MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, August 7, 2012

Bahaya Bahan Pewarna Dalam Makanan Ringan

LONDON : Ibu bapa diingatkan mengelak anak-anak mereka mengambil makanan, gula-gula atau minuman mengandungi bahan campuran yang didakwa boleh menyebabkan anak kecil itu mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan.

Bahan atau campuran makanan itu merujuk kandungan bagi menambah nilai pemakanan, pengawetan, penstabil atau pewarna alkali. Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, kajian yang dibiayai Agensi Piawaian Makanan Britain (FSA) turut mengaitkan bahan campuran itu sebagai punca reaksi alahan dan menyebabkan penyakit lelah dan ruam.

Hasil kajian itu pasti menjejaskan sektor perindustrian makanan Britain yang berdepan gesaan supaya memastikan produk makanan kanak-kanak menggunakan bahan selamat. Kajian sekumpulan penyelidik Universiti Southampton itu hanya megesahkan lagi kajian awal yang mendakwa bahan campuran itu boleh menyebabkan alahan.

Selain mengkaji kesan penggunaan warna tiruan dalam makanan, penyelidik juga melihat kesan bahan pengawet sodium benzoate (E211), yang lazim digunakan dalam minuman ringan. Vyeyan Howard, Profesor di Universiti Ulster dan Penasihat FSA meggesa ibu bapa dan pengeluar makanan supaya melindungi generasi muda.

"Memang dari segi biologi, pengambilan bahan campuran itu ada kesannya. Apa yang boleh ibu bapa lakukan adalah melindungi anak mereka dengan mengelak makanan yang mengandungi bahan itu. Saya sendiri tidak mungkin memberikan makanan itu kepada bayi berusia 15 bulan," katanya.

Howard menggesa pengeluar dan pihak pengurusan pasar raya mengelak penggunaan bahan campuran itu. "Ia sepatutnya tidak digunakan kerana bahan itu sememangnya tidak mempunyai sebarang nilai dari segi khasiat. Jadi, mengapakah ia perlu digunakan? Peraturan ketat yang mengharamkan penggunaan bahan itu bagi kanak-kanak bawah usia setahun sememangnya wujud. Ini disebabkan otak dan sistem saraf penting sedang terbentuk ketika usia setahun."

Beberapa syarikat pengeluar makanan utama sudah pun memberi reaksi berikutan banyak bukti menunjukkan kesan penggunaan bahan kimia tiruan bertujuan memastikan produk mereka lebih menarik. Kebanyakan firma peruncit di Britain dilaporkan mengkaji semula dasar mereka mengenai kehadiran pewarna dalam makanan berikutan tekanan penduduk. - Agensi

Sumber : Berita Harian 10 Mei 2007


INFO :
Pewarna makanan
  • Tartrazine (E102)
  • Ponceau 4R (E124)
  • Sunset yellow (E110)
  • Carmoisine ((E122)
  • Quinoline yellow (E104)
  • AC (E129)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia