- Bil. Pengunjung = 190 orang
- Bil. Bahan Dipinjam = 29 buah
- Bil. Bahan Dipulangkan = 16 buah
- Bil. Bahan Dirujuk = 95 buah
- Bil. Pengguna Internet = 15 orang
- Pertanyaan Rujukan = 16 orang
JUDUL BUKU TERKINI
Wednesday, November 30, 2011
Berikut adalah statistik pengunjung ke Perpustakaan Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya untuk Bulan November 2011. Bil. Pengunjung = 190 orang Bil. Bahan Dipinjam = 29 buah Bil. Bahan Dipulangkan = 16 buah Bil. Bahan Dirujuk = 95 buah Bil. Pengguna Internet = 15 orang Pertanyaan Rujukan = 16 orang...
Continue ReadingPERISYTIHARAN
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
- Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
- Memelihara cara hidup demokratik
- Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
- Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
- Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. PERISYTIHARAN Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara cara hidup dem...
Continue ReadingTuesday, November 29, 2011
Pemerdagangan orang haram
Pemerdagangan orang haram PUTRAJAYA 10 Sept. - Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa sebarang bentuk memperdagang dan mengeksploitasi manusia adalah menyalahi hukum syarak dan haram. Setiausahanya yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha menegaskan, kegiatan itu sangat ditegah dalam Islam kerana manusia ialah makhluk y...
Continue ReadingRINGKASAN DARI SEGI MAKNA
Makna hakikat kesabaran ialah manhaj-manhaj yang amali dari sudut menyelesaikan masalah dan matlamat sebenar. Kesabaran ialah kunci kehidupan bagi seluruh makhluk alam ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa. Fikrah kesabaran boleh diambil i’brah sebagai contoh jika dibayangkan bumi ini bergerak dan berfungsi tanpa ada sifat kesabaran, dengan secara tiba-tiba malam bertukar kepada siang, dan sebaliknya, dan bayangkan tumbuhan yang tumbuh sekali gus tanpa menyempat, memang hancurlah bumi Allah ini tanpa hala tujuan dan tidakkah keadaan ini menyulitkan.
NAS
Nabi Muhammad SAW pernah memberi wasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas pada hari perkahwinan Saidina Ali dengan Fatimah anak perempuan Rasulullah. Salah satu daripada 13 wasiat Rasulullah kepada Ali adalah memintanya untuk sentiasa bersabar ketika mendepani perasaan amarah. Sabda Muhammad Rasulullah:
Kesimpulan
Sebenarnya Allah hendak menunjukkan hambanya agar perlu bersabar dalam mencapai sesuatu dan janganlah bergopoh-gopoh dalam sesuatu hal kerana ini sebahagian perbuatan iblis yang berusaha menyesatkan keturunan Nabi Adam. Dan ingatlah hanya kesabaran orang yang beriman sahaja akan berpanjangan. Peliharalah iman seseorang perlulah sentiasa berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah agar manusia tidak mudah digoda oleh iblis dan syaitan laknatullah.
Sabar dalam konteks Islam adalah salah satu dari sifat mahmudah yang perlu dan mesti wujud dalam diri setiap umat manusia Nabi Muhammad SAW, ini kerana sifat sabar ini adalah perkara asas dalam akhlak Agama Islam, bahkan ia juga ibu kepada segala akhlak di dunia. RINGKASAN DARI SEGI MAKNA Makna hakikat kesabaran ialah manhaj-manhaj yang amali dari sudut menyelesaikan masalah...
Continue ReadingNamun antara sedar atau tidak fesyen mampu menjejaskan kesihatan kita apatah lagi ia boleh menyebabkan beberapa penyakit sampingan yang boleh mengganggu kehidupan seharian.
Kasut tumit tinggi contohnya, adalah aksesori mesti ada bagi kaum wanita. Terdapat pelbagai rekaan, warna dan jenama dengan harga berbeza dijual di pelbagai pusat beli belah. Kasut tumit tinggi memberikan tekanan pada lutut dan kajian dilakukan Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang mengenakan sepatu tumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.
Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.
Bagi mengelakkan mengalami penyakit itu, persatuan berkenaan menyarankan wanita supaya memakai sepatu dengan tumit tidak melebihi 2 cm dan tempoh pemakaiannya tidak melebihi tiga jam secara berterusan.
Menurut satu kajian yang dijalankan di London, tindakan memakai kasut tumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak.
Gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut betumit setinggi 12.7 cm memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.
Lebih mengejutkan apabila sesetengah reka bentuk terbaru kasut tumit tinggi boleh membuatkan rambut gugur. Ini berlaku kerana kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanit menyangka ia adalah ‘perut buncit’.
Keadaan ini memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Dan ia turut memberi kesan pada leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut. Visceroptosis ialah keadaan yang biasanya menyerang wanita memakai korset atau barut tetapi kini ia menemui ‘mangsa’ baru dengan menjadikan kaki sebagai sasaran. Menurut kajian sama, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan masalah kesuburan dan kitaran haid serta fungsi bahagian atas tubuh badan. Selain kasut tumit tinggi, pemakaian tas tangan juga boleh menjejaskan kesihatan terutama yang besar dan berat kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada tulang. Kajian pakar tulang mendapati barangan yang banyak di dalam tas tangan akan memberikan tekanan pada tulang bahu sekali gus menyakitkan otot pada satu sisi badan.
Lebih serius tekanan itu akan mendatangkan kesan kepada punggung dan bahu. Untuk mengatasinya , anda boleh cuba menggunakan beg seimbang pada kedua-dua belah bahu. Jika anda masih enggan menukar kepada beg gaya sandang itu, cuba gilirkan letak tali beg sandang bagi mengurangkan kesakitan otot pada hanya sebelah bahu.
Satu lagi kaedah yang dapat membantu adalah usahakan untuk berdiri tegak ketika menyandang tas tangan dan sesekali rehatkan bahu anda dengan cara meletakkan beg di bawah jika ada kesempatan.
Wanita dan dunia fesyen tidak dapat dipisahkan . Ada segelintir wanita gemar bergaya sehingga sanggup membelanjakan banyak wang semata-mata untuk mendapatkan rekaan terkini kasut, beg tangan atau pakaian. Namun antara sedar atau tidak fesyen mampu menjejaskan kesihatan kita apatah lagi ia boleh menyebabkan beberapa penyakit sampingan yang boleh mengganggu kehidupan seharian. Kasut tumi...
Continue ReadingSunday, November 27, 2011
Friday, November 25, 2011
27 November 2011
Anjuran :
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Perpustakaan Negara Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Masjid Putra, Putrajaya
Salam 1Malaysia, Sukacitanya, kami ingin menjemput kepada semua rakan-rakan untuk menjayakan Program Mari Membaca 1Malaysia : Iqra' @ Masjid Putra 2011. Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi majlis ini... JUMPA ANDA DI SANA !!! Bertempat di Masjid Putra, Putrajaya 27 November 2011 Anjuran : Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Perpustakaan Negara Malaysia...
Continue ReadingApakah itu kanser servik?
- Kanser pangkal rahim.
- Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
- Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
- Ia boleh terbahagi kepada :
- Peringkat awal
- Berlaku di sekitar servik
- Peringkat lewat
- Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
- seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
- Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
- Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
- Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
- 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
- 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.
Apakah penyebab kanser pangkal rahim?
- Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
- Mempunyai pasangan seks berbilang
- Mengandung lebih dari 5
- Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
- Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
- Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
- Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?
Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:
- Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
- Perdarahan yang banyak
- Perdarahan yang berpanjangan
- Perdarahan di antara haid
- Sakit
- Kehadiran darah beku
- Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
- Sakit semasa hubungan seksual
- Perdarahan dari vagina selepas putus haid
- Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
- Berbau
- Bercampur darah
Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?
Ya, boleh. Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
- Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
- Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
- Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
- Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear
Apakah ujian yang mengesahkannya?
- Full blood count
- Liver function test
- Renal profile
Apakah rawatan yang disediakan?
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
- Pembedahan
- Radioterapi
- Kemoterapi
Amalkan cara hidup yang sihat.
Setia pada pasangan anda.
Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.
Apakah itu ujian Pap Smear?
- merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
- Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
- Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
- Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
- Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
- Tidak perlu ubat atau bius.
- Mengambil masa beberapa minit sahaja.
- Tidak menyakitkan.
- Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
- Tanggalkan seluar dalam.
- Berbaring di atas katil.
- Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
- Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
- Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
- Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
- Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
- Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
- Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
- Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
- Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
- Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
- Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
- Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
- Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
- Di semua klinik dan hospital kerajaan
- Di klinik/hospital swasta
- Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
- Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
- Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
- Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
- Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
- Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
- Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
- Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
- Apa yang patut dilakukan seterusnya :
- Rawatan susulan
- Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
- Jalani pemeriksaan kolposkopi
- Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
- Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
- Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
- Kurang menyakitkan.
- Sesetengah orang merasa tidak selesa.
- Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
- Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
- Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
- Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
- Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Rujukan.
- Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
- Ministry of Health, 2002. Annual Report
- Ministry of Health, 2003. Clinical Practice Guidelines - Management of Cervical Cancer
Apakah itu kanser servik? Kanser pangkal rahim. Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina. Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa. Ia boleh terbahagi kepada : Peringkat awal Berlaku di sekitar servik Peringkat lewat Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant' seperti paru-paru melalui sist...
Continue ReadingKanser ialah ketumbuhan sel-sel tidak normal secara tidak terkawal di dalam badan . Manakala kanser prostat merupakan ketumbuhan sel-sel tidak normal yang berlaku di dalam kelenjar prostat. Prostat ialah kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki. Ia juga dikenali sebagai karsinoma prostatik.
Bagaimana boleh diperjelaskan lagi mengenai kanser prostat ini?
Kelenjar prostat ialah sejenis kelenjar yang berbentuk kon. Ia terdapat pada sistem pembiakan lelaki dan terletak di bawah pundi kencing. Fungsi utamanya ialah menghasilkan sebahagian penting cecair seminal yang membawa air mani atau sperma. Prostat juga mengawal pengaliran keluar air kencing dari pundi kencing. Fungsi prostat dikawal atur oleh testosteron, sejenis hormon seks lelaki yang dihasilkan sepenuhnya oleh testikel. Risiko mendapat kanser prostat ini meningkat mengikut umur. Ia lebih lazim berlaku di kalangan kaum kulit hitam Afrika-Amerika berbanding dengan kaum kulit putih. Kanser ini lebih banyak dikesan di kalangan lelaki yang berumur 40 tahun ke atas. Lebih dari 75% kes-kes ini telah didiagnoskan di kalangan kaum lelaki yang berumur 65 tahun ke atas.
Bagaimanakah kanser prostat terbentuk?
Kanser prostat berlaku apabila sesetengah sel yang terdapat di kelenjar prostat melalui perubahan tertentu diluar kawalan semulajadi. Ia mula membiak, membesar dan merebak dalam keadaan yang tidak terkawal. Ia kemudiannya merebak (metastasis) ke bahagian-bahagian badan yang lain terutamanya tulang dan organ-organ tertentu.
Penyebab kanser prostat masih tidak diketahui tetapi sesetengah para pengkaji mempercayai bahawa kanser ini mungkin disebabkan oleh hormon lelaki terutamanya hormon testosteron. Hormon ini bertindak mempercepatkan pembentukan kanser prostat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor risiko yang boleh menggalakkan kejadian kanser tersebut.
Apakah gejala kanser prostat?
Di peringkat awal, kanser prostat selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala. Ini kerana lazimnya, penyakit ini dapat dikesan di peringkat awal, ketika gejalanya masih belum timbul.
Gejala bagi kanser prostat lazimnya bermula dengan :
• Bertambah keinginan untuk membuang air kecil.
• Aliran kencing menjadi lemah.
• Terdapat darah dalam air kencing.
• Sakit semasa membuang air kecil (tidak selalunya berlaku).
• Nodus limfa membengkak di sekitar kawasan kelangkang
• Hilang kawalan terhadap pembuangan air kecil.
• Seringkali terasa sakit di bahagian pelvis, saraf tunjang, pinggang, dan tulang dada.
Gejala di atas tidak semestinya bermakna seseorang itu menghidap kanser prostat. Mereka mungkin juga mengalami satu keadaan lain yang dinamakan hiperplasia benigna prostatik (Benign Prostatic Hyperplasia) - sejenis penyakit benigna yang terjadi di kalangan wargatua lelaki di mana kelenjar prostat mengalami pembesaran, apabila mereka meningkat tua.
Apakah faktor risiko yang boleh meningkatkan kanser prostat?
Kanser prostat hanya berlaku pada kaum lelaki. Sebagai seorang lelaki, anda telah pun mempunyai risiko untuk mendapat kanser prostat. Tetapi, terdapat juga beberapa faktor lain yang boleh meningkatkan risiko penyakit ini, seperti:
• Sejarah keluarga yang pernah mendapat kanser prostat.
• Pemakanan/diet.
• Ia meningkat mengikut umur.
• Pendedahan kepada bahan-bahan tertentu seperti kadmium, getah dan juga logam.
• Status perkahwinan - lelaki yang masih bujang mempunyai risiko yang lebih rendah mendapt kanser ini.
• Penduduk Amerika dan juga Eropah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat berbanding penduduk Asia.
Sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser prostat
Lelaki yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser prostat mempunyai risiko lebih tinggi mendapat penyakit ini. Risiko mereka meningkat sehingga 2 ke 3 kali ganda. Risiko mendapat penyakit ini juga meningkat di kalangan lelaki yang ibu atau adik-beradik perempuannya menghidapi kanser ovari atau kanser payudara. Ini adalah kerana faktor risiko yang diwarisi melalui kromosom X daripada ibu.
Lelaki yang mengambil makanan yang mengandungi banyak lemak berisiko mendapat kanser prostat - terutamanya lemak dari daging merah dan sumber lemak haiwan yang lain. Mereka ini akan mengalami gejala yang lebih teruk. Penyakit ini lebih kerap terjadi di negera-negara yang banyak bergantung kepada daging dan hasil tenusu sebagai makanan utama mereka berbanding dengan penduduk di negara yang memakan nasi, produk kacang soya dan sayur-sayuran.
Peningkatan umur
Bagi seseorang lelaki apabila umurnya meningkat, risiko untuk mendapat penyakit ini juga akan meningkat. Kanser prostat berlaku secara eksklusifnya kepada lelaki yang berusia 50 tahun ke atas. Insidens meningkat bagi setiap dekad selepas umur 50 tahun. Lelaki yang berumur 70 tahun mempunyai risiko 12 kali ganda mendapat penyakit ini berbanding dengan lelaki yang berumur 50 tahun .
Pendedahan kepada bahan-bahan tertentu.
Pendedahan kepada bahan kimia tertentu boleh meningkatkan risiko kanser prostat. Ini termasuklah pekerja-pekerja yang terdedah kepada kadmium, pekerja di bidang pembuatan tayar dan getah, petani, mekanik dan juga pekerja di sektor pembuatan logam.
Faktor-faktor di bawah ini boleh meningkatkan risiko kanser prostat:
• Aktif secara seksual. Satu kajian terbaru* telah menunjukkan risiko mendapat kanser prostat meningkat dengan bertambahnya jumlah pasangan seks wanita seseorang lelaki itu.
• Mempunyai sejarah penyakit kelamin.
• Hiperplasia benigna prostatik (Benign Prostatic Hyperplasia).
• Pernah menjalani pembedahan vasektomi.
• Sumber : American Journal of Epidemiology 2001: 152:1152 - 1158
Bagaimanakah kedudukan kejadian penyakit ini?
Di Amerika Syarikat, kanser prostat ini jarang berlaku di kalangan pemuda Amerika. Kadar insidennya hanya 1 bagi setiap 100,000 orang lelaki yang berumur 40 tahun ke bawah. Walau bagaimanapun, kadarnya, meningkat kepada 82 bagi setiap 100,000 lelaki yang berumur antara 50 - 54 tahun, 518 untuk lelaki berumur antara 60 - 64 dan 1,326 untuk lelaki berumur antara 70 - 74*.
Secara amnya, kanser prostat adalah kanser kedua yang paling biasa berlaku di kalangan kaum lelaki selepas kanser kulit. Kanser prostat lebih lazim berlaku di negara-negara barat berbanding dengan di Malaysia. Kanser prostat jarang berlaku di Malaysia walaupun ia merupakan kanser yang boleh mengancam nyawa(**)
* Ries LAG, Kosary CL, hankey BF, Miller BA, et al. SEER Canser Statistics Review, 1973-1994. National Cancer Institute, NIH Publication No. (&-2789, Bethesda, MD, 1997.
Apakah ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan kanser prostat?
Ujian yang lazimnya dijalankan untuk kanser prostat adalah:
• Pemeriksaan Rektum (dubur) Digital (Digital Rektal Examination)
Kebanyakan kes kanser prostat bermula di bahagian posterior kelenjar yang hanya boleh diperiksa melalui pemeriksaan rektum digital. Semasa pemeriksaan ini doktor akan memakai sarung tangan dan memasukkan jarinya ke dalam rektum untuk memeriksa kelenjar sama ada terdapat sebarang perubahan atau keabnormalan di kawasan tersebut yang boleh dianggap sebagai kanser.
Pengesanan antigen spesifik prostat (PSA)
Ini merupakan satu pemeriksaan yang lazimnya dijalankan untuk kanser prostat). Ujian darah PSA bertujuan untuk menyukat bahan protein yang dihasilkan oleh sel prostat. Jika keputusan menunjukkan ianya di bawah paras 4ng/mL, ini dianggap normal. Tetapi jika ianya mencapai paras melebihi 10 ng/mL ini dianggap tinggi, dan nilai antara 4 hingga 10 dianggap sebagai pinggiran. Semakin tinggi paras PSA semakin besar kemungkinan wujudnya kanser prostat. Seseorang lelaki yang mempunyai keputusan melebihi 10 ng/mL dinasihatkan melalui pemeriksaan biopsi bagi memastikan sama ada ia menghidap kanser ataupun tidak.
Kiraan sel darah sepenuhnya
Dilakukan khususnya untuk mengesan anemia (kekurangan jumlah sel darah merah dalam darah). Ini kerana anemia selalunya menentukan perkembangan penyakit tersebut.
Ujian fungsi ginjal dan hati
Kemaraan kanser akan mempengaruhi fungsi ginjal atau buah pinggang dan hati.
X-ray dada, imbasan tulang
Untuk memeriksa perebakan (metastasis) penyakit kanser prostat.
Analisis air kencing
Ini juga merupakan satu pemeriksaan yang lazim dijalankan untuk mengesan kewujudan nanah di dalam air kencing yang akan memberi satu isyarat kepada doktor untuk membuat siasatan lanjut (seperti melakukan pemeriksaan rektum (dubur) digital. Jika keputusannya positif, langkah serterusnya adalah untuk menjalankan ujian-ujian pengesahan bagi menentukan kewujudan kanser prostat. Ujian biopsy ialah salah satu daripada ujian pengesahan yang akan dilakukan. Ujian biopsi prostat merupakan ujian pengesahan bagi kanser prostat. Ia dijalankan dengan mengambil sampel sel dari kelenjar prostat. Sampel ini kemudiannya akan diperiksa di bawah mikroskop untuk mengesan kewujudan sel kanser.
Kaedah "trans rectal ultrasound" (TRUS) akan dijalankan dengan memasukkan alat kuar yang dibubuh pelincir ke dalam rektum. Gelombang bunyi yang dihasilkan dari kuar akan melantun ke kelenjar prostat dan tisu-tisu di sekitarnya dan kembali semula ke kuar tersebut. Semasa proses ini berlaku gambar akan diambil yang menunjukkan prostat dan bahagian-bahagiannya. Ia juga akan menunjukkan tempat di mana terletaknya kanser tersebut.
Biopsi yang berpandukan ultrasound ini merupakan satu piawaian yang perlu dilakukan. Dalam biopsi prostat ini secebis tisu akan diambil dari prostat menggunakan jarum berpegas (spring) kecil. Jarum ini diletakkan pada kuar ultrasound, kemudiannya dimasukkan ke dalam prostat melalui rektum. Biasanya, sebanyak 6 - 12 sampel akan diambil untuk diperiksa di bawah mikroskop.
Apakah rawatan yang diberikan untuk kanser prostat?
Rawatan yang lazim bagi kanser prostat termasuk:
• Pembedahan untuk membuang kelenjar prostat Pembedahan ini dikenali sebagai prostatektomi yang juga dijalankan untuk membuang sebarang sumbatan pada uretra.
• Radioterapi untuk memusnahkan sel-sel kanser Di peringkat awal kanser prostat, radioterapi boleh diberi sebelum dan juga selepas pembedahan. Komplikasi yang mungkin timbul berikutan dari pembedahan dan rawatan radioterapi termasuklah: ' Mati pucuk. ' Gangguan pembuangan air kencing. ' Penyempitan saluran uretra.
Menjalani pemeriksaan dan saringan setiap tahun adalah disyor bagi setiap orang lelaki yang berumur 40 atau 50 tahun ke atas. Amalan ini membolehkan kanser prostat dikesan lebih awal .
Ujian saringan yang yang utama untuk kanser prostat ialah:
• Pemeriksaan rektum digital
• Pengesanan penanda tumor serum yang merupakan antigen spesifik prostat (PSA). Ujian paling penting untuk memantau tahap perkembangan kanser prostat ialah ujian darah PSA. Ujian PSA ini akan menyukat jumlah protein dan antigen spesifik prostat yang beredar di dalam darah. Walaupun wujud hanya sedikit sahaja di kalangan lelaki yang tidak menghidapi kanser tetapi pada umumnya, kuantitinya meningkat apabila seseorang itu mendapat kanser prostat. Seseorang lelaki yang memiliki prostat yang sihat mempunyai paras PSA sebanyak 4.0 atau kurang.
Apakah prognosis bagi kanser prostat?
Kesan yang mungkin berlaku bagi kes kanser prostat adalah pelbagai dan juga banyak bergantung pada tahap keterukan penyakit ini. Kebanyakan lelaki tidak mendapat rawatan yang terbaik untuk kanser yang dihidapinya kerana penyakit itu dikesan lewat. Jika kanser itu berlaku pada pesakit yang lebih tua, faktor lain seperti tahap kesihatan dan juga kehadiran penyakit lain boleh mempengaruhi kesan penyakit tersebut. Kemungkinan untuk pulih adalah baik jika kanser itu dikesan diperingkat awal dan diberi rawatan yang sewajarnya. Jika kanser prostat dikesan lebih awal, peluang untuk sembuh meningkat sehingga 98%.
Bagaimana kita boleh mencegah kanser prostat?
Pengesanan awal adalah sangat penting. Ini memerlukan pemeriksaan kelenjar prostat yang teliti. Faktor risiko seperti umur dan juga sejarah penyakit dalam keluarga adalah di luar kawalan. Cara yang terbaik untuk mengelakkan faktor risiko lain yang boleh dikawal adalah seperti mengambil makanan berzat dan seimbang.
Maklumat terkini yang diperolehi menunjukkan bahawa sesetengah kes kanser prostat boleh dicegah melalui:
• Mengurangkan pengambilan makanan dari sumber haiwan yang tinggi kandungan lemaknya. Gantikan dengan makanan dari hasil tumbuh-tumbuhan. Pengambilan sayur-sayuran dan bijirin juga adalah digalakkan. Ambil lebih banyak ikan dan ayam. Pada umumnya, kurangkan pengambilan daging merah. Buangkan kulit daging ayam sebelum dimasak. Kurangkan pengambilan mentega, margerin dan minyak. Ini kerana makanan yang berlemak menggalakkan kanser prostat. Mengurangkan lemak boleh membantu memperlahankan kemaraan penyakit ini.
• Tomato, limau dan juga tembikai boleh membantu menghalang kerosakan pada DNA. Dengan yang demikian ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser termasuklah kanser prostat.
• Pengambilan vitamin E juga boleh mengurangkan risiko mendapat kanser prostat. Walau bagaimanapun kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan vitamin A tambahan boleh meningkatkan risiko mendapat kanser ini. Hormon lelaki, seperti androgen telah dikenali boleh menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser termasuk kanser prostat. Walau bagaimanapun, keadaan ini masih dalam peringkat kajian.
Apakah itu kanser prostat?Kanser ialah ketumbuhan sel-sel tidak normal secara tidak terkawal di dalam badan . Manakala kanser prostat merupakan ketumbuhan sel-sel tidak normal yang berlaku di dalam kelenjar prostat. Prostat ialah kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki. Ia juga dikenali sebagai karsinoma prostatik. Bagaimana boleh diperjelaskan lagi menge...
Continue ReadingMajlis juga dijangka dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta anggota Kabinet dan duta luar negara.
Tema "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" itu selaras dengan usaha kerajaan yang mahukan rakyat bersatu padu, bekerjasama serta saling memahami dan menerima antara satu sama lain atas dasar akidah supaya matlamat negara maju menjelang 2020 dapat direalisasikan, kata kenyataan itu.
Sebanyak 122 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta akan menyertai perhimpunan itu yang membabitkan 4,500 penyertaan, kata kenyataan itu.
Pada majlis itu, dua individu akan menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Tokoh Peringkat Antarabangsa yang masing-masing akan menerima wang tunai RM100,000, plak, pingat dan sijil penghargaan.
Sambutan Maal Hijrah kali ini juga akan dipenuhi pelbagai program termasuk Forum Perdana Khas Maal Hijrah yang membincangkan tajuk "Luruskan Saf", serta majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara esok.- BERNAMA
Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat sekalian... KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual berangkat menyempurnakan perasmian sambutan Maal Hijrah 1433H peringkat kebangsaan yang bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah", Ahad ini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...
Continue ReadingPROF. EMERITUS TAN SRI DATO’ DR. ABDUL SHUKOR BIN HJ. HUSIN
PROF. EMERITUS TAN SRI DATO’ DR. ABDUL SHUKOR BIN HJ. HUSIN Pengerusi JKF Ke-5 (2005 hingga sekarang) Latarbelakang Diri Dan Pendidikan Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor dilahirkan di kampung Te...
Continue ReadingMenteri Haji Arab Saudi, Dr. Fouad Abdul Salam telah dipilih menjadi penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah bagi kategori antarabangsa pada tahun ini. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Abdul Shukor Husin telah dipilih untuk menjadi Tokoh Maal Hijrah bagi kategori kebangsaan....
Continue ReadingWednesday, November 23, 2011
MOTIVASI adalah suatu penggerak hati yang mendorong seseorang untuk melakukan atau mencapai sesuatu tujuan. Tenaga dalaman yang kuat ini amat penting dan mampu memberi impak yang besar terhadap sesuatu perkara yang hendak dilakukan. Dalam konteks pekerjaan, motivasi juga dianggap perkara yang paling penting. Pekerja yang bermotivasi akan sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab den...
Continue ReadingPerpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
WebOpac Pencarian Buku (Ibu Pejabat)
WebOpac Pencarian Buku (Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Tengah)
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
►
2025
(437)
- ► March 2025 (63)
- ► February 2025 (211)
- ► January 2025 (163)
-
►
2024
(2888)
- ► December 2024 (137)
- ► November 2024 (222)
- ► October 2024 (157)
- ► September 2024 (163)
- ► August 2024 (215)
- ► April 2024 (237)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (361)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
►
2016
(111)
- ► December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
►
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
►
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
►
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
►
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
▼
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
-
▼
November 2011
(20)
- Statistik Pengunjung Ke Perpustakaan Anjung Ilmu
- Hayati Rukun Negara
- Banteras Pemerdagangan Manusia
- Erti Sabar Dalam Konteks Islam
- Info Kesihatan - Kasut Tumit Tinggi Jejas Kesihatan
- Tahukah Anda? Peraturan 10 - Pemunyaan Harta
- Pengumuman - Program Mari Membaca 1Malaysia : Iqra...
- INFO SIHAT - KANSER SERVIKS
- INFO SIHAT - KANSER PROSTAT
- Salam Maal Hijrah 1433H
- Biodata Tokoh Maal Hijrah 1433H
- Tokoh Maal Hijrah 1433H - Peringkat Kebangsaan
- Motivasi Fisiologi Dan Kerjaya
- Langkah-Langkah Sebelum Memiliki Kediaman Impian
- 20 Tip Dan Trik Facebook - Aktifkan Laman Facebook...
- TAHNIAH!!!
- Info Etika Berpakaian Penjawat Awam
- Info Peraturan Pegawai Awam
- Sejarah Penting Negara Sepanjang November
- Selamat Hari Raya Aidiladha
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
1. Lakukan Pemeriksaan Mata Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setah...
-
Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan. Beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang or...
-
Secara umumnya, yang dimaksudkan dengan keselamatan kanak-kanak di TASKA antaranya ialah dimana; Pengasuh bertanggungjawab memastikan setiap...