Komunikasi mewujudkan keluarga yang ceria
Komunikasi dalam keluarga merupakan
salah satu faktor untuk boleh mewujudkan keluarga yang ceria, bahagia
dan harmoni. Dengan wujudkan komunikasi yang berkesan, anak-anak akan
dapat dimotivasikan dari semasa ke semasa agar mereka menjadi insan yang
bersemangat, progresif, prokatif dan berfikiran positif. Untuk
memotivasikan anak-anak, ibu bapa perlulah menggunakan kaedah komunikasi
ynag berkesan agar matlamat dan harapan kita untuk mewujudkan insan
yang berguna dan berakhlak akan tercapai. Oleh itu kaedah komunikasi
untuk meningkatkan motivasi di kalangan anak-anak adalah seperti
berikut:
1. Penerangan yang jelas.
Penyelidikan menunjukkan kebanyakan
kanak-kanak dan remaja tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan
kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Ibu bapa
sepatutnya perlu menjelaskan perkara berikut:
a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?
b. Apa kaitan sesuatu tugasan dengan kehidupan?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.
e. Jelaskan kepada mereka apa yang mereka akan perolehi dan kecapi hasil sesuatu tugasan atau kerja.
b. Apa kaitan sesuatu tugasan dengan kehidupan?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.
e. Jelaskan kepada mereka apa yang mereka akan perolehi dan kecapi hasil sesuatu tugasan atau kerja.
2. Ganjaran.
Anak yang tidak mempunyai motivasi
dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan
pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan anak dan
suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai
bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan
daripada tugas harian dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan
terhadap pencapaian yang diperoleh tetapi juga terhadap usaha ynag
diberikan. Berikan insentif agar anak berusaha untuk menguasai
pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain.
Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman
anak.
3. Tetap dan Mantapkan Matlamat.
Setiap anak mestilah disuruh menetapkan
matlamat untuk pendidikan dan masa depan. Ikuti perkembangan anak dan
pastikan setiap anak mampu merealisasikan matlamat masing-masing.
4. Berikan Perhatian.
Anak akan memberikan tindak balas yang
positif terhadap ibu bapa yang ambil berat tentang diri dan masalah
mereka. Memahami adalah lebih baik daripada menghukum. Ada ketikanya ibu
bapa perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang
pernah mereka lakukan dan lain-lain sebagai satu teladan untuk pelajar.
Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan
saling bertanggungjawab. Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan
mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan
kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari
kesilapan. Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka?
Sejauh mana progres mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan
mereka? Dan sebagainya.
5. Penglibatan dan penyertaan.
Salah satu kunci motivasi diri ialah
penglibatan aktif dan penyertaan dalam setiap aktiviti kekeluargaan.
Rangsang anak untuk terlibat dalam aktiviti luar, interaksi antara
adik-beradik dan saling membantu. Anak akan lebih bermotivasi apabila
mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap
pelajar dalam pelbagai kerja ibu bapa seperti memasak, mengemas rumah
atau berkebun.
6. Penuhi keperluan.
Ibu bapa mestilah sedar bahawa setiap
anak memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan
kebebasan. Misalnya, memberikan peluang anak yang tua menyelesaikan
masalah-masalah kecil di kalangan adik-beradik. Atau memberi peluang
kepada mereka memberikan pendapat dan pandangan sepert aspek hiasan
dalaman atau sebagainya.
7. Kepelbagaian Emosi dan watak.
Kekuatan memori ada kaitannya dengan
tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Anak akan lebih mudah
mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi.
Anak akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur
kepelbagaian emosi dan watak kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu
untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat
anak terhadap apa yang mahu anda sampaikan.
8. Terapkan Aspek Kemahiran.
Ajarkan mereka beberapa aspek kemahiran
komunikasi dan sosial. Contohnya beri peluang untuk mereka 'memberi
ceramah' atau melayan tetamu yang datang. Juga terapkan kepada mereka
teknik pembelajaran yang berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca,
kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam fikiran 'boleh' dalam
setiap yang dilakukan.
9. Amalkan Prinsip MAT
Mesra, Adil dan Tegas. Berkomunikasilah
dengan mesra dan memberi layanan dan adil dan saksama tanpa memilih
kasih dan dalam masa yang sama tegas dan berprinsip dalam mendisiplinkan
anak-anak.
Sumber : Wanita, November 2001
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...