MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, February 24, 2015

Amalan Ringkas Untuk Pemanduan Berhemah


Hampir saban hari termuat di dada akhbar negara kita, berita kemalangan yang meragut nyawa dan kadar kemalangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Keadaan ini menjadi lebih parah lagi apabila menjelangnya hari-hari perayaan, seolah-olah musim perayaan itu menjadi perangkap maut yang hanya menunggu untuk membaham mangsa. Kajian menunjukkan peratusan kecuaian manusia penyebab utama sesuatu kemalangan terjadi. Antara amalan ringkas untuk pemanduan berhemah yang boleh dipraktikkan ialah:
  1. Apabila berada dalam kesesakan trafik, pastikan anda dalam keadaan tenang. Sentiasa nyalakan lampu isyarat sebelum bertukar lorong untuk menyatakan tujuan anda. Sekiranya anda dipotong pemandu lain, perlahankan kenderaan dan berikan ruang kepada pemandu tersebut untuk masuk ke laluan anda dan lemparkan senyuman kepadanya.
  2. Sekiranya anda berada di lorong laju dan seseorang ingin memotong, ke tepi dan biarkan kenderaan itu memotong. Anda mungkin memandu di lorong kanan dalam lingkungan had laju yang sepatutnya, tetapi anda mungkin membahayakan diri anda dengan menimbulkan kemarahan pemandu di belakang anda.
  3. Kekalkan jarak sekurang-kurangnya dua saat antara kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan. Sesetengah pemandu akan berasa marah jika diekori terlalu rapat. Sekiranya anda diekori terlalu rapat, beri isyarat dan beri laluan untuk pemandu di belakang anda untuk memotong.
  4. Gunakan hon jika perlu. Elak penggunaan hon secara berterusan sekiranya anda berasa marah dengan pemandu lain kerana perkara ini mengundang gejala samseng jalanan spontan.
  5. Kekalkan tangan anda di atas stereng dan elakkan membuat isyarat yang boleh menimbulkan kemarahan pemandu lain, termasuklah ekspresi “selamat” seperti menggelengkan kepala.
  6. Sekiranya ada pemandu yang naik marah, jangan memandang mata pemandu tersebut.
  7. Berikan ruang yang banyak kepada pemandu yang sedang marah. Sekiranya pemandu lain cuba untuk mencetuskan pergaduhan, jauhkan diri anda seboleh mungkin. Pergaduhan tidak akan timbul jika tiada orang yang ikut terlibat. Ibarat bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi.
  8. Dapatkan bantuan sekiranya anda merasakan diekori oleh pemandu yang sedang marah dan cuba untuk mencetuskan pergaduhan. Gunakan telefon bimbit untuk menghubungi polis. Jika tiada telefon bimbit, pandu ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti balai polis, pasar raya dan hospital. Jangan keluar dari kenderaan atau pulang ke rumah.
Amalkan sikap bersopan santun dan bertimbang rasa. Terimalah kenyataan bahawa anda akan bertemu dengan pelbagai kerenah pemandu di jalan raya, dan perwatakan seseorang akan berubah apabila tangannya memegang stereng kereta. Oleh itu, sematkan budaya biar lambat asal selamat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia