Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. | ||
Tip Mengurangkan Tekanan | ||
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
Jiwa kita akan menjadi tenang jika
membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang
susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar
misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum
mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah
bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai
bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan
waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu,
jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
Sebagai makhluk paling mulia di sisi
Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari.
Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat
taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang
terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan
solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada
Allah.
Allah telah berpesan iaitu jangan
menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya
kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu
mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum
waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah,
Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.
Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang
bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita
perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada
Allah yang Esa.
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan
terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu
adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai
hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan
janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita
juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Orang ramai selalu berkata bahawa badan
yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu
bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar
yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan
menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga
pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
Pengambilan makanan yang berlebihan dan
tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja.
Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet
dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan
kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah
jantung, darah tinggi, kencing manis.
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan
individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan
menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap
cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri
merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka
mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan
permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang
Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu
cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
Kita perlu mempunyai satu sikap yang
dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita
tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang
disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh
melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah
yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan
diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu
mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini,
kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih
dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap
lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan
di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh
dengan senyuman.
|
||
Kesimpulan | ||
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya. |
JUDUL BUKU TERKINI
Thursday, June 28, 2012
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi ten...
Continue ReadingTuesday, June 26, 2012
* Postur atau kedudukan badan yang tidak betul;
* Otot yang tidak kuat dan mudah mendapat tekanan apabila melakukan pergerakan secara berlebihan;
* Terdapat masalah pada tulang belakang seperti rapuh atau 'osteoporosis';
* Bagi wanita, kadang kala disebabkan oleh datang haid;
* Berat badan yang berlebihan;
* Duduk atau berdiri dalam satu posisi terlalu lama;
* Mengangkat barang yang terlalu berat.
LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
Untuk menghindari sakit belakang, anda dinasihatkan supaya :
* Memastikan postur atau kedudukan badan yang betul;
* Elakkan dari berdiri terlalu lama. Apabila berdiri, pastikan belakang anda lurus;
* Duduk dengan bahagian belakang yang lurus. Jika perlu, letakkan bantal kecil di bahagian belakang jika kerusi anda tidak mempunyai tempat sandaran yang elok.
Melibatkan diri dengan bersenam
* Senaman boleh menguatkan otot bahagian belakang. Anda boleh berenang, berbasikal atau berjalan kaki;
* Senaman yang menguatkan otot perut seperti 'sit ups' atau 'crunches' juga boleh membantu menguatkan bahagian belakang anda;
*Selalu lakukan senaman yang ringan yang tidak terlalu menegangkan otot seperti berjalan kaki, berenang dan sebagainya.
Mengelakkan dari melakukan pergerakan yang menyebabkan sakit pada bahagian belakang:
* Jika anda perlu berdiri atau duduk untuk masa yang agak lama, tukar posisi anda sekali sekala;
* Angkat barang dengan cara yang betul. Jangan membongkok apabila hendak mengambil barang dari atas lantai. Sebaik-baiknya, duduk mencangkung dan pastikan belakang awda berkeadaan betul.
Kurangkan rasa sakit pada bahagian belakang dengan:
* Berehat. Ini adalah untuk memberikan peluang kepada otot yang tercedera untuk sembuh;
* Letakkan tuala yang sederhana panas pada bahagian yang sakit selama 15 ke 30 minit;
* Makanlah ubat seperti 'paracetamol' untuk mengurangkan rasa sakit.
Bilakah awda perlu berjumpa doktor?
Anda perlu berjumpa doktor sekiranya:
* Sakit belakang yang disebabkan oleh terjatuh atau akibat pukulan pada bahagian belakang anda;
* Sakit belakang yang diikuti dengan lemah otot kaki dan hilang kawalan buang air kecil atau air besar;
* Sakit belakang yang berpanjangan untuk masa yang lama;
* Sakit belakang yang diikuti dengan tanda-tanda lain seperti air kencing berdarah.
Sakit belakang merupakan masalah yang kerap dialami oleh ramai orang. Terdapat banyak penyakit sakit belakang. Di antaranya :* Postur atau kedudukan badan yang tidak betul;* Otot yang tidak kuat dan mudah mendapat tekanan apabila melakukan pergerakan secara berlebihan;* Terdapat masalah pada tulang belakang seperti rapuh atau 'osteoporosis';* Bagi wanita, kadang kala disebabkan oleh datang ha...
Continue ReadingSukacita dimaklumkan, YB Menteri Kewangan II telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh sah laku baucar BR1M sehingga 31 Julai 2012 (Selasa). Persetujuan ini diputuskan dengan mengambil kira masih ramai individu belum lagi menerima baucar dan memastikan semua penerima BR1M dapat menunaikan baucar dalam tempoh masa tersebut. Tuntutan baucar BR1M (mulai 16 Jun sehingga 31 Julai 2012) hanya...
Continue ReadingTuesday, June 19, 2012
No. Yang di-Pertuan Agong Raja Permaisuri Agong Tempoh memerintah Negeri 1 Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin 31 Ogos 1957 - 1 April 1960 Negeri Sembilan 2 Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad 14 April 1960 - 1 September 1960 Se...
Continue ReadingBOSAN tidak menarik dan hanya akan pergi sekiranya terpaksa sahaja. Itu adalah jawapan "jujur" yang diberikan tatkala ditanya akan pandangan orang ramai berkaitan dengan perpustakaan negara. Tidak sekadar itu, mereka juga menganggap gedung ilmu itu hanya sesuai bagi golongan kanak-kanak dan penuntut institusi pengajian tinggi serta tidak bagi mereka yang sudah melepasi dunia itu. Bagi komuniti in...
Continue ReadingAntara kesalahan terbesar yang dilakukan oleh kebanyakan orang yang bersukan ataupun bersenam adalah tidak memanaskan badan (warm up) terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti tersebut. 1. Mengelakkan Kecederaan Rata-rata dari kita tahu bahawa tujuan memanaskan badan adalah untuk mengelakkan kecederaan. Bayangkan tubuh badan kita seperti sebuah kenderaan. Sesebuah kenderaan itu perlu...
Continue Reading
- Bercakap di telefon dengan suara yang kuat dan tertawa terbahak-bahak.
- Lambat datang ketika ada mesyuarat.
- Melihat komputer rakan kerja tanpa izin.
- Menggunakan wangian terlalu banyak.
- Mengambil barang atau benda milik rakan kerja anda tanpa pengetahuannya,
- Meminta rakan sekerja berbohong untuk anda.
- Membicarakan tentang keburukan rakan sekerja yang lain.
- Bersikap sombong dan merendahkan orang lain.
- Meminta bantuan namun dengan cara yang kasar dan tanpa ucapan terima kasih.
- Menuduh rakan sekerja melakukan kesalahan tanpa bukti.
- Bersikap talam dua muka untuk 'membodek' pihak atasan.
- Kedekut untuk berkongsi ilmu.
Anda sememangnya menjaga penampilan anda di tempat kerja tapi adakah sikap atau perilaku anda sebaik imej yang anda tampilkan? Boleh jadi anda sendiri tidak menyedari bahawa anda kerap melakukan perilaku buruk di pejabat malah membuatkan suasana di tempat kerja itu kurang selesa kerana sikap anda itu. Cuba semak 12 sikap buruk yang TIDAK PATUT anda lakukan ketika di tempat kerja agar suasana ja...
Continue ReadingMonday, June 18, 2012

Dab an essential oil of jasmine or peppermint on your arm and sniff. Scent researcher Alan Hirsch of the Chicago-based Smell And Taste Treatment Research Foundation says Jasmine increases the beta waves in the frontal lobes of your brain, enabling you to focus better and see things more acutely. Both scents stimulate the limbic systems in your brain, which in turn stimulates the rods in your ey...
Continue Reading
Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.
Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.
Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.
Bantahan orang Quraisy
Sekembali dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhamad telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat Quraisy terutama pemimpinnya Abu Jahal dan Abu Lahab .Bagi Abu Jahal , inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula . Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijr Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay.
Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya dengan cerita itu kerana baginya Muhamad adalah seorang al Amin. Abu Bakar sentiasa membenarkan khbar langit yang Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang Islam yang murtad selepas peristikwa itu.
Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi menceritakan masjid itu. Salah seorang dari mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa.
Khilaf(Perselisihan) tentang tarikh Israk Mikraj
Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.
- Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.
- Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.
- Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan
- Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir
- Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.
- Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.
- Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal
- Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan
- Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab
- Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.
- Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.
Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Israk Dan Mikraj kepada semua umat Islam.. Sama-samalah kita menghayati peristiwa di sebalik Israk Dan Mikraj.. Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. T...
Continue ReadingSunday, June 17, 2012
Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa dan bakal bapa di seluruh dunia... Kasih sayang seorang bapa tiada tandingan dan tanpa kasih sayang bapa, siapalah kami.......
Continue ReadingThursday, June 7, 2012
Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengu...
Continue ReadingRasa marah ni boleh disebabkan membawa kesan kepada dalaman dan luaran. Biasanya ia melibatkan perubahan fisiologikal dan biologikal seseorang ketika marah, tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga, adrenalin dan noradrenaline. Jadi jika anda ingin hidup dengan lebih seronok dan sihat,anda seharusnya mengawal kemarahan anda.
Bertenang
Ambil nafas dalam-dalam (dari bahagian diafragma). Jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda. Bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan 'bertenang' dan 'jangan susah hati'. Ulanginya dalam diri anda sendiri sambil mengambil nafas yang dalam.
Gunakan daya imaginasi anda untuk membayangkan suasana yang menenangkan, tidak kiralah sama ada ia hanya imaginasi ataupun dan kenangan lama. Lakukan latihan ala-ala yoga yang boleh menenangkan otot-otot anda dan menenangkan perasaan.
Susun semula pemikiran
Ringkasnya di sini, teknik ini bermaksud anda perlu mengubah cara pemikiran. Kebiasaannya seseorang yang sedang marah akan menghamburkan kata-kata caci maki, menyumpah-nyumpah atau bertindak keterlaluan. Pendek kata, pemikirannya akan berubah serta-merta. Jadi, setiap kali berasa marah, cuba tukarkan perkara-perkara tensebut dengan sesuatu yang lebih rasional. Contohnya, katakan pada diri anda; 'Ia sungguh mengecewakan', 'ia memang teruk', 'segalanya sudah musnah' dan 'saya faham yang saya sangat sedih kerananya, tapi ia bukan bermakna harapan tidak lagi ada dan marah bukanlah jalan penyelesaiannya'.
Berhati-hati dengan kata-kata 'tidak mungkin' atau 'selalu' ketika bercakap tentang diri anda dan orang lain. Contohnya, 'mesti ni tak pernah boleh digunakan' ATAU 'awak ni selalu lupa benda-benda penting'. Ini kerana ayat-ayat begini akan membuatkan anda atau orang lain rasa patah semangat untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ketika itu. Ingatkan diri anda; marah tidak dapat menyelesaikan masalah.
Selesaikan masalah
Kadangkala kemarahan atau kekecewaan itu timbul kerana beberapa masalah dalam hidup. Tapi bak kata orang, setiap masalah ada penyelesaiannya:
- Rangka perancangan anda.
- Jangan lupa semak perkembangannya.
- Selesaikan masalah dengan cara yang paling baik tapi jangan terlalu menyalahkan diri sendiri jika anda tidak dapat memenuhi perancangan anda.
- Berusaha sebaik mungkin akan mengurangkan tekanan anda, walaupun ia mungkin tidak selesai serta-merta.
Komunikasi yang baik
Kebiasaannya orang yang sedang marah terlalu cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu dan ia boleh jadi tidak tepat. Jika anda menghadapi satu perbincangan hangat yang mungkin mencetuskan kemarahan, anda patut bawa bentenang dan fikirkan sebaik-baiknya terlebih dahulu. Usah suarakan perkara pertama yang terlintas di fikiran serta-merta tanpa berfikir.
Jadilah seorang pendengar yang baik - terutamanya pada perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemarahan. Jika anda dikritik, jangan melawan. Banyakkan mendengar dari pihak tersebut. Kekalkan ketenangan dalam diri anda bagi mengelakkan keadaan jadi lebih buruk.
Bertukar angin
Kadangkala, suasana sekeliling membuatkan kita rasa tertekan. Masalah tanggungjawab yang banyak pula amat membebankan dan semua ini membuatkan anda manah. Jadi anda haruslah membuka ruang pada diri sendiri. Luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang anda suka seperti bercuti dan sebagainya untuk memperbaharui mood anda.
Mencari alternatif
Jika sesuatu perkara itu sudah dijangkakan menimbulkan kemarahan, anda harus bijak mencari alternatif untuk mengelakkan dari berdepan dengan masalah itu. Sebagai contoh, jika kesesakan jalan raya sering menyebabkan anda marah, gunakan pengangkutan lain sepenti komuter, LRT dan sebagainya untuk ke pejabat.
Marahlah secara sihat
Ingatlah bahawa kemarahan merupakan emosi normal manusia. Dengan itu, harus diberi perhatian bahawa emosi yang baik penting untuk kita terus hidup dan untuk mempertahankan diri. Marahlah dengan cara yang sepatutnya dan terkawal tanpa menggunakan kekerasan atau kata-kata kesat. Tetapi usah memendamnya kerana kemarahan yang tidak diluahkan akan memberi kesan negatif terhadap seorang individu itudari segi mental baik fizikal.
Marah merupakan emosi yang tidak asing lagi yang berlaku kepada setiap manusia sekalipun mereka normal dan sihat. Tetapi apabila perasaan marah ini tidak dapat dikawal dan menguasai dii sendiri, emosi ini akan mengundang masalah di tempat kerja, dalam rumah tangga mahupun dalam keseluruhan kehidupan anda. Kemarahan yang tidak terkawal akan menyebabkan punca utama pergaduhan,perteli...
Continue ReadingPerpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
WebOpac Pencarian Buku (Ibu Pejabat)
WebOpac Pencarian Buku (Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Tengah)
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
►
2025
(421)
- ► March 2025 (47)
- ► February 2025 (211)
- ► January 2025 (163)
-
►
2024
(2888)
- ► December 2024 (137)
- ► November 2024 (222)
- ► October 2024 (157)
- ► September 2024 (163)
- ► August 2024 (215)
- ► April 2024 (237)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (361)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
►
2016
(111)
- ► December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
►
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
►
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
►
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
▼
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
-
▼
June 2012
(27)
- Mengatasi Tekanan Perasaan Mengikut Cara Islam
- Mengatasi sakit belakang
- Pelanjutan Tempoh Sah Laku Baucar BR1M Sehingga 31...
- Senarai Yang di-Pertuan Agong Sejak 1957
- Suasana di Perpustakaan Perlukan Perubahan
- 7 Sebab Mengapa Anda Perlu 'Warm Up' Sebelum Bersukan
- 12 Sikap Buruk Di Tempat Kerja
- Simple Tips For Better Vision
- Selamat Menyambut Israk & Mikraj
- Selamat Hari Bapa
- Cara Mudah Untuk Membuat Anak Anda Disayangi
- Cara Mengawal Kemarahan
- TRANSIT ZUHRAH - Rabu, 6 Jun 2012
- Sipnosis buku : Yakjuj & Makjuj : Bencana Di Seba...
- Sipnosis Buku : Natrah (1937 - 2009) Nadra@Huberd...
- Awas Pengguna Facebook! JANGAN MUDAH TERTIPU!!!
- Penyakit Gusi
- Cara Memilih Dan Membeli Sofa
- Penjagaan Tilam Dengan Betul
- Rahsia Jantung Yang Sentiasa Berdegup
- Khasiat Tumbuhan Liar
- Sudut Kesihatan - 8 Kebaikan Bawang Putih
- 10 Tips Penjagaan Mata Bagi Pengguna Komputer
- Koleksi Mutiara Kata
- Ketahui Rahsia Penyakit Melalui Jari
- 4 Cara Hilangkan Rasa Gugup
- Selamat Hari Gawai
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
►
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytihar...