Makan epal sebelum ambil makanan berat
Umum mengetahui bahawa buah-buahan dan
sayur-sayuran sangat baik untuk mengekalkan tahap kesihatan. Seperti
epal, di samping rasa sedap ia juga membantu mengawal keinginan makan
dalam jumlah yang banyak. Amalkannya setiap kali sebelum makan kerana
epal kaya dengan serat sekali gus membuatkan anda cepat kenyang.
Minum teh
Makan dengan jumlah banyak sering
dikaitkan dengan gangguan emosi, tekanan atau kebosanan. Lazimnya,
kebanyakan individu yang berhadapan masalah ini merasa ingin makan
walaupun bukan disebabkan lapar. Cubalah minum teh hitam dan lihat 30
minit kemudian. Dikatakan, rasa lapar itu akan hilang sebanyak 47
peratus malah anda juga tidak lagi berkeinginan untuk makan atau
membuka peti sejuk tanpa sebab.
Ambil
sarapan sihat
Melambatkan waktu sarapan adalah alasan
yang kerap diberikan oleh individu yang 'kuat' makan. Boleh dikatakan
waktu siangnya, ada sahaja kudap-kudapan yang masuk ke mulut. Di
sinilah pentingnya pengambilan sarapan yang sihat. Anda akan berasa
kenyang sekali gus mengawal keinginan untuk makan sepanjang hari.
Sebaiknya, ambillah makanan yang mengandungi unsur protein yang
tinggi tanpa lemak tersembunyi kerana ia membuatkan anda berasa
kenyang.
Bijak
pilih makanan
Setiap makanan mengandungi nutrisi yang
berbeza. Sebagai contoh, 100 kalori dalam hidangan oat lebih
mengenyangkan berbanding 100 kalori snek kentang. Antara makanan yang
dicadangkan ialah kekacang, bijirin jagung dan buah-buahan.
Praktik
berjalan santai
Ketika perut berasa lapar, makanan yang
paling mudah diambil ialah kudap-kudapan. Sebolehnya elakkan makanan
sebegitu kerana ia kurang baik untuk kesihatan. Atasi keinginan itu
dengan berjalan-jalan mungkin di sekitar kawasan rumah atau di
tempat-tempat rekreasi. Peruntukan sekurang-kurangnya 15 hingga 20
minit. Terdapat satu kajian mengatakan, individu yang melakukan
aktiviti berjalan kaki sebelum makan coklat hanya mengambil setengah
kalori berbanding mereka yang tidak berjalan-jalan sebelum makan.
Menghidu
bau makanan
Salah satu cara yang boleh dilakukan
untuk mengurangkan nafsu makan adalah dengan mencium aroma makanan.
Bau vanila atau buah citrus diketahui berupaya menurunkan keinginan
mengambil makanan ringan. Sementara bau bunga melati pula dikatakan
mampu mengurangkan rasa untuk makan coklat. Jadi, bagi meredakan rasa
lapar, anda disarankan menghidu bau pudina.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...