue ReadingTuesday, November 22, 2016
Anda perlu menyenaraikan setiap sumber dan punca pendapatan pada setiap bulan. Catatkan gaji bersih selepas ditolak potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, cukai dan juga Perkeso. Daripada gaji bersih itulah anda menyediakan bajet mengikut kemampuan dan keperluan pada setiap bulan.
Anda perlu memasukkan sekali punca kewangan sampingan ke dalam bajet. Contohnya elaun tetap, pendapatan daripada kerja sampingan dan sebagainya. Mulai sekarang, sediakan bajet bulanan anda.
Senaraikan perbelanjaan
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah bahagikan perbelanjaan kepada tiga kategori iaitu tetap, berubah-ubah dan berdasarkan budi bicara. Apabila membahagikan kepada setiap kategori ini, anda akan dapat membuat bajet mengikut kepada pendapatan pada bulan itu. Bagi kategori tetap, mungkin tidak banyak yang boleh anda ubah. Namun bagi kategori berubah-ubah, mungkin ada yang boleh anda 'usik' untuk disesuaikan dengan bajet anda pada bulan tersebut.
Selain itu, 10 peratus daripada pendapatan hendaklah disimpan sebelum anda berbelanja dan bukan daripada lebihan yang telah anda belanjakan.
Tentukan aliran tunai bersih
Hal ini penting untuk anda menentukan bajet agar bajet yang anda sediakan tidak menjerat diri sendiri. Antara yang boleh anda tentukan ialah :-
- Jika ada lebihan, syabas. Pastikan bajet anda mengikut perbelanjaan sebenar.
- Jika terdapat defisit, semak semula bajet dengan mengurangkan perbelanjaan budi bicara sehingga kedudukan aliran tunai menjadi positif.
- Sebaiknya anda mempunyai lebihan wang untuk membina dana kecemasan.
Senarai sumber Anda perlu menyenaraikan setiap sumber dan punca pendapatan pada setiap bulan. Catatkan gaji bersih selepas ditolak potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, cukai dan juga Perkeso. Daripada gaji bersih itulah anda menyediakan bajet mengikut kemampuan dan keperluan pada setiap bulan. Anda perlu memasukkan sekali punca kewangan sampingan ke dalam bajet. Contohnya elaun tetap, pendapa...
Continue ReadingMonday, November 21, 2016
Sumber daripada : Majalah Mingguan Wanita Januari 2015
Makanan bergoreng - Makanan bergoreng memang sedap tetapi ia tidak boleh dijadikan amalan kerana memberi kesan janka panjang terhadap kesihatan. Dikatakan individu yang gemar mengambil makanan bergoreng boleh mendatangkan impak negatif terhadap radang sendi melalui, radang yang berlaku semakin teruk dan berpunca oleh pertambahan berat badan. Ini secara tidak langsung mendatangkan tekanan yang leb...
Continue ReadingTuesday, November 15, 2016
![]() |
Oleh:Nadia Mingguan Wanita |
Sebagai tanda syukur, masyarakat Islam digalakkan untuk melaksanakan beberapa amalan tertentu sewaktu menyambut kelahiran bayi seperti yang terkandung dalam syariat islam.
1. Azan atau istiqamah
Sebaik anak anda selamat dilahirkan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah bayi itu peril diazankan dan diiqamatkan. Kalimah pertama yang didengar oleh anak anda dipercayai dapat menjadi banteng daripada gangguan syaitan. Selain itu, sunat dibacakan pada telinga kanan bayi dengan doa yang bermaksud, “bahawasanya, aku pohon perlindungan Engkau, diri anak ini dan zuriat keturunannya kelak daripada tipu daya syaitan”
2. Khabar gembira
Anda disunatkan menghebahkan kelahirannya kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga. Ini dilakukan sebagai tanda kesyukuran dengan anugerah Allah. Bagi yang menerima berita gembira ini pula disunatkan mengucapkan tahniah sambil mendoakan kebaikan untuk ibu bapa dan bayi tersebut.
3. Nama
Nama yang dipilih untuk anak selok-eloknya disediakan terlebih dahulu. Bila sudah ada nama yang berkenan di hati, rujuk nama tersebut kepada orang yang tahu dan faham bahasa Arab. Ketahuilah sama ada sebutan dan ejaannya betul sebelum dicatatkan ke dalam sijil kelahiran anak. Sebaik-baiknya biarlah nama yang telah dipilih itu dirasmikan atau disiytiharkan pada hari ketujuh sambil dilakukan akikah.
4. Tahnik
Letakkan sedikit isi buah kurma pada bahagian lelangit setelah bayi dilahirkan sehingga isinya menyentuh keseluruhan mulut bayi dan masuk ke dalam rongga tekaknya. Amalan ini dapat menguatkan saraf-saraf yang terdapat dalam mulut bayi.
5. Cukur rambut
Amalan cukur rambut sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan, kemudian disunatkan pula bersedekah perak yang beratnya sama dengan timbangan rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin jika berkemampuan.
6. Akikah
Sebagai tanda gembira, buatlah kenduri makan. Dengan majlis akikah yang dianjurkan, diharap dapat mengeratkan hubungan sesame keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga. Dalam pada itu, dua ekor kambing (anak lelaki) ataupun seekor kambing (anak perempuan) perlu diakikahkan untuk amalan ini dan dagingnya akan dibahagi-bahagikan kepada para tetamu.
7. Khatan
Masa kini, menjadi kegemaran ibu bapa mengkhatankan anak sebaik sahaja dilahirkan. Ini terutamanya bagi anak lelaki. Berkhatan dilakukan untuk menjamin kebersihan agar dapat menghindarkan penyakit yang disebabkan oleh najis yang terkumpul di bahagian zakar.
Oleh:Nadia Mingguan Wanita Sebagai tanda syukur, masyarakat Islam digalakkan untuk melaksanakan beberapa amalan tertentu sewaktu menyambut kelahiran bayi seperti yang terkandung dalam syariat islam.1. Azan atau istiqamahSebaik anak anda selamat dilahirkan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah bayi itu peril diazankan dan diiqamatkan. Kalimah pertama yang didengar oleh anak anda dipercaya...
Continue ReadingMonday, November 14, 2016
Masih panas hati dengan isu kenaikan harga minyak? Nak tak nak, anda tetap kena teruskan hidup tetapi dengan cara jimat tersendiri. Ya, membesarkan keluarga secara bajet perkara yang sukar. Mungkin ada yang tahap nak beranak ramai pun takut! Sebenarnya ini memerlukan daya kreatif dan strategi bagi memastikan kewangan teratur. Berikut adalah cara yang boleh dilakukan oleh suri rumah bagi menjimatk...
Continue ReadingLedakan teknologi canggih dan penularan penggunaan internet memperlihatkan majoriti kes yang dahulunya menjadi sulit namun kini dengan mudah tersebar luas tanpa kawalan.Kadang kes-kes yang belum sempat mendapat maklum balas daripada pihak berkuasa namun sudah dihakimi oleh ‘keypad warriors’. Sehinggakan mengganggu tugas pihak berkuasa untuk mendapatkan bukti.Mungkin ada pro dan kontra peranan med...
Continue ReadingTuesday, November 8, 2016
Pusat Darah Negara bertanggungjawab untuk menyedia dan membekalkan darah yang mencukupi, selamat dan berkualiti kepada masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan status kewangan penerima.
Manfaat menderma darah
- Penghasilan sel darah baru oleh sumsum tulang
- Dapat mengetahui jenis darah
- Pemeriksaan perubatan mini
- Vaksin Hepatitis B percuma
- Kemudahan percuma rawatan hospital
- Menyelamatkan tiga nyawa dengan setiap pendermaan
- Pendaftaran
- Pemeriksaan darah
- Berat badan
- Tekanan darah
- Pendermaan darah
- Seseorang penderma darah boleh menderma darah setiap 3 bulan sekali.
- Kajian di Finland dalam American Journal Of Epidemiologi mendapati penderma lelaki yang menderma sekurang-kurangnya sekali setahun mempunyai risiko 88% lebih rendah mendapat serangan jantung berbanding dengan bukan penderma.
Pusat Darah Negara adalah salah satu institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkhidmat sebagai pusat koordinasi dan rujukan perkhidmatan transfusi perubatan seluruh negara dan juga menjalankan kutipan darah bagi Wilayah Tengah seperti Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Barat. Pusat Darah Negara bertanggungjawab untuk menyedia dan membekalkan darah yang...
Continue ReadingPerpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
WebOpac Pencarian Buku (Ibu Pejabat)
WebOpac Pencarian Buku (Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Tengah)
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
►
2025
(437)
- ► March 2025 (63)
- ► February 2025 (211)
- ► January 2025 (163)
-
►
2024
(2888)
- ► December 2024 (137)
- ► November 2024 (222)
- ► October 2024 (157)
- ► September 2024 (163)
- ► August 2024 (215)
- ► April 2024 (237)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (361)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
▼
2016
(111)
- ► December 2016 (6)
- ▼ November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
►
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
►
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
►
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
►
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
►
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
1. Lakukan Pemeriksaan Mata Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setah...
-
Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan. Beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang or...
-
Secara umumnya, yang dimaksudkan dengan keselamatan kanak-kanak di TASKA antaranya ialah dimana; Pengasuh bertanggungjawab memastikan setiap...