Setiap musibah atau ujian dari Yang Maha
Esa, terkandung padanya pengajaran dan hikmah yang mesti dicungkil
dan disuluh dengan mata hati yang tajam. Ujian yang bertandang datang
kepada manusia, ia pasti. Sememangnya kita tidak boleh mengawal arah
angin, tetapi yang kita boleh dan kena kawal ialah layar hati kita.
Sediakanlah hati dan jiwa dengan persediaan berikut : -
- Tetapkan keyakinan dalam hati bahawa musibah itu daripada Allah.
- Menahan dan mengawal diri dengan sifat sabar.
- Banyakkan doa dan zikir.
- Tetap berusaha untuk mengatasi musibah itu.
- Segera bertaubat. Membanyakkan istighfar lantas bertawakal kepada Allah.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...